Pasangan Anda Seorang Yang Berjimat Atau Kedekut? Jom Ketahuinya!

Share

Tak kiralah sama ada pasangan kekasih mahupun suami dan isteri wang selalu menjadi punca pergaduhan dalam sesebuah hubungan itu. Tidak kiralah ia berpunca daripada pasangan yang terlalu berjimat atau kedekut, pastinya ia boleh menimbulkan pergaduhan.

Dengan kehidupan yang sekarang sememangnya wang manjadi benda utama untuk kita terus hidup kerana semuanya perlu menggunakan wang.

Tetapi jika anda sahaja yang akan berhabiskan wang mesti ada sakit hati juga kan? Namun, apa tujuan pasangan anda ? adakah dia kedekut atau terlalu berjimat? lihat ini!

1. Jarang mengajak anda ‘lunch’ atau ‘dinner’ bersama

Mungkin pada pertemuan pertama si dia masih lagi malu-malu dengan anda. Sebab itu dia mudah untuk mengajak anda memakan sesuatu yang ringan. Namun, jika si dia kerap melakukan perkara ini kemungkinan dia sedang berjimat cermat atau kedekut.

2. Selalu tidak membawa dompet

Semestinya dompet adalah perkara yang penting. Jika sekali sekala terlupa bawa dompet boleh dimaafkan, tetapi jika ia sering berlaku dan anda yang sering membayarnya itu agak meragukan.

3. Suka benda murah dan percuma

Siapa sahaja tidak suka benda murah dan percuma bukan? tapi jika terlalu ketara sehinggakan semua benda ingin murah sahaja dan percuma pun pelik juga.

4. Suka tawar menawar

Tawar menawar akan sering terjadi di tempat yang boleh melakukan penawaran. Tetapi, jika dia masih melakukan tawar menawar di tempat yang tidak sepatutnya mungkin dia adalah seorang yang kedekut.

5. Ingin membayar berasingan

Sudah selesai makan bersama dan ingin melakukan pembayaran, dirinya akan bertanya jika makanan tersebut akan dibahagi dua atau berasingan. Jika soalan ini kerap timbul itu bermakna si dia seorang yang kedekut.

IKLAN