Selain busana, pelamin, dekorasi dan makanan, lokasi adalah perkara paling utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan pengantin untuk merealisasikan majlis perkahwinan.
Ini kerana, terdapat majlis yang bergantung hanya pada tarikh yang kosong untuk membolehkan mereka menggunakan dewan dan sebagainya. Oleh itu, sebelum tarikh, adalah utama untuk menentukan terlebih dahulu lokasi majlis.
Berikut merupakan panduan mengadakan majlis perkahwinan mengikut lokasi.
Rumah
Seperti yang sudah kita sedia maklum, ramai yang memilih untuk mengadakan majlis mereka di kediaman rumah. Ini kerana, ia lebih mudah dan menjimatkan kos perkahwinan.
Rumah antara lokasi popular yang dipilih oleh pengantin, namun haruslah diingatkan bahawa ada panduan yang perlu anda ikuti. Antaranya adalah aktiviti dan aturcara yang akan diadakan.
Rata-rata majlis yang diadakan di rumah cukup gemar mengadakan sesi karaoke pada waktu malam sebelum majlis atau malam majlis. Harus diingatkkan bahawasanya anda hidup berjiran. Anda harus memaklumkan dan meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti tersebut. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melupakan privasi jiran-jiran anda dan mengganggu masa rehat mereka.
Ads
Bagi anda yang ingin menutup jalan kawasan rumah/lorong kediaman anda, janganlah terlalu pentingkan diri dengan melakukan semua sendiri. Sebaliknya berbincanglah terlebih dahulu serta mendapat kebenaran pihak berkenaan. Bukan apa, jika kita berbudi, insyaAllah dengan izin Dia, mereka yang membantu akan mendoakan perjalanan majlis kita berjalan lancar.
Dewan
Ada yang memilih untuk mengadakan majlis di dewan kerana ia lebih luas dan selesa. Selain itu, ia memudahkan tetamu untuk hadir kerana lokasi dewan yang lebih strategik dan mempunyai ruang parking yang lebih luas.
Pada pasangan pengantin, anda haruslah menitikberat mengenai susunan meja dan sebagainya. Pastikan anda merancang dengan rapi persediaan dan memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Ads
Hotel
Bagi yang mempunyai bajet lebih besar, mereka lebih cenderung untuk melakukan majlis di hotel. Antara jawapan yang sering diberikan oleh pasangan pengantin mengapa mereka memilih hotel adalah untuk nampak mewah dan serba serbi disiapkan oleh pihak hotel.
Selain itu kondisi ruang hotel yang selesa dan mempunyai penghawa dingin adalah sebab lokasi ini dijadikan pilihan. Namun begitu, ada kekangannya juga, di mana tetamu jemputan adalah terhad dan mereka mempunyai tema yang tertentu.
Di sini, bakal pengantin harus senarai pendekkan tetamu yang benar-benar di dalam list jemputan anda. Ini kerana dewan hotel tidak mampu untuk menampung bilangan tetamu yang ramai.
Ads
Taman
Kini, ramai pasangan yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di taman. Dengan tema “Garden Wedding”, kebiasaannya majlis akan diadakan di sebelah petang untuk mendapatkan angin yang menghembus bayu.
Konsep ini lebih menampakkan gaya santai dan terbuka. Tetapi selalunya, jemputan hanya terdiri kalangan keluarga terdekat. Jika lokasi taman ini menjadi pilihan anda, harus diingatkan bahawa keadaan cuaca yang tidak menetu.
Kaji terlebih dahulu musim atau cuaca pada tarikh perkahwinan yang telah ditetapkan. Bincang dengan pasangan mengenai risiko yang anda mungkin hadapi dan apakah rancangan anda untuk menangani risiko yang bakal mendatang.
Masjid Atau Surau
Kebiasaannya, lokasi masjid atau surau sering dijadikan lokasi untuk acara pernikahan. Jarang sekali kita melihat pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan/persandingan di tempat suci ini.
Walaupun mudah, kerana boleh bergotong-royong menyediakan persiapan hari bahagia tetapi pasangan pengantin harus peka dengan keadaan sekeliling. Ini Kerana banyak perkara yang harus diambil berat dan dijaga ketika berada di rumah Allah SWT ini. Contohnya seperti aurat, pergaulan, acara dan juga kebersihan. Pastikan juga aturcara anda tidak mengganggu waktu solat dan jemaah lain yang datang untuk beribadah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
1. Pasangan berkahwin banyak luang waktu bersama
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
2. Tidak mahu membazir
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
3. Isteri sentiasa hendak puaskan suami
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
4. Kadang kala makan kerana kecewa
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
5. Mengandung
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunga tangan telah menjadi benda wajib ada dalam setiap pernikahan. Bakal pengantin perempuan perlu memegang bunga tangan ini untuk menghilangkan rasa gugup mereka.
Namun, pemilihan bunga tangan juga sangat penting kerana anda perlu melihat dari segi size dan warnanya. Jika anda masih tiada idea dan masih mencari, di sini kami akan kongsikan kepada anda antara bunga tangan yang meletop!
Setiap pasangan mengimpikan hubungan cinta yang dijalin berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Sikap saling mempercayai dan mempunyai komunikasi yang baik adalah tunjang kepada hubungan yang harmoni dan sejahtera. Namun, tidak hairanlah jika hubungan yang dijalin sekian lama terputus di tengah jalan.
Ini kerana faktor-faktor tertentu yang boleh merosakkan hubungan sekali gus menyebabkan pasangan berpisah. Ada perkara yang harus dibuang dalam diri setiap pasangan untuk menjaga hubungan agar sentiasa dalam keadaan baik.
Jom kita lihat 9 sikap yang tidak menyenangkan dan harus dibuang agar hubungan cinta semakin mekar hari demi hari!
1. KURANG KOMUNIKASI
Jika ada rasa tidak puas hati atau apa jua masalah yang menimpa, cuba luahkan sahaja dengan pasangan. Jangan berdiam diri atau pendam kerana komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan cinta. Bagi kaum lelaki, jika pasangan anda ingin meluahkan sesuatu, dengarlah dengan ikhlas walaupun ia tidak ada kena mengena dengan diri anda. Untuk wanita pula, anda layankan saja minat kaum lelaki. Mereka punyai minat yang mungkin anda sendiri tidak menggemarinya.
2. TERLALU MANJA
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Begitu juga bagi kaum lelaki. Rata-rata lelaki suka akan kekasih yang mempunyai sikap manja kerana bagi mereka, ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun, jangan pula berlebih-lebihan, gusar pasangan akan merasa jelik dan bosan.
3. TERLALU CEREWET
Mempunyai sikap yang terlalu cerewet ini boleh dikategorikan sebagai perangai yang agak menyakitkan hati. Mungkin ada sesetengah pasangan yang cerewet pengenai penampilan pasangan mereka. Mungkin anda boleh menegur cara pasangan anda berpakaian, namun harus jaga bahasa dan adab. Jangan sampai pasangan anda labelkan diri anda sebagai seorang yang cerewet ya!
4. SENSITIF YANG MELAMPAU
Orang yang ada sikap sensitif yang tahap melampau ni memang menempah tiket untuk tinggalkan. Tidak menjadi kesalahan jika anda mempunyai sensitiviti terhadap pasangan, namun ia harus bepada-pada. Sesungguhnya, sikap sensitif yang berlebihan akan membuatkan pasangan anda merasa bosan dan boleh merenggangkan hubungan. Satu hal lagi, jangan sampai kadangkala pasangan anda ingin bergurau, anda mengambil ia sebagai sesuatu yang serius ya!
5. TERLALU MENYANJUNGI
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang sangat diperlukan dalam sesuatu perhubungan. Ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan tetapi ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya antara satu sama lain. Namun, jika selalu sangat memuji atau menyanjungi pasangan anda, itu boleh membuatkan pasangan merasa bosan. Dia juga akan menganggap anda seorang yang tidak ikhlas.
6. SUKA MEMINTA
Jangan terlalu suka untuk meminta apa-apa dari pasangan anda. Mungkin pasangan anda amat menyayangi diri anda sehingga sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak anda. Perkara ini tidak baik buat perhubungan anda. Jangan pula anda merajuk jika pasangan tidak memenuhi permintaan anda. Pasangan yang baik tidak akan meminta sesuatu perkara yang bukan-bukan. Jangan sampai si dia mencari orang lain kerana bosan dengan perangai meminta dan mengada-ngada anda itu!
7. TERLALU MEMPERLEKEH
Lelaki dan perempuan sama sahaja. Mereka jenis yang tidak suka pasangan yang tidak menghargai kewujudan apatah lagi kalau jenis yang suka memperlekeh-lekehkan pasangan tu sendiri. Bahasa tu harus dijaga. Jangan sampai pasangan anda terasa terhina. Sebelum nak berkata sesuatu, cuba fikir terlebih dulu. Letak tempat anda di tempat tempat dia. Jika dia memperlekehkan anda, apa anda akan rasa?
Setiap orang mesti ada kekurangan diri masing-masing bukan? Tidak salah jika anda ada niatuntuk menolong mereka untuk berubah tetapi biarlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara memperlekehkan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...