Dalam keadaan cuaca panas terik, kita biasanya berasa dan keinginan sering terarah kepada minuman berais. Situasi sama turut berlaku kepada kulit apabila organ terbesar pada tubuh ini mudah menjadi kering disebabkan kehilangan air dan lembapan yang banyak.
Untuk kulit muka pula, disebabkan ia sering terdedah kepada cahaya matahari menjadikan pengeringan ketara kesannya. Ini dapat dilihat apabila kulit menggelupas, mula berkedut dan lebih merisaukan adalah jeragat yang sukar dihilangkan.
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghalang kekeringan kulit iaitu minum banyak air sekitar dua liter sehari (lebih banyak lebih baik) bagi menambah cecair yang keluar menerusi proses perkumuhan dan perpeluhan.
Selain itu, kulit perlu dibelai menggunakan pupur yang dihasilkan menggunakan bahan alami seperti timun, lemon dan oat bagi menghalang proses penuaan serta menjadikan kulit segar dan sihat.
Bagi Fyza Mohd Shah, dia hanya menggunakan tiga bahan yang mudah diperoleh dari dapur iaitu bijirin oat, timun dan lemon bagi melembapkan kulit. Sejak mengamalkannya, kulit menjadi lebih mulus dan segar. Antara kebaikan ketiga-tiga bahan ini adalah:
1. OAT
Kandungan ‘saponin’ dalam oat membantu menyingkirkan kotoran yang ada dalam liang pori. Bahan ini juga bersifat antiradang dan menyembuh. Lemaknya pula sangat berguna untuk melembapkan kulit manakala vitamin A dalam oat boleh mencerahkan tompokan hitam pada wajah serta memudarkan parut jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit akibat kesan tompokan cahaya matahari.
Ads
2. TIMUN
Timun kaya vitamin C dan asid kafeik yang berfungsi melegakan kulit terutama mereka yang mengalami radang atau luka kecil. Bagi yang mempunyai banyak jerawat aktif, timun sangat sesuai disapu kerana ia dapat mengurangkan bengkak dan kemerah-merahan.
Selain itu, timun juga bersifat menyegar dan menyejukkan, ia juga mampu membantu mengurang lingkaran hitam bawah mata dan meredakan tompok hitam pada kantung mata. Kandungan air dalam timun juga sangat tinggi, justeru sayuran ini dapat menambah kandungan air pada kulit menjadikan kulit jadi segar, anjal dan lebih sihat.
Ads
3. LEMON
Lemon kaya vitamin C dan berfungsi mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori.
BAHAN-BAHAN HASIL PUPUR KULIT
Ads
– 1 batang timun dibuang kulitnya
– 1/2 biji lemon
– 3 hingga 4 sudu oat
Semua bahan ini dicampurkan dan dikisar menjadi pes. Sapukan pada kulit muka selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
SUMBER : Metro
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Indahnya sebuah majlis pernikahan apabila sirih junjung menjadi satu kemestian sebagai pelengkap dulang hantaran pengantin. Ia menjadi simbolik dalam acara perkahwinan Melayu. Dahulu sirih junjung digubah dengan sentuhan tradisional namun kini dipelbagaikan gaya gubahan mengikut kreativiti.
Bunga-bungaan dihias indah bagi menyerikan gubahan sirih junjung. Pilihan daun sirih yang segar menyerlahkan lagi rekabentuk sirih junjung. Agar sirih junjung sentiasa segar ikut tip berikut:
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak. * letakkan bunga dalam suasana suhu bilik. * elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam * jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur
Dalam menentukan barang hantaran yang diperlukan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, eloklah berbincang dengan pasangan dan keluarga agar relevan dan nampak manis dijadikan gubahan hantaran.
Ini 10 tip hantaran oleh Feyy Redzuan ( pereka bunga dan gubahan) yang boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
1- Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
gubahan oleh susunbyfeyyredzuan
2- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
3- Dulang,susunan bunga & posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
gubahan hantaran oleh susunbyfeyyredzuan
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
gubahan oleh susunbyfeyyredzuan
9- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Pesona Pengantin membawa penonton menjengah ke butik Ideana Rozaidi untuk melihat keistimewaan gubahan yang dihasilkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan memang suka lelaki kelakar. Tak kacak pun takpe, tapi kalau dapat yang kacak tu memang bonus. Yang penting kalau anda seorang yang kelakar dan pandai ambil hati tu dah kira ok.
Kalau kau bukan jenis lelaki kelakar pula, tak payah buat kelakar cukuplah jadi diri sendiri. Bukan apa, takut lawak anda tu tak kena nanti perempuan menyampah pula. Tapi tak kisahlah kau kelakar atau tak, perempuan kalau dah sayang dia akan terima anda seadanya. Ini sebab kenapa perempuan suka lelaki yang kelakar
1) Lelaki kelakar ada aura sendiri
Perempuan berpendapat, lelaki kelakar ini mampu membuatkan hidupnya menjadi menarik dengan penuh gelak ketawa. Namun, terpulang kepada keperibadian seseorang itu sendiri. Ada yang suka lelaki humor dan ada pula yang lebih suka lelaki yang matang dan serius.
2) Merasa tenang bila bersama
Selalunya lelaki kelakar ini pandai mengawal keadaan. Disaat perempuan itu sedang bersedih, si lelaki datang untuk menggembirakan hati mereka. Ia sekali gus akan membuatkan si perempuan hilang kepada semua masalah yang dihadapinya.
3) Tidak terlalu serius dalam sesuatu perkara
Tidak hanya itu, lelaki seperti ini juga tidak akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi rumit. Seperti, masalah di pejabat kemudian dibincangkan hingga menjadi sesuatu perkara yang serius. Mereka ini selalunya ‘chill’ dan tenang dengan keadaan yang berlaku
4) Pandai ambil hati orang sekeliling
Bukan sahaja pandai ambil hati anda, malah seluruh keluarga anda juga mereka dapat hiburkan dengan telatah dan gaya mereka. Senang kata, mereka ini senang bergaul dan mudah mesra dengan semua orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!