Resepi Sate Simple, Sekejap Sahaja Dah Siap

Share

Resipi sate ini paling mudah untuk diikuti, malah kuah kacang yang dikongsikan juga senang disediakan. Sesuai untuk juadah hujung minggu bersama keluarga tersayang. Makan-makan dengan keluarga lebih meriah tambahan aktiviti membakar sate ni buat ia lebih meriah. Selamat mencuba.



Bahan :

Seekor ayam – ambil isi sahaja. Potong dadu dan toskan.

Bahan kisar :

2 labu bwg besar

1 labu bwg putih

2 inci halia

4 batang serai

Bahan perap :

2 Cawan gula

2 sk garam

4 sk kunyit

3 sb jintan manis



Cara :

1. Dalam besen besar, masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap.

2. Gaul sebati dan perap seketika.

3. Selepas itu baru cucukkan ke lidi.

4. Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan masukkan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar).



Kuah Kacang :

Bahan kisar :

Segenggam cili kering

2 labu bawang besar

2 inci halia

Bahan :

1 batang serai di ketuk

2 cawan kacang tanah yang dikisar

2 keping gula melaka

1/2 cawan gula

Garam

Air secukupnya

Asam keping

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kemudian masukkan serai. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati.

3. Selepas itu masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan.

4. Masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping.

5. Masak sehingga pekat, rasa dan tambahkan apa yang kurang.

Sumber : Noorlaili Zainal

IKLAN