Umur bukanlah pengukur untuk menentukan kematangan seseorang itu. Sebaliknya, cara berfikir dan sikap rasional dalam melakukan sesuatu perkara adalah lebih penting dalam membentuk individu yang berfikiran matang, begitu juga apabila berbicara soal cinta.
Sikap matang amat perlu dalam hubungan percintaan. Ini kerana hubungan akan menjadi lebih baik sekiranya pasangan mempunyai sifat matang dalam perhubungan. Kematangan kedua-dua pasangan akan membentuk jalinan atau hubungan yang lebih erat dan pastinya apa jua masalah yang bakal tiba dapat diselesaikan dengan baik.
Namun, bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Jom Pesona Pengantin kongsikan 8 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk anda menjadi pasangan yang matang dalam percintaan!
1. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN
Orang tua pernah berkata, “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.
2. MENAMBAH ILMU
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
Ads
3. BERGAUL DENGAN ORANG YANG LEBIH DEWASA
Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
4. MENGUBAH GAYA “BER-SMS”
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya. Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai cinta.
Ads
5. ELAK BERCINTA 24 JAM
Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah. Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, anda ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit.
Tapi sekarang, anda sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu anda. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia d iwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.
6. MEMBACA SURAT KHABAR
Ads
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang.
7. UBAH PENAMPILAN
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai t-shirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.
8. BERSIKAP PROFESIONAL
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dan profesional dalam bercinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada orang yang tidak pernah bertengkar sepanjang hidupnya. Demikian juga kehidupan berumah tangga, tidak ada pasangan suami isteri yang tidak pernah bertengkar sepanjang usia pekahwinan mereka. Perkahwinan yang tiada pertengkaran adalah perkahwinan tanpa emosi.
Pertengkaran mendatangkan kebaikan dan keburukan. Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk menghadapi pertengkaran dalam rumah tangga.
Sedarlah bahawa pertengkaran berlaku sebagai usaha untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan dalam kehidupan berumah tangga. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya dalam apa jua aspek. Oleh itu usah takut berbincang. Mengelakkan perbincangan kerana khuatir akan berlaku pertengkara hanya akan menimbulkan masalah lebih besar pada masa akan datang.
Berusahalah sedaya upaya agar pertengkaran kecil tidak melarat menjadi besar dengan cara menyelesaikan masalah yang timbul sebaik mungkin. Pertengkaran kecil itu akhirnya akan menjadikan suami isteri merasa lebih akrab berbanding sebelumnya.
Jika seorang suami berasa marah terhadap orang lain yang ditemuinya di luar rumah, janganlah sesekali membawa rasa marah itu pulang ke rumah dan dihamburkan kepada isteri. Bersabarlah kerana Islam menyuruh kita bersabar.
Sekiranya pertengkaran itu tidak dapat dielakkan lagi kerana salah cara menyampaikan atau sukar untuk menerima hakikat yang terjadi, usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain terlibat dalam urusan tersebut.
Dalam pertengkaran, usahlah ungkit kelemahan pasangan sehingga seolah-olah kita saja yang baik. Dan usahlah bertengkar hanya untuk mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Pertengkaran yang bersangkutan dengan sesuatu topik, usahlah dikaitkan dengan topik-topik lain yang tiada kena-mengena. Jika masalah-masalah lain dimasukkan juga, ia akan menjadi satu pertengkaran besar yang boleh membawa bencana.
Jangan menggunakan kekasaran semasa bergaduh. Misalnya memukul, melempar barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
Gunakan bahasa yang sesuai agar kata-kata kita tidak menyakiti hati pasangan. Jika hati sakit, masalah tidak akan selesai. Sebaliknya kata-kata yang lembut akan melunakkan hati pasangan.
Jika bertengkar, usah biasakan membawa diri menyendiri dan menjauhi pasangan. Berusahalah cari jalan penyelesaian dan cuba cipta suasana yang boleh merapatkan kembali hubungan.
Jangan biarkan pihak ketiga masuk campur dalam pertengkaran. Kehadiran pihak ketiga yang hanya memihak kepada sebelah pihak akan menambah nyalaan api pertengkaran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang kita lakukan, pasti akan berkait rapat dengan pantang larang. Walaupun kita berada di zaman moden, masih ada pantang larang nenek moyang yang masih diamalkan hingga kini.
Setiap pantang larang pasti ada kebaikannya dan ia merupakan satu pilihan. Tidak semestinya anda wajib amalkannya. Perubahan gaya hidup yang serba moden ini pasti buat ramai individu menganggap ia sebagai amalan yang konservatif.
Sumber: Pinterest
Kami ingin berkongsi pantang larang orang dulu-dulu yang berkaitan dengan bakal mempelai. Jom baca!
Nasihat 1
Jangan sesekali keluar dengan bakal isteri atau suami selama 40 hari sebelum akad nikah. Kalau nak keluar, bawa peneman
Sumber: Google
Nasihat 2
Jangan keluar langsung lepas Maghrib atau lewat malam jika tiada hal penting
Nasihat 3
Jangan tidur atas katil pengantin, tak elok dilihat orang lain (Nampak sangat tak sabar tu)
Nasihat4
Tidurlah secukupnya atau paling baik dapatkan 8 jam tidur yang ideal
Sumber: Google
Nasihat 5
Elak berjemur atau duduk di bawah matahari yang panas terik untuk elak kulit jadi gelap dan kurang berseri
Sebelum berangan nak duduk atas pelamin, port gambar kahwin pun kena fikir awal juga. Nanti pengantin boleh berpuas hati dengan idea yang dipilih apabila melihat hasil yang diambil oleh juru gambar.
Port Gambar Kahwin
Sama ada bergambar untuk pra-perkahwinan, semasa atau selepas, setiap bakal pengantin mahu gambar mereka yang diambil oleh jurugambar menjadi cantik, dreamy serta timeless.
Untuk mengabdikan memori romantik bersama pasangan, sudah semestinya kamu memerlukan lokasi yang mempunyai latar belakang yang unik dan tidak cliche.
Sama ada berlatar belakangkan alam semula jadi atau reka bentuk bangunan yang unik, ini beberapa lokasi yang cantik untuk kamu bergambar!
Khas untuk bakal pengantin yang bakal berkahwin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pertimbangkan beberapa lokasi ‘hot spot’ ini untuk gambar kahwin yang berbeza daripada orang lain dan lebih cantik. Lihat di bawah;
Ala-ala di zaman klasik Eropah, A-Park ini adalah lokasi yang sesuai untuk pasangan yang sukakan latar belakang taman desa. Sama ada kamu adakan majlis di sini, atau sekadar nak bergambar, ambil gambar di atas bot atau tepi jambatan.
Nak feeling seperti raja dan ratu, kamu boleh bergambar di jambatan istiadat Seri Gemilang Bridge ini. Pose lah di mana-mana tempat sekali pun, tetap nampak cantik dan vogue!
Untuk bakal pengantin yang sukakan suasana Timur Tengah, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Astaka Morocco. Setiap ukiran di dinding dan pintu, boleh jadikan gambar kamu nampak mahal seolah-olah seperti berada di luar negara.
Mempunyai seni bina yang unik dengan gabungan kehijauan alam semula jadi dan moden bandar, Tamarind Square kini menjadi hot spot untuk para bakal pengantin bergambar. Ambil gambar di waktu bekerja kerana hujung minggu sesak dengan pengunjung luar.
Menjadi salah satu taman awam yang tercantik, Taman Saujana Hijau yang dipenuhi dengan pokok hijau ini sudah semestinya akan menjadi latar belakang yang paling cantik untuk kamu bergambar. Sekali pandang, rasa macam di luar negara.
Namun, macam mana hebat pun lokasi bergambar, pastikan semak ramalan cuaca terlebih dahulu. Dan, pastikan ada plan B! Kalau cuaca sebaliknya, anda masih ada lokasi cantik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!