Malunya jika di hari bahagia nanti pipi anda kelihatan seperti kuih pau. Lemak yang ‘bersarang’ pada pipi tentu sahaja membuatkan bakal pengantin rasa malu dan kurang yakin pada diri.

Pastinya seboleh mungkin bakal pengantin ingin menghilangkan lemak di pipi, selain membuatkan pipi tampak lebih runcing. Tanpa memerlukan pembedahan plastik, bakal pengantin masih boleh meruncingkan pipi anda dengan menggunakan cara semula jadi. Yang penting tiada kesan sampingan dan anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Sebelum melangsungkan hari perkahwinan, bakal pengantin boleh ikuti cara-cara ini di rumah agar pipi anda tampak lebih runcing.

1. Elak Makan Ubat Berlebihan

Bahan kimia jelas terkandung di dalam ubat-ubatan dan kalau anda mengambil ubat-ubatan jenis apapun, maka akan berkemungkinan memberikan kesan sampingan yang kurang sihat bagi tubuh. Mendorong pembengkakan ialah salah satu akibat daripada pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan pembengkakan tersebut tidak hanya terjadi di bahagian tubuh , tapi juga di bahagian wajah. Jika tidak ingin kelihatan gemuk dengan pipi kembung dan bengkak, penggunaan ubat-ubatan yang dibuat dari bahan kimia boleh dihindari atau dikurangkan. Ubat tidak hanya membuat bengkak, tapi tidak baik juga untuk organ tubuh kita.

IKLAN

2. Banyak Minum Air Putih

Cara menghilangkan lemak di pipi dan leher ialah dengan banyak-banyak minum air putih. Percaya atau tidak, lemak memang dapat larut oleh minuman sihat satu ini dan oleh sebab itu juga, bagi anda yang berada pada suatu program diet maka minum air putih 8 gelas sehari sangat disarankan. Tidak hanya lemak di tubuh yang boleh dilunturkan oleh air putih, tapi lemak di wajah juga akan berhasil dilunturkan apabila setiap hari paling tidak minum 2 liter.

3. Memberi Urutan Pada Bahagian Rahang

Majlis Kahwin Nak Dekat Tapi Pipi Bulat Macam Pau! Buat 4 Cara Ini, Gerenti Pipi Kembali Runcing

IKLAN

Urut rahang ialah salah satu cara menghilangkan lemak di pipi dan dagu yang boleh dipraktikkan di rumah ketika anda sedang tidak melakukan apa-apa ketika waktu santai. Ketika melakukan urutan pun tidak boleh sembarangan kerana kulit boleh menjadi kendur. Lakukan urutan secara betul agar tidak hanya lemak saja yang boleh dikurangkan tapi peredaran darah dalam tubuh pun akan automatik menjadi lebih lancar.

IKLAN

Caranya tidak sukar kerana anda hanya perlu urut wajah dari atas ke bawah lalu urutan boleh diteruskan dari dagu ke atas menuju pipi. Alat-alat yang bakal membantu ialah tuala panas serta ais batu di mana keduanya akan sangat bermanfaat dalam proses urutan rahang. Sesudah itu, barulah anda dapat tepuk lembut di bahagian dagu menggunakan ais serta tuala tadi selama lebih kurang setengah jam.

4. Melakukan Senaman Wajah

Cara menghilangkan lemak di pipi dengan cepat dan semula jadi salah satunya adalah dengan melakukan senaman wajah di waktu santai  secara rutin. Proses metabolisme akan menjadi lebih sempurna dengan sel kulit wajah yang lebih segar melalui senaman wajah tersebut. Jika kulit memiliki metabolisme yang sempurna, maka lemak pun automatik akan terbakar dan luntur.

Senaman wajah cukup mudah dilaksanakan, iaitu dengan memegang leher secara kuat sambil menatap ke atas agar boleh merenggangkan otot rahang. Lakukan saja 10 kali sehari kalau ingin mendapatkan hasil terbaik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI