Buat pasangan pengantin, kalau nak bahagia dalam perkahwinan, jangan lupa minta restu mak ayah. Jangan sesekali pandang remeh soal ini, berkat itu penting.
Nak fahami lebih jauh soal ini, jemput baca perkongsian daripada Puan Rohana Saad, betapa pentingnya restu orang tua.
Nak Bahagia Dalam Perkahwinan
Ads
Pinjaman yang paling berharga dalam Dunia ini ialah ALLAH pinjamkan mak dan ayah untuk kita selagi ada hayat mereka. Bayangkan ketika kita sedang sibuk buat kerja mencari makan dan keperluan hidup, tiba-tiba kita dapat panggilan dari kampung memberitahu mak ayah kita sedang nazak. Apa agaknya yang kita akan lakukan?
Sudah pastinya kita akan terus tinggalkan kerja masing-masing walau sepenting mana sekali pun kerja yang sedang dilakukan. Itu ertinya, tak ada yang lebih penting selain dari menghadirkan diri untuk melihat mak ayah kita. Ramai di antara kita baru sedar untuk membalas jasa bila mak ayah dah tak ada.
Ads
Minta Restu Mak Ayah
Bukan mudah nak balas jasa mak ayah. Mungkin hakikat sebenarnya, kita tak akan mampu membalas jasa mereka walau dengan apa cara sekalipun. Oleh itu, usaha balas jasa mak ayah perlulah dijadikan satu usaha yang berterusan sehinggalah samada kita sendiri atau mereka menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini.
Ads
Kita tidak akan pernah faham perasaan mak ayah kita sehinggalah kita sendiri menjadi seorang mak atau ayah. Masa kita kecik selalu mintak duit mak ayah nak beli itu ini. Sebab kita tak tahu lagi betapa susahnya nak cari duit. Bila dah bekerja sendiri, baru faham bukan senang nak cari duit. So, kalau dah gaji jangan lupa mak ayah kat rumah.
Walaupun gaji kecil, jangan kedekut keluarkan duit untuk mak ayah setiap bulan. Itu punca rezeki melimpah ruah tanpa di sangka. Utamakan mak ayah, mereka sentiasa ada waktu semua orang tinggalkan kita. Nak bahagia Dunia Akhirat, bahagiakan mak ayah. Nak bahagia dalam perkahwinan, minta restu mak ayah. Nak duit gaji sentiasa mencukupi, berikan sedikit pada mak ayah.
Baik buruk kita pun, masih ada orang sayangkan kita. Siapa lagi kalau bukan mak ayah kita. Tak akan ada orang yang sayang kita bersungguh-sungguh, selain mak ayah kita sayangkan kita. Layan mak ayah kita baik-baik. Esok lusa bila kita dah ada anak, macam mana kita layan mak ayah kita, macam itulah anak kita layan kita nanti.
Semoga ketenangan sentiasa menjadi milik kita semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin, itu maknanya anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi, kalau diri anda masih lagi dibayangi dengan ketakutan selepas berkahwin, ternyata anda masih belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia kerana diri anda masih lagi diliputi dengan keraguan. Ini juga akan memberi kesulitan untuk anda mencipta kehidupan baru bersama pasangan anda kelak. Justeru itu, cuba mendalami ilmu-ilmu mengenai rumah tangga supaya anda dapat mengatasi segala keraguan dan ketakutan.
Bersedia dengan komitmen
Pada saat ini anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin. Sesungguhnya sebelum anda bersedia untuk menerima komitmen yang akan datang, anda memerlukan waktu lagi untuk memantapkan hati anda. Bersikap jujur pada diri sendiri, jangan disebabkan terikut-ikut dengan orang lain membuatkan anda tidak jujur pada diri sendiri.
Berani menghadapi perubahan
Setiap orang menyedari akan setiap perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Banyak perkara yang akan berubah dalam hidup kita dari aspek kehidupan, ekonomi dan juga dari segi tanggungjawab. Dalam persediaan untuk bernikah, setiap muslim haruslah benar-benar bersedia untuk menerima dan menjalani semua perubahan yang berlaku.
Sudah yakin dapat menjadi yang terbaik
Kekurangan pada setiap individu adalah kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang kita berasa seperti tidak mampu menjadi yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Malah, ada yang dijadikan alasan untuk melewatkan perkahwinan meskipun dari aspek lain kita sudah bersedia.
Bersedia menghadapi konflik
Seperti perumpamaan melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Perumpamaan ini membawa maksud pertengkaran antara suami dan isteri memang tidak dapat dielakkan. Tanyalah mana-mana pasangan termasuklah pasangan bahagia sekalipun, mereka pasti pernah melaluinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
TIDAK kira di mana anda pada peringkat umur, setiap orang pasti mengalami masalah bintik hitam, yang paling kerap berlaku pada tahun-tahun awal remaja dan remaja dewasa.
Bintik hitam biasanya berlaku di muka, khususnya hidung. Bintik hitam juga boleh muncul pada telinga atau di tempat lain pada badan. Dua punca utama masalah ini adalah perubahan hormon dalam badan dan penggunaan produk kosmetik secara berlebihan.
Baking Soda
Baking soda merupakan satu rawatan yang berkesan untuk bintik hitam dan juga jerawat. Membantu membersihkan kulit dari kotoran seperti serpihan dan kotoran.
Campurkan dua sudu teh baking soda dengan air mineral untuk membuat ramuan.
Letakkan ramuan bahan pada bahagian kulit yang terjejas dan urut secara perlahan. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
Ulangi rawatan ini sekali atau dua kali seminggu.
Serbuk Kayu Manis
Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan dan mencegah bintik hitam.
Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu untuk membuat ramuan.
Tampal pada kawasan yang terjejas sebelum tidur dan biarkan semalam.
Pada waktu pagi, cuci muka dengan air biasa. Untuk hasil yang terbaik, ulangi setiap hari selama 10 hari.
Anda juga boleh mencampurkan serbuk kayu manis (satu sudu teh) dengan jus limau kasturi dan secubit serbuk kunyit (pilihan). Gunakan ini sebagai pembersih wajah.
Oat
Campuran oat dan yogurt sangat bagus untuk menjaga kulit anda supaya bebas daripada bintik hitam.
Campurkan madu (satu sudu teh) dengan 4 buah jus tomato ke dalam oat untuk membuat ramuan.
Gosok pada kulit anda.
Cuci selepas 10 minit.
Ulangi secara teratur untuk kulit yang cantik
Jus Lemon
Jus lemon juga boleh digunakan untuk mencegah jerawat, turut boleh menghilangkan bintik hitam. Nutrisi dan vitamin yang terdapat di dalam jus lemon adalah baik untuk semua jenis kulit.
Buat pencuci wajah dengan mencampurkan jus lemon, garam, yogurt dan madu. Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas.
Anda juga boleh mencampurkan jus lemon segar dengan susu untuk membuat pencuci muka. Gunakan setiap hari selama 10 hingga 12 hari.
Teh Hijau
Teh hijau juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam. Membersihkan kulit berminyak dan membantu mengecilkan liang-liang pori.
Campurkan satu sudu teh daun teh hijau kering dengan sedikit air.
Perlahan-lahan gosok pada kawasan yang terjejas selama dua-tiga minit.
Bilas dengan air suam.
Madu
Bahan semulajadi yang terkandung pada madu baik untuk kulit berminyak dan bintik hitam. Madu mampu menghidratkan serta mengetatkan liang-liang pori kulit, memberikan anda kulit wajah yang cantik.
Sapukan sedikit madu pada muka anda. Biarkan selama 10 minit.
Bilas muka dengan air suam.
Serbuk Kunyit
Kunyit, juga berfungsi untuk merawat luka ringan akibat terbakar, juga boleh digunakan untuk merawat bintik hitam.
Campurkan beberapa serbuk kunyit dengan dua sudu jus pudina. Letakkan pada kawasan yang terjejas. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam.
Anda juga boleh membuat ramuan dengan mencampurkan serbuk kayu cendana merah, serbuk kunyit dan susu bersama-sama. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan selepas 10 minit mencuci kulit dengan air.
Tepung Jagung
Tepung jagung bertindak sebagai bahan abrasif (mengikis) untuk membersihkan kotoran yang menyekat pori-pori di kulit wajah anda.
Campurkan satu sudu besar tepung jagung serbuk dengan produk pencuci muka biasa anda.
Sebelum meletakkan campuran, gunakan wap air pada wajah untuk membantu membuka liang pori-pori. Kemudian letakkan campuran dan urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat. Tumpu kepada kawasan-kawasan yang paling terjejas.
Selepas beberapa minit, bilas wajah anda dengan air sejuk. Ini akan menutup liang pori-pori.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!