Secara tiba-tiba ibadah yang dilakukan tidak lagi dia merasa nikmat indah seperti sebelumnya. Jika sebelum ini solat yang dilakukan membuatkan dirinya berasa tenang dan lapang, namun kini ia seolah-olah tidak begitu berbekas di dalam hati malah seperti kosong dan sepi. Untung jika kita menyedari sedari awal akan keadaan itu. Inilah sebenarnya hikmah muhasabah diri agar kita selalu boleh mencari jalan memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t. Berikut adalah beberapa tips bagi mengekalkan nikmat beribadah untuk diusahakan:
1- Berusaha Bersungguh-sungguh Untuk Taat Kepada Perintah Allah
Memang adakalanya perasaan menjauh ada mengusik jiwa. Justeru, penawar terbaiknya adalah berusaha melawan dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan perintah Allah. Paksa diri melakukan amal ibadat dengan penuh kesabaran serta yakin dengan janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.
2- Menjauhkan Diri Dari Dosa
Ads
Tidak kira sama ada ia dosa kecil atau pun besar, elakkan daripada menjerumuskan diri dalam perkara yang mengundangnya. Dosa memberi kesan kepada hati di mana hati menjadi keras, kasar dan kosong. Maka, semakin banyak ia menakluki diri, dosa menghilangkan ketenangan, kemanisan iman dan seterusnya nikmat dalam melakukan amal ibadat. Lama-kelamaan, kita juga kehilangan cinta Allah s.w.t.
3- Menjadi Manusia Berakhlak Mulia
Perbuatan yang dilakukan walaupun makan, minum dan bercakap, hendaklah tanpa berlebih-lebihan. Nafsu tidak akan kenyang, maka latihlah diri untuk bersederhana dalam perbuatan kerana berlebih-lebihan itu tidak disukai Allah. Kita mestilah menjaga setiap kalimah yang keluar dari bibir. Pastikan kita mengucapkan kata-kata yang baik sahaja.Jaga hati agar tidak terlalu membenci atau terlalu ghairah dalam hal-hal duniawi.
Ads
4- Menjadikan Ibadat Sebagai Jalan Mendekati Allah
Kita hidup di dunia untuk menyembah Allah. Tujuan ibadah kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Setiap kali kita melakukan amal ibadat, niatkan ia untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t. Sebagai ganjarannya, Allah amat menyayangi hambaNya itu sehingga Dia membimbingnya dalam setiap urusan hidup makhluknya. Hidup yang paling bernilai adalah apabila semuanya berada dalam petunjukNya.
Ads
5. Meyakini Bahawa Ibadat Bernilai Di Dunia Dan Akhirat
Segala apa yang dilakukan di dunia ini akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat. Maka tiada satu pun yang dilakukan adalah sia-sia melainkan semuanya memberi nilai.
Allah menjanjikan balasan buat setiap satu amalan. Jika kita berpuasa, solat, bersedekah, menjaga lidah dan hati, dan sebagainya, maka kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Jika kita melanggar perintah Allah, tempatnya adalah neraka. Maka tiada satu pun yang kita lakukan yang tidak akan menghasilkan sesuatu.
Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
Riwayat Muslim
Sumber: tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist juga perlu dititiberatkan. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari menjadi lebih anggun dan berseri.
Entri kali ini berkongsikan tip untuk memilih jurusolek sempurna buat majlis bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Prewedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang kita lakukan, pasti akan berkait rapat dengan pantang larang. Walaupun kita berada di zaman moden, masih ada pantang larang nenek moyang yang masih diamalkan hingga kini.
Setiap pantang larang pasti ada kebaikannya dan ia merupakan satu pilihan. Tidak semestinya anda wajib amalkannya. Perubahan gaya hidup yang serba moden ini pasti buat ramai individu menganggap ia sebagai amalan yang konservatif.
Sumber: Pinterest
Kami ingin berkongsi pantang larang orang dulu-dulu yang berkaitan dengan bakal mempelai. Jom baca!
Nasihat 1
Jangan sesekali keluar dengan bakal isteri atau suami selama 40 hari sebelum akad nikah. Kalau nak keluar, bawa peneman
Sumber: Google
Nasihat 2
Jangan keluar langsung lepas Maghrib atau lewat malam jika tiada hal penting
Nasihat 3
Jangan tidur atas katil pengantin, tak elok dilihat orang lain (Nampak sangat tak sabar tu)
Nasihat4
Tidurlah secukupnya atau paling baik dapatkan 8 jam tidur yang ideal
Sumber: Google
Nasihat 5
Elak berjemur atau duduk di bawah matahari yang panas terik untuk elak kulit jadi gelap dan kurang berseri
Petua ini dikongsikan oleh Dr Fatima El Zahrah dan yang utama haruslah istiqamah dalam melakukannya. Amalkan cara-cara berikut untuk lebih awet muda, cantik berseri dan kelihatan tenang.
1. Ambil segelas air
2. Baca Surah al-Fatihah ~ 1 kali
3. Baca ayat Kursi ~ 1 kali
4. Baca Surah al-Waqiah ayat 35 – 38 sebanyak 7 kali, seperti di bawah:-
5. Kemudian, tiupkan ke dalam air dan minum air tersebut. Niat dalam hati untuk penjagaan diri secara semulajadi dan untuk kebahagiaan seluruh keluarga dan rumahtangga.
6. Amalan di atas hendaklah dilakukan selepas solat Isyak.
Semoga perkongsian Petua Awet Muda Secara Semulajadi Untuk Wanita di atas yang mudah dan tanpa modal boleh dijadikan amalan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!