Musim tengkujuh sudah tiba. Hujan turun hari-hari sampai kan nak jemur baju pun macam mustahil kan? Kalau tak ke dobi, mungkin akan jemur baju-baju kat dalam rumah kan? Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?
.
5 Bahaya Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan
Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.
5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:
1. Boleh Jadi Kanser
Ads
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
Ads
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun anda menyayangi pasangan itu masih belum cukup untuk mengukuhkan hubungan kerana anda masih perlu untuk terus memupuk rasa cinta agar hubungan menjadi lebih mesra dan kukuh. Ini penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan berpanjangan.
Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk membuatkan rasa cinta bertambah. Nilai-nilai murni yang disemai dalam hubungan cinta akan menjadikan hubungan antara pasangan lebih erat sekali gus membawa kebahagiaan yang berkekalan.
Jom kita lihat lima cara berkesan untuk ‘ikat’ rasa cinta antara pasangan!
1. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kualiti hubungan adalah dengan komunikasi yang baik. Kini ramai orang yang kurang berkomunikasi dengan pasangan atas pelbagai alasan sehingga boleh menyebabkan hubungan terjejas.
Sebenarnya, komunikasi dengan pasangan sangat mudah. Anda hanya perlu memberikan perhatian kepada pasangan dan sentiasa berkomunikasi tidak kira sama ada pasangan berada dekat ataupun jauh daripada anda. Salah satu cara yang sangat mudah untuk dilakukan adalah sms ataupun membuat panggilan telefon.
2. SELESAIKAN MASALAH DENGAN TENANG
Masalah memang selalu datang dalam perhubungan. Oleh itu, anda harus tenang dan santai dalam menghadapi dan menangani masalah tersebut. Kadangkala, pasangan boleh membuatkan kesabaran anda berkurangan kerana terlalu sibuk dengan hal yang tidak penting seperti melakukan hobi yang digemari ataupun bertemu dengan rakan-rakannya hingga kadang-kadang mengabaikan anda. Akan tetapi jika anda melihat perkara ini dengan tenang, maka hubungan anda akan menjadi lebih kuat.
3. BERI PERHATIAN YANG LEBIH
Sesebuah hubungan yang dijalin tanpa perhatian yang secukupnya memang sukar untuk memupuk rasa cinta yang mendalam. Oleh itu, anda harus memberi perhatian yang lebih buat pasangan. Perlu diingatkan agar anda tidak terlalu berlebihan, khuatir pasangan menjadi rimas dan bosan. Dengan adanya perhatian daripada pasangan akan membuat seseorang merasa dirinya dihargai dan disayangi.
4. ELAK SIFAT MARAH YANG BERLEBIHAN
Anda pasti sedar jika marah dengan berlebihan akan mengganggu dan menjejaskan hubungan. Anda harus kawal rasa amarah supaya hubungan yang dijalin tidak terputus di tengah jalan. Jika anda sedang marah, sebaiknya berbincang dengan baik dan tanpa ada ungkapan yang boleh membuatkan hati pasangan terluka. Sekiranya anda rasa anda adalah orang yang suka berkata secara spontan, lebih baik anda menghantar mesej buat pasangan agar dia lebih mengerti.
5. JANGAN JEMU MEMUJI PASANGAN
Apakah anda pernah memberikan pujian kepada pasangan? Anda harus memahami bahawa pujian mampu menimbulkan lebih rasa sayang dan cinta. Selalulah memuji pasangan agar dia merasakan anda betul-betul menyayangi dirinya. Sebagai contoh, berikan pujian apabila pasangan anda memakai baju baharu ataupun membuat stail potongan rambut baharu. Cara ini dapat mengukuhkan rasa cinta dalam sesebuah hubungan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mawar Rashid yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau mesra dipanggil Raf Yaakob petang semalam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Pelakon drama “Suamiku Paling Sweet” ini sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob dengan sekali lafaz. Mawar, 22, dan Raf 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.
Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Mawar menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak Raf.
Antara selebriti yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Emma Maembong, Syamim Farid, Ruhainies, Rasya Rizrose dan ramai lagi.
TEMA JAWA TRADISIONAL GAMIT PERHATIAN
Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini memilih tema Jawa Tradisional sebagai pilihan untuk majlis pernikahan. Mawar dan Raf menyarungkan busana daripada pereka terkenal Cosry. Ternyata Mawar kelihatan anggun dalam persalinan ala Jawa Tradisional bersama padanan renda putih dan batik yang cukup elegan.
Tampil berseri dan memukau, Mawar dirias indah dengan solekan malar segar Ramzamode dan dandanan dari Syukqadir. Solekan dengan mainan rona-rona tanah nyata menyerlahkan lagi seri pengantin pelakon jelita ini.
Dekorasi indah menyingkap suasana penuh damai dan harmoni dengan dekorasi yang turut mendapat sentuhan serta eleman Jawa Tradisional. Azasna Design diberi tanggungjawab untuk merealisasikan tema Jawa Tradisional untuk majlis pernikahan pasangan ideal ini. Elemen dan unsur klasik dapat dilihat dalam setiap genap dan sudut dengan mainan rona dan sulaman dekorasi yang memainkan peranan penting bagi memastikan tema Jawa Tradisional ini dapat direalisasikan dengan sempurna.
MAJLIS BERSIRAM & BERINAI
Sehari sebelum bernikah, pasangan ini telah mengadakan majlis bersiram dan berinai dengan tema Thai yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat. Berikut kami kongsikan beberapa momen mereka sekitar majlis bersiram dan berinai yang dilakukan dengan penuh adat.
KISAH CINTA MAWAR & RAF
Dalam temu bual yang dilakukan admin Pesona Pengantin bersama Mawar dan Raf ketika sesi penggambaran muka belakang edisi Oktober-Disember 2017, Mawar dan Raf ada berkongsi isi hati masing-masing.
Pertemuan Mawar dan Raf yang diaturkan oleh Emma Maembong telah mencetuskan degup cinta dalam diri pasangan. Pertama kali bertentang mata sudah membibitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya empunya diri sahaja yang dapat menafsirkan perasaan murni itu.
“Sebelum bertemu dengan Raf, saya tidak pernah percaya tentang cinta pandang pertama. Namun selepas melaluinya sendiri saya sedar bahawa hakikatnya cinta pandang pertama itu sememangnya wujud. Saat pertama kali bersua wajah dengan Raf, dia telah berjaya mencuri hati saya.
“Kesungguhan yang ditunjukkan Raf untuk menoktahkan hubungan kami ke arah yang lebih serius membuatkan saya yakin bahawa dialah jodoh saya. Meskipun tempoh perkenalan antara kami berlangsung dalam tempoh yang singkat namun bagi saya, sesuatu yang baik itu mengapa harus dilengah-lengahkan. Saya yakin inilah pilihan yang terbaik buat saya. Selepas dua bulan tempoh perkenalan, kami terus melangkah ke fasa yang lebih serius.
“Ciri-ciri yang ada apa pada diri Raf lebih daripada apa yang saya impikan. Di mata saya, Raf sudah cukup sempurna. Sesungguhnya Raf mewah dengan limpahan kasih sayang. Hubungan Raf dengan ibunya juga sangat rapat. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Raf yang amat mengutamakan ahli keluarga. Sifat yang ada pada diri Raf begitu meyakinkan saya untuk hidup bersamanya,” kongsi Mawar tentang perasaannya.
Raf pula mengakui bahawa dia sangat sukakan Mawar kerana terpikat dengan nilai santun yang ada pada diri Mawar. Ujar Raf, meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun cara pemikiran dan tindakan Mawar mencerminkan dia seorang yang matang.
“Dalam usia yang masih muda, Mawar sudah pandai berdikari. Sikapnya yang sukakan kanak-kanak telah berjaya mencuri hati saya. Melihat Mawar melayan anak buahnya dengan penuh manja dan kasih sayang meyakinkan saya yang Mawar boleh menjaga anak-anak saya dengan baik. Mawar bijak membawa diri. Saya yakin Mawar tiada masalah untuk menyesuaikan diri.
“Lagipun Mawar hadir dengan dirinya yang sebenar. Dia juga senang untuk dibentuk. Saya ada juga melakukan solat Istikharah dan alhamdulillah, Mawar ialah jodoh saya. Ya, memang benar saya dan Mawar berbeza umur 10 tahun tetapi sikap dan perwatakan Mawar tidak seperti usianya yang baharu sahaja 22 tahun,” kata Raf.
Sekiranya bercadang untuk mengadakan majlis di dalam taman beberapa perkara penting perlu diambil kira untuk memastikan majlis berjalan lancar. Antaranya ialah faktor cuaca. Pastikan anda melihat ramalan cuaca sebelum bertindak memilih konsep ini. Sekiranya cuaca hujan, ianya akan mengganggu kelancaran majlis yang bakal berlangsung. Bukan hanya tetamu rasa tidak selesa, pengantin juga tidak kelihatan sempurna bila keadaan kucar kacir.
Pastikan taman tersebut menyediakan laluan untuk tetamu berjalan masuk ke dalam majlis. Laluan yang dibina dengan bahan konkrit adalah yang terbaik dan dapat mengelakkan dari keadaan berlecak pada waktu hujan.Perancangan yang teliti perlu dilakukan dan sering berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat vendor-vendor yang berpengalaman dalam menjayakan majlis seperti ini. Pengalaman mereka sangat berharga dan perlu diambil kira sebagai panduan anda.
LIhat idea Garden Wedding oleh Nadia Darina Wedding
Tip olehwedding planner Nadia sebelum bercadang mengadakan majlis;
?cek dulu ramalan kaji cuaca. Pastikan ramalan mengatakan tidak hujan .
?Namun pastikan ade backup plan. Jika hujan sehari sebelum majlis atau sewaktu pemasangan. Maka perlu standby juga kanopi atau hall yang boleh transfer deco cepat-cepat andai hari hujan.
? cari design yang simple supaya senang dan mudah alihkan deco-deco itu semua sekiranya hujan turun
? bincang dengan wedding planner untuk standby team mereka di sana. Sebab jarang wedding planner mahu menukar palan di saat akhir. Khidmat itu anda perlu bayar lebih sikit memandangkan mereka menunggu majlis anda hingga habis
?nak buat majlis outdoor, kene fikir hujan dan panas. Maka perlu sediakan aircooler atau kipas yang cukup untuk pastikan tetamu selesa. Jika tidak peluh menitik-nitik pula tetamu anda.
? Sekiranya ingin membuat majlis di malam hari, pastikan cahaya mencukupi. Ini kerana majlis outdoor cantik jika ada cahaya yang mencukupi.
?Kebanyakan wedding planner akan pasang lmbat sikit kalau majlis outdoor. Maka tuan rumah diminta bersabar . Jangan minta wedding planner pasang dua hari sebelumnya, Akibatnya nanti rosak barang-barang pengantin
?sekiranya nak buat pelamin atau wedding bawah kanopi, tolong sewa juga platform . Andai kata hari hujan, air hujan ia tidak merosakkan carpet .
?Selain itu kena tahu juga sama ada tempat anda nak buat majlis itu, angin kuat atau bagaimana. Bincang dengan wedding planner design mana yang sesuai. Takut angin tiup pelamin korang nanti. Elakkan pakai kain yangg banyak.
? design outdoor semestinya yang ringkas sahaja. Bukannye seperti mana di dalam dewan.
Menarik dalam Pesona Pengantin Ahad ini, 7 malam di Maya HD dan Astro Prima.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...