Menjadi atau tidak? Apa kata kita cuba bermula dari hari ini, bukan sahaja boleh turunkan berat badan malah boleh mengeluarkan angin dalam badan juga.
MUDAH SAJA NAK BUAT TEH HIJAU UNTUK KURUS
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni ok. Tapi kena konsisten setiap hari la ye.In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
-1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.
-1 inci halia di slice nipis nipis.
Madu ( ikut suka)
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.
5. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah ok.
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.
KELEBIHAN LAIN TEH HIJAU PATUT BAKAL PENGANTIN KENA TAHU
Ads
1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.
2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.
3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.
4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan.
Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.
5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.
6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.
7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.
Ads
8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.
9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.
10.Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.
11.Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.
12.Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.
13.Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.
14.Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%
Ads
15.Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.
16.Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.
17.Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.
19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin.
Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.
20.Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.
21.Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.
Ada banyak pendapat mengenai berapa banyak anda perlu minum teh hijau dalam sehari. Ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 2 cawan dan ada juga yang mencadangkan sekurang-kurangnya 5 cawan sehari.
Sekiranya anda ada masalah kesihatan atau sedang hamil, cuba dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu.
Sumber : Zana Mokhtar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang bakal menamatkan zaman bujang tahun ini atau dalam masa terdekat, ketahui cara plan majlis mengikut bajet yang anda mampu.
Bukan hanya bersedian dari segi kewangan tetapi anda juga perlu tahu nak jimatkan kos majlis perkahwinan agar tidak membazir. Lagi-lagi sekarang semua barang mahal.
Jemput baca perkongsian daripada Alisha, yang mana ada 5 perkara yang anda boleh semak semula.
Persediaan Nak Kahwin Bajet
1. Buat budgeting
Tentukan anggaran bajet perkahwinan idaman korang. Mulakanvdengan senaraikan perkara penting dan wajib dahulu. Contohnyavmas kahwin, cincin kahwin, tok kadi dan sebagainya.
2 Buat simpanan secara consistent
Ini sangat penting. Dengan matlamat yang jelas, anggaran bajet yang terperinci, korang dah boleh mula menyimpan atau menambah simpanan yang sedia ada. Buat extra job atau side income untuk capai bajet yang telah ditetapkan.
3 Kena Kreatif dan Inovatif
Kalau nak lebih jimat, asah skill decor anda. Bat sendiri decor dulang hantaran, decor pelamin menggunakan barang sedia ada atau boleh cari di second hand shop juga. Anda boleh DIY/hack. Kalau pandai menjahit itu bonus! Boleh reka dan jahit baju sendiri. Kalau tak reti, boleh mula survey baju kahwin dan sewa atau beli yang murah/sale atau preloved. Jimat!
4 Kumpul majlis setempat
Bincang dengan keluarga. Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka boleh tentukan lokasi majlis perkahwinan. Biasanya nikah akan dilakukan di rumah pengantin perempuan. Jadi, buat sekali jalan je. Buat majlis nikah dan bersanding terus pada hari yang sama. Bersanding bukanlah wajib, jika tak nak buat boleh jimat kos pelamin.
5 Terhadkan bilangan tetamu
Nikah dalam Islam wajib ada 4 perkara iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan dua orang saksi kan. Selebihnya ikut kemahuan kita nak jemput siapa. Maka terhadkan bilangan tetamu kepada keluarga terdekat dan sahabat baik bagi kedua-dua pihak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan fitnah.
Zaman sekarang sudah canggih, anda boleh buat live semasa majlis itu supaya keluarga, sahabat dan kenalan jauh atau yang tidak dijemput hadir di majlis anda itu, dapat lihat secara live.
Moga tips ini membantu sedikit sebanyak dalam perancangan anda yang plan nak kahwin nanti. Mana yang elok, boleh digunakan, mana yang rasa tak sesuai boleh ikut keselesaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya manusia biasa, itulah kita. Dari hari ke hari, pastinya fizikal berubah mengikut peredaran waktu. Tuntutan tanggungjawab menyebabkan kita tiada masa untuk menjaga penampilan. Ia sukar dielakkan namun ia berprestasi menggugat keharmonian rumah tangga. Oleh itu, ikuti tip bernas ini agar anda berdua kekal bersedia. Jangan jadikan paras rupa jadi sebagai taruhan menyulam cinta dan kebahagiaan rumah tangga.
1) IMBAS KEMBALI
Ya, setiap daripada kita mengimpikan pasangan punyai paras rupa menawan. Namun, ‘kesempurnaan’ itu ada kalanya tidak kekal, sehinggakan sedikit sebanyak memberi kesan dalam kelangsungan rumah tangga seperti perasaan jemu dan seterusnya pengabaian emosi masing-masing.
Oleh itu, jika cinta anda berdua ikhlas dan bukan berpaksikan rupa semata-mata, imbaslah semula kenangan dan memori ketika bercinta dulu serta pengorbanan yang pernah dilaksanakan. Nescaya, anda berdua akan kekal selamanya.
2) SALING MENASIHATI
Dalam mengharungi arus hidup berkongsi, pastinya banyak perkara yang perlu difikirkan. Namun, anda dan pasangan perlulah sentiasa peka dengan persekitaran serta sentiasa nasihat-menasihati agar diri masing-masing tampil menarik. Elakkan daripada membiarkan diri kusut dengan masalah rumah tangga yang menimpa. Tampil segar sentiasa di mata sanak saudara, rakan mahupun jiran tetangga.
3) TERBUKA TERIMA KETIDAKSEMPURNAAN
Ini perlu untuk memupuk hubungan baik antara suami dan isteri. Masing-masing perlulah menerima kenyataan bahawa kecantikan luaran akan pudar, namun tidak kecantikan dalam diri. Oleh itu, bersedia untuk menerima sebarang ketidaksempurnaan dan perbaikilah imej diri.
4) BERFIKIRAN MATANG
Ya, tidak semua bertuah memiliki raut idaman. Namun, jangan jadikan ia satu kelemahan dalam diri mahupun dalam sebuah institusi kekeluargaan. Jadilah seorang yang matang dalam menjalani kehidupan. Nescaya kematangan anda akan menyerlahkan kewibawaan serta persona diri.
5) BAWA KE PUSAT PERAPIAN DIRI
Kulit kasar dan berminyak, perut buncit, muka berjerawat, selulit dan pelbagai lagi kondisi mencela penampilan anda. Jika pasangan anda dilihat kurang menjaga aspek luaran, pancinglah hati si dia dengan membawanya ke spa mahupun pusat perapian diri bagi menyerlahkan sisi perawannya.
TIP PERLU IKUT
1) Jangan memerli mahupun memandang enteng jika pasangan anda kelihatan tidak menarik lagi. Berikannya semangat serta dorongan untuk berubah ke kondisi yang lebih baik.
2) Anda boleh hadiahkan set produk kecantikan, namun jangan sampai si dia terkecil hati dengan tindakan anda itu.
3) Sebagai ketua keluarga, perlulah anda memantau segala keperluan perapian diri / kosmetik si isteri. Biar dia tahu anda juga ambil peduli akan hal-hal sedemikian.
4) Anda pula jangan terlalu mengharapkan si dia tampil berbeza dan menarik mengikut kemahuan anda. Hargai segala usahanya untuk tampil cantik di mata anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa anda sedar jodoh sebenarnya boleh mengubah anda menjadi orang yang berbeza. Cinta menyebabkan anda tidak pernah merasakan kekurangan saat bersama dengannya selain melalui beberapa tanda perubahan yang mengasyikkan.
Kesamaan anda dan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan bahagia walaupun ada ketikanya anda berdua dilontarkan dengan masalah serta ujian. Itulah adat resam yang harus dilalui oleh setiap pasangan bercinta sebelum jodoh itu berakhir dengan sebuah perkahwinan.
1. Mula melihat kehidupan dalam perspektif berbeza
Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.
2. Orang lain tidak lagi menjadi perhatian anda
Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.
3. Rasa semakin yakin dan tidak ragu-ragu dengan hubungan ini
Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.
4. Lakukan perkara baharu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini
Benarlah cinta mengubah segalanya. Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan perkara baharu yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.
5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri
Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan. Jika sebelum ini kuku pun jarang potong dan dibiarkan kotor namun kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.
5. Ada hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling
Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda sudah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling anda.
6. Menjadi penyelesai masalah yang baik
Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.
7. Berkongsi rahsia diri kepada pasangan
Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda nanti.
8. Membayangkan masa depan bersamanya
Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.
9. Hasrat kenalkan pasangan dengan orang tua
Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!