Bagi yang sudah melalui fasa memiliki hati mak mentua ini tentu tahu macam mana masa awal-awal anda berhadapan dengan bakal mak mentua. Mana yang sudah mengenali bakal mentua lebih awal tu beruntunglah. Tapi kalau nak kahwin baru nak berkenalan, ketar lutut juga sebab kita tak tahu what to expect.
Yang sering menjadi isu adalah bakal menantu perempuan yang nak ambil hati ibu bakal suami. Sampai sekarang masih ramai ibu yang cerewet pilih bakal menantu. Mana yang dirasakan tak boleh get along atau bukan menantu pilihan, kenalah berusaha lebih sikit untuk tambat hati bakal mak mentua.
Macam mana nak ‘tambat’ hati mak mentua?
Hadiah
Bab beli hadiah ini janganlah anggap seperti rasuah pula. Anda tahu macam mana gembiranya anda apabla menerima hadiah. Begitu juga penerimaan orang lain. mereka mesti tersenyum bila ada orang yang memberinya hadiah.
Mana yang ada bajet besar, bolehlah beli hadiah mahal sikit tapi yang taka da bajet, kecil-kecil pun dah ok. Hadiah berupa makanan kegemaran juga boleh diberikan kepada bakal mak mentua. Tanyalah pada pasangan anda apa yang disukai ibu mereka. Cuba masak atau beli dan hantarkan atau kirimkan pada bakal mak mentua.
Ads
Kejayaan berhasil apabila dilakukan dengan usaha berpanjangan. Janganlah sekali dua sahaja. Sebelum hantar, selitkan nota sikit untuk bakal mak mentua tu!
Jaga hati
Kadang-kadang skil komunikasi sangat penting. kata orang, PR kena bagus. Apabila berbual tu, janganlah buruk-burukkan pasangan anda. mestilah kecil hati ibunya nanti! Sungguhpun ada perkara atau sikap anak mereka yang mengganggu fikiran anda, cuba sampaikan dengan cara paling berhemah.
Ads
Puji-pujilah bakal ibu mentua sikit. Jika ada sikap anak mereka yang anda sangat hargai, katakanlah begini… “Pandai makcik jaga Ali. Dia memang hormat orang tua dan hormatkan saya.” Alah, anda mesti hebat bab-bab memujikan!
Peneman
Apabila anda berada di rumah bakal mak mentua, janganlah asyik berkepit dengan pasangan. Bertunang bukan ikatan untuk anda berdampingan bersama secara terbuka. Rajin-rajinkan diri ke dapur. Bila nampak si ibu masuk dapur, anda ikutlah sekali, tolong apa yang patut.
Ads
Mula-mula memang rasa awkward tapi lama-lama nanti anda mesti dah terbiasa. Di dapur nanti tanyalah makanan kegemaran mak mentua. Dari situ pun anda boleh buat kejutan dengan memasak apa yang mereka suka.
Belajar loghat
Anda mungkin bertemu dengan pasangan dari negeri berbeza. Ada negeri menggunakan loghat yang langsung tidak sama dengan anda. Jadi, belajarlah dari ibu mentua. Saat bersama mereka mungkin menjadi memori indah anda bersama. Dengan mempelajari loghat ‘luar’ sekurang-kurangnya anda boleh faham apa yang diperkatakan bakal ibu mentua dan ahli keluarga lain nanti.
Luang masa bersama
Jika anda tahu apa yang suka dilakukan bakal mak mentua pada waktu senggang, cumalah join sekali. Atau sekiranya pasangan anda sering menghantar ibunya untuk mengikuti kelas agama atau ke surau, gunakan peluang untuk menghantar mereka ke sana. dalam kereta nanti, banyak benda yang boleh disembangkan. Mulakan dengan apa yang anda nampak disekeliling.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka sangat bergurau suami isteri memang bagus. Orang kata itulah pengikat kasih sayang. Tetapi kena tahu juga apa yang boleh dibuat gurau, apa yang boleh menyakitkan hati isteri. Ada beberapa tip dikongsikan Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah untuk para suami yang nak ‘ikat’ hati isteri.
1) Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
2) Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
3) Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
4) Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
5) Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
6) Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
7) Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
8)Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
9) Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
10) Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gemuk/ makin kurus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak nak duduk selesa. Bila ada rezeki lebih, carilah benda yang boleh memberi keuntungan kepada seisi keluarga, bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja. Ada orang lebih suka berhabis untuk kereta. Tapi, suami yang bijak akan berhabis untuk mendapatkan kediaman selesa.
Dari duduk menyewa, kita sudah mampu duduk rumah sendiri walaupun hanya sebuah rumah flat kos rendah. Tetapi rezeki Allah siapa tahu. Mungkin tiba masanya untuk anda memiliki sebuah rumah teres walaupun dibeli secara sub sales.
Dr Azizul Azli Ahmad dalam Facebooknya berkongsi bagaimana untuk membeli sebuah rumah teres.
PANDUAN BELI RUMAH TERES
1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita. Panasnya luar biasa.
2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.
3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah. Cucur atap pendek, kurang baik.
4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.
5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling lebih 10′ kaki. Bila pasang kipas tidaklah terputus jari.
6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik.
7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.
8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi. Kurang manis jadinya.
9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama).
10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.
11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.
12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.
13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.
14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras.
15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.
16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.
17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.
18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti.
Sebab itu gegadis suka lelaki matang dan berpengalaman rupannya.
Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.
Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah awning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.
Ramai kaum lelaki mengadu tak pandai masak. Tapi rasanya mereka bukan tak pandai masak cuma kurang bakat sebab tak selalu masuk dapur. Macam orang perempuan juga, skil kalau tak diasah, tak menjadi juga betul tak?
Bila duduk di rumah, macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Baik isteri atau suami, masing-masing boleh ambil masa untuk belajar memasak. Tak perlu yang complicated pun asalkan sedap dimakan.
Nak tahu rahsia memasak paling senang? Cuma KERAJINAN, KASIH SAYANG dan KEIKHLASAN. Masak with love gitu!
Di sini ada perkongsian menu paling mudah dan sedap untuk anda nikmati bersama yang tersayang. Cik abang pun boleh masakkan untuk isteri. Untuk pasangan yang sudah mempunyai anak, boleh makan untuk satu keluarga! Terima kasih Puan Zana Mokhtar di atas resipi ringkas ni.
ROTI GORENG CRISPY INTI CABONORA CHEESE LICIN SEPINGGAN
Selalu Kekna buat sarapan pagi. Memang tak cukup la. Licin sepinggan sekejap je. Hahaha.
Meh Kekna nak shareee. Mana tahu tak ada idea nak buat apa dengan roti tu kan.
Bahan Bahan:
Roti
Serbuk roti
Tepung gandum
Telur
Sosej
Cheese slide cheddar
Sos Prego Cabonara
Carrot
Bawang putih
Cara Cara buat inti carbonara:
1. Gunakan minyak olive oil untuk menumis bawang putih yang di cincang.
2. Masukkan sosej yang dah di potong. Biarkan seketika. Baru masuk carrot yang di potong halus.
3. Biarkan masak sekejap. Selepas tu baru masuk sos cabonora ye. Sedikit serbuk lada hitam. Masak sampai likat dan kering. – BOLEH BELI DI SINI JE
4. Ketepikan biar sejuk.
Cara cara buat roti:
1. Ambil satu sudu tepung gandum dan satu biji telur. Gaulkan dan masukkan sedikit air. Biar sedikit cair. Jangan cair sangat ye.
2. Roti buang kan kulit roti tu. Sapukan planta.
3. Letakkan inti carbonara. Atasnya diletakkan slide cheese yang dah di potong.
4. Selepas tu boleh buat bentuk segitiga. Tutupkan rapat supaya inti tak keluar nanti.
5. Celupkan bancuhan tepung tadi. Keluarkan dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Goreng kan dengan minyak panas.
7. Bila kekuningan emas. Baru angkat yee.
8. Siap untuk di hidang.
Celupkan roti dengan telur sebelum digoreng.Salutkan roti dengan serbuk roti supaya lebih rangup bila digoreng.Roti Carbonara Cheese yang sudah siap digoreng. Nampak sedap!Sos carbonara yang digunakan.Inti roti carbonara cheese yang sudah siap dimasak.
Senang je nak buat. Yang nak share di persilakan. Boleh la buat menu ni untuk anak anak kann. Kompom dorang suka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!