Ads

Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick Pan

Jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni. Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan selengkapnya.

RESEPI ROTI NAN SIMPLE. GEBU SANGAT, BUBUH CHEESE LAGI SEDAP!

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
1+1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

CARA-CARA MEMBUAT:

1. ADUN SEMUA BAHAN MENJADI DOH. Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.

Ads

2. REHATKAN DOH 30 MINIT
Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick PanLepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.

3. KELUARKAN ANGIN & CANAI
Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick PanKemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.

4. BUBUH CHEESE / GARLIC
Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick PanMasa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula. Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.

Ads

*Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.

5. MASAK
Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick PanSaya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan. Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.

Ads

Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.

Siap!

KREDIT : Puan Fatihah Hamid

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Busana Pernikahan Izara Aishah Kekal Ikonik, Elegan Dalam Rekaan Rizalman Ibrahim

Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...