Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang yang berpanjangan dalam rumah tangga. Membina kebahagiaan itu umpama menanam sepohon pokok kerana ia memerlukan benih, baja, air dan cahaya yang dipupuk dengan kasih sayang, tanggungjawab, konsisten dan kesabaran.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri haruslah memainkan peranan bersama. Amalan-amalan ini bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh pasangan yang baharu berkahwin tetapi juga boleh diamalkan oleh pasangan lama yang ingin memupukkan kembali rasa cinta dan kasih sayang bak pengantin baru.
1. Luahkan kata cinta terhadap pasangan setiap hari
Amalan meluahkan kata-kata cinta, sayang dan puji-pujian kepada pasangan setiap hari boleh merubah perasaan pasangan yang suram kepada hari yang indah dan penuh bermakna. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan akan rasa lebih dihargai dan bertuah kerana memiliki anda sebagai teman hidup. Jangan segan mengungkapkan kata maaf jika anda melakukan kesalahan dan sentiasalah memaafkan pasangan jika dia pula yang bersalah terhadap anda.
2. Perlu saling lengkap-melengkapi
Alam rumah tangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan berkongsi hidup dalam pelbagai aspek. Tanamkan dalam diri bahawa perkahwinan yang bahagia hanya boleh dicapai jika anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Anda berdua haruslah saling membantu jika pasangan mempunyai masalah, selain cuba mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri pasangan anda dengan sebaiknya.
Ads
3. Jauhi sikap suka mengungkit
Untuk mengekalkan kasih sayang, sikap ungkit-mengungkit haruslah dielakkan. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantunya dia, jangan sesekali mengungkit tentang perkara tersebut terutamanya apabila anda berdua bertengkar. Cara ini menunjukkan yang anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan atau barangan tersebut kepada pasangan. Jika sikap ini berterusan boleh membuatkan cinta dan kasih sayang pasangan anda menjadi pudar terhadap anda.
4. Isteri tidur beralaskan lengan suami
Para isteri haruslah mengenepikan bantal-bantal anda dan tidurlah beralaskan lengan suami bermula malam ini. Ini kerana hormon bau phero yang dirembeskan dari ketiak suami dikatakan boleh mengaktifkan hormon isteri hingga isteri berasa tenang dan relaks. Malah pelukan suami akan menerbitkan kasih sayang serta hormat pada suami.
Ads
5. Cium tangan, kucup dahi dan peluk
Jadikan amalan mencium tangan suami ketika suami hendak keluar dari rumah sebagai tanda bahawa restu suami amatlah berharga. Selepas isteri mencium tangan suami, suami pula haruslah membalasnya dengan mengucup dahi isteri dan memeluk isteri. Tindakan ini akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai dan dengan sendirinya akan terbit kasih sayang itu dari hati yang ikhlas, selain mengeratkan lagi kasih sayang anda berdua. Malah kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon oxytocin.
6. Sentiasa amalkan mandi bersama
Amalan suami isteri yang sering mandi bersama sememangnya cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri kerana ia dapat mengukuhkan lagi rasa kasih antara anda berdua, apatah lagi apabila adanya sentuhan saat anda menggosok dan menjirus tubuh badan pasangan. Malah amalan ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
Ads
7. Solat berjemaah bersama
Sememangnya banyak ganjaran pahala yang boleh diperoleh apabila suami isteri solat berjemaah bersama. Ia akan mengeratkan kasih sayang, apatah isteri akan mengaminkan doa suami dan kemudian anda berdua akan saling bersalaman serta memohon maaf.
8. Sering lakukan kerja rumah bersama
Suami tidak boleh mengabaikan urusan kerja rumah dan hanya mengharapkan isteri melakukan urusan kerja rumah seorang diri. Sebaik-baiknya, bantulah meringankan bebanan isteri di rumah. Apabila anda berdua melakukan urusan kerja rumah bersama, bukan sahaja kerja rumah akan lebih cepat selesai malah anda berdua juga boleh gunakan masa ini dengan bergurau senda dan mengeratkan kasih sayang.
9. Sentiasa ada komunikasi dua hala
Sebuah hubungan rumah tangga dikatakan gagal apabila tiada komunikasi dua hala antara suami isteri. Jika masing-masing memendam rasa tentang permasalahan rumah tangga dan tidak meluahkan apa yang terbuku di hati, masalah tidak akan selesai dan tiada penghujungnya. Oleh itu, pentingnya komunikasi dua hala agar anda berdua boleh berbincang dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda seorang isteri dan sedang memikirkan apa hadiah yang sesuai untuk diberi kepada suami anda, artikel ini mampu untuk membantu anda dalam pemilihan barang apa yang sesuai untuk si dia.
Kebanyakkan lelaki tidak kisah sebenarnya tentang hadiah yang anda berikan kerana bagi mereka isteri adalah hadiah yang terindah dalam hidupnya. Tetapi tidak mengapa jika anda masih mencari barang yang sesuai. Di sini kami senaraikan 8 barang hari jadi yang sesuai untuk suami anda!
1. Wallet kulit
Wallet adalah aksesori penting bagi seorang lelaki. Kebiasaannya wallet yang diperbuat daripada kulit menjadi pilihan mereka kerana ia tahan lasak dan lebih lama.
2. Basikal ringan
Anda boleh memilih dari segi bentuk dan sizenya yang bersesuaian dengan suami anda. Basikal yang ringan beserta alatan keselamatan seperti helmet dan lampu keselamatan. Suami anda boleh beriadah di hujung minggu menggunakan basikal ini. Pasti si dia suka!
3. Kaca mata hitam
Mesti kacak lah kalau anda hadiahkan pada suami ini. Kaca mata merupakan salah satu fesyen yang sesuai untuk semua jantina. Malah, ia sesuai untuk dikenakan sewaktu anda berdua bercuti.
4. Clucth (pouch bag)
Kegunaan clutch bag ini sangat sempoi kerana ia tidak begitu besar dan begitu kecik. Banyak kegunaannya seperti suami anda boleh meletakkan telefon bimbit atau kunci kereta di dalamnya. Senang sangat.
5. Jam tangan
Jika anda membeli jam tangan, cari yang bersesuaian dengan persoanliti. Adakah pekerjaannya lasak atau kasual sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin, anda tentunya mempunyai citarasa tersendiri bagaimana pelamin yang menjadi idaman untuk majlis kahwin nanti. Namun jangan pula pelamin yang indah tidak nampak menonjol . Untuk lebih jelas ikuti panduan jurufoto ini.
Pandangan seorang jurufoto berkenaan pelamin:
Pelamin ada banyak jenis. Saya tak tahu jenis-jenisnya cuma antara yang saya boleh beri panduan kepada bakal pengantin supaya gambar nampak lebih cantik adalah
1) pilih pelamin yang backdrop tutup penuh kiri kanan. Maksudnya kiri kanan ada kain di tutup. Jika pelamin simple yang tiada kain kiri kanan, gambar berkumpulan pastinya akan nampak dinding atau apa sahaja di tepi. Maksudnya dah tak cantik la sebab banyak gangguan. Tapi jika pengantin tiada bajet, tidak mengapa. Cuma kena redha lah dengan gambar berkumpulan nanti.
2) Jangan pilih pelamin ada lampu disko di belakang, dan lampu berwarna warni yang suluh muka pengantin dari bawah. Kita ambil gambar guna phone pun tak cantik kan?. Muka pengantin akan berwarna merah bila keluar lampu merah, akan warna biru bila keluar lampu biru. Selalunya kalau ada lampu ni, saya akan pergi tutup. Kemudian keluarga pengantin buka pulak. Jadilah kami berlumpa buka tutup.?
3) Kedudukan pelamin seeloknya di bahagian yang ada cahaya cukup. Dan lampu di dalam rumah( kawasan pelamin) di buka kesemuanya.
4) Jangan letakkan pelamin di kawasan luar berbumbung yang mana kawasan itu hanya muat untuk pelamin. ( maksudnya posisi photographer terpaksa shoot dari luar ataupun di bawah panas). Kami susah sangat nak seting kamera supaya gambar cantik.tidak underexpose dan tidak overexpose. Melainkan photographer bawa sportlight letak kiri kanan pelamin dan semestinya pelanggan perlu ambil photographer yang mahal sebab banyak equipment).
5) Pastikan bumbung/ siling di kawasan pelamin adalah putih!!. Pelamin di bawah canopy warna selain putih adalah sangat di larang!!!.
Kalau merah jadi muka merah. Kalau pink jadi muka pink. Boleh edit. Tapi nanti warna baju pulak lari
6) Last but not least, JANGAN LETAKKAN PELAMIN DI DEPAN TIANG RUMAH!.rosak2.. yang mana jarak tiang dengan pelamin tu hanya sedepa, selangkah, setakat orang boleh lalu di celah. Nanti gamba akan ada penampakan tiang di situ. Ini kerana bagaimana photographer nak shoot semua bagi kelihatan dalam gambar tanpa ada tiang?. Ce habaq mai?. Shoot dari tepi boleh. Tapi sangat tak cantik. Shoot dari atas? Semua melangut dalam gambar.
Ok. Setakat ini dahulu perkongsian saya sebagai photographer perkahwinan sejak 2009. Pelamin tak perlu mewah, cukup sahaja kedudukan dan cahaya. Pasti cantik.?
Sebelum pergi jauh soal perkahwinan, jom belajar cara pengiraan jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti.
Kalau ikut cara yang dikongsikan oleh Nur Aryssa, tidaklah berlaku kes pembaziran dan tiada kes makanan yang tak cukup. Jom tengok!
Langkah-langkah Pengiraan:
1. Jumlah Kad Kahwin yang Diedarkan: Ini adalah bilangan kad yang diedarkan kepada tetamu. Anggap anda akan mengedarkan sejumlah kad tertentu.
2. Kemungkinan Tetamu Membawa Teman/Anak: Dalam anggaran ini, kita andaikan bahawa setiap tetamu mungkin membawa 4 orang (termasuk diri sendiri, teman, atau anak).
3. Peratusan Tetamu yang Akan Hadir: Anggapkan peratusan tetamu yang dijemput akan hadir, contohnya 80%.
Formula Pengiraan:
Jumlah Kad Kahwin (x) Kemungkinan Pembawa (x) Peratusan yang Hadir = Jumlah Tetamu Hadir
Contoh Pengiraan:
Untuk menghitung jumlah tetamu berdasarkan 1000 pax:
1. Jumlah Kad Kahwin:400
2. Kemungkinan Pembawa:4
3. Peratusan yang Hadir:80% (0.80)
Melalui pengiraan ini, jika anda mengedarkan 400 kad, dianggarkan akan ada 1280 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan.
Haa.. dapat sesuatu? Moga majlis anda berjalan tanpa halangan dan masalah, selamat menumpuh hari bahagia dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!