Tidak dapat dinafikan, ramai yang mengalami masalah masalah kulit badan sepeti kulit kusam, parut gelap, kerak-kerak hitam dan berdaki. Maka sebab itulah amat penting untuk kita perlu rajin-rajin skrub badan.
Tidak kiralah bagi mereka yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin, kecantikan kulit wajah dan tubuh perlu sentiasa konsisten dijaga. Penjagaan kulit wajah dan tubuh amat penting agar aura seri wajah terserlah melalui penampilan.
Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit. Apabila ia mengeras, agak sukar untuk dihilangkan biarpun sudah dibasuh dan diskrub berulang kali.
Jika anda masih tercari-cari produk yang membantu menyingkirkan daki pada kulit tubuh, boleh cuba ikut tip seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah
Maaf jika gambar kotor, tak menyenangkan. Saya hanya nak share kepada yang struggle nak hilangkan daki daki hitam di celah-celah badan.
Ads
Saya hanya guna micellar water Aiken je ye. Just tonyoh-tonyoh dekat kawasan yang berdaki dan hitam. Itu hasil macam dalam gambar.
Ads
Ads
Memang menjadi betul. Puas hati, dia keluar segala mak nenek daki. Tak payah nak skrub lebih-lebih lepas ni. Saya tonyoh sebelum nak mandi.
Nampak la sedikit perubahan pada kulit badan saya. Makin bersih. Tak percaya? Cubalah.
Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.
Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Lebih berselera apabila dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan masin.
Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan.
Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan.
Bahagia melihat kehidupan pelakon, Nad Zainal bersama suaminya, Ungku Ismail sekarang. Dengan kehadiran anak ketiga, itu salah satu tanda cinta mereka sebagai suami isteri.
Mengorek kisah rumah tangga pasangan ini, Nad sempat mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa ringan tulang membantu menjaga anak selain membantu melakukan kerja rumah.
Kata pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin itu, kadangkala golongan isteri terlupa untuk menghargai usaha suami yang sentiasa memberikan layanan terbaik untuk seisi keluarga.
“Terima kasih buat semua suami, kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada suami yang memberikan layanan terbaik kepada anak dan isteri.
“Buat semua lelaki bergelar bapa yang rajin dan sentiasa memberikan semangat kepada isteri, mereka banyak membantu dalam menempuh hari-hari yang memenatkan.
“Terima kasih ya suamiku sayang, saya cinta awak,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.
Sementara itu, aktres berusia 33 tahun itu turut meminta agar peminatnya berterima kasih kepada pasangan masing-masing sebagai tanda apresiasi.
“Cepat ucap terima kasih dekat suami masing-masing, hargai mereka sebaiknya,” jelas Nad.
Nad sebelum ini pernah pernah berkahwin dengan Faliq Amiruddin, namun bercerai pada 3 September 2022 selepas tujuh tahun hidup bersama.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.
Pada 23 Januari lalu Nad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan aktor Ungku Ismail.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Ezad Lazim begitu dekat di hati pencinta seni tanahair. Pelantun lagu Demi Cinta ini tidak pernah sunyi dari dunia seni malah sedang aktif dalam dunia lakonan. Mengimbau kembali kejadian lapan tahun lalu, Ezad Lazim bersama isteri, Norazeana atau Zeana Ramli secara terbuka bercerita kisah saat Ezad ditangkap polis akibat penyalahgunaan dadah.
“Berkat kesabaran isteri saya Zeana, akhirnya saya berjaya mengubah diri menjadi lebih baik. ketika itu kami baharu setahun mendirikan rumahtangga. Zeana dapat tahu saya ditangkap kerana dadah. Waktu tu, memang saya memikirkan macam mana keluarga nak terima saya, macam mana kalau anak-anak tinggalkan saya dan adakah Zeana boleh terima keadaan saya?
Pada Allah saya memohon diberikan kekuatan untuk berubah dan akhirnya pengorbanan isteri saya yang sentiasa berada di sisi dengan sabarnya membimbing saya untuk merubah berhasil. Kerana dia, saya nak jadi lebih baik. dari situ saya lihat, kalau kita ikhlas nak berubah kita pasti akan berjaya.”ujar Ezad ketika ditemubual dalam live Sembang Kahwin Pesona Pengantin.
Malu
Isteri mana yang tidak terkejut apabila suami yang dinikahi mempunyai ‘rahsia’ tersembunyi. Perkenalan melalui hubungan keluarga membibitkan rasa cinta dan akhirnya menemukan mereka di jenjang pelamin.
“November 2014 , setahun selepas perkahwinan kami saya dikejutkan dengan berita penahanan Ezad. Masa tu Allah sahaja tahu perasaan saya. Malu dengan kawan-kawan di tempat kerja. Tapi kita kena hadapi juga. Sebelum kejadian tu saya ada suarakan hasrat ajak Ezad mengerjakan umrah. Tapi tak ada jawapan. Berat betul Ezad nak cakap yes or no. Tetapi selepas kejadian itu, Ezad terus cakap yes!” kata Zeana.
“Idea untuk mengerjakan umrah adalah yang terbaik. Di sana memang saya tak putus-putus berdoa supaya saya dapat berubah menjadi lebih baik untuk keluarga saya.”ujar Ezad.
Benarlah kata orang, perkahwinan tidak perlukan kesempurnaan individu tetapi ia adalah tentang pasangan yang saling melengkapi. Seperti Zeana, dia akui dirinya seorang perfectionist manakala Ezad lebih sempoi. Jadi untuk ‘mengubah’ Ezad perlukan masa dan kesabaran kerana bukan mudah untuk mengubah seseorang.
“Ketika kami bertemu, Ezad baharu sahaja keluar dari kumpulan Exist. Dia sedang mencuba untuk bergerak secara solo. Ketika itu saya nampak sesuatu yang lebih baik untuk Ezad dan saya cuba untuk groom Ezad menjadi dirinya sendiri. Tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa tetapi lebih baik. Kalau dulu penampilan rockers, sekarang dah lain. Kiranya kami sekarang dah jumpa the right person,” kata Zeana.
MAKSUD BAHAGIA DALAM PERKAHWINAN MENURUT EZAD LAZIM
“Dulu saya juga tak terkecuali memikirkan kenapa perlu berkahwin sedangkan sendirian pun dah ok. Tetapi ia perkara yang dituntut dalam Islam. Masa awal-awal kahwin rasa terkongkong juga tetapi sebenarnya sebagai manusia kita perlukan pasangan untuk membentuk peribadi.
Bila berkahwin, kita ada rasa tanggungjawab sebagai seorang suami. Ketika itu kita baru sedar yang kita mahu sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan. saya melalui banyak fasa negatif dalam hidup. Bila dah berkahwin, Alhamdulillah saya dapat hadapinya dengan lebih baik.”
MAKSUD PERKAHWINAN MENURUT ZEANA RAMLI
“Saya orang yang suka membantu. Jadi bila Ezad menjadi suami, saya rasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan Ezad. Kalau dulu kehidupannya lain, sekarang dah lain. Syukur Alhamdulillah.
Saya selalu nasihatkan Ezad, rezeki yang ada perlu dikongsikan dengan orang lain. Biarlah seimbang dunia akhirat. Satu hari nanti, saya berharap Ezad dapat berehat sebagai insan seni, mungkin boleh bekerja di sebalik tabir.”kata Zeana.
Mohd Rohaizad Mohd Lazim atau Ezad sudah sembilan tahun mendirikan rumahtangga bersama Nor Azeana Ramli atau mesra di sapa Zeana. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish. Walaupun dijodohkan keluarga namun Ezad dan Zeana bahagia dengan cara mereka.
Untuk menonton temubual bersama Ezad Lazim dan Zeana Ramli, KLIK LINK ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...