Ayam Masak Bawang antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika menjamu selera di restoran mamak. Ratah begitu sahaja pun sedap. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam membuatkan selera bertambah.
Nak masak Ayam Masak Bawang ini tidaklah sesusah mana pun. Pengantin yang baru kahwin pun boleh cuba masak.
Berikut dikongsikan resipi Ayam Masak Bawang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
RESIPI AYAM MASAK BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong 16)
12 ulas bawang merah/kecil
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1. Cuci bersih isi ayam dan lakukan perapan dengan garam, kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan lada sulah selama 20-30 minit.
2. Tumbuk halus atau kisar jadikan pes bawang merah/kecil, bawang putih dan halia.
Ads
3.Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dipotong mayang ini sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.
4.Bila bawang sudah sedikit keperangan macam ini, angkat dan ketepikan dulu.
5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.
Ads
7. Ambik minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.
9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.
Ads
10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak.
11. Rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Lakukan begini 4 atau 5 kali ulang. Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.
12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat atau mengikut citarasa masing-masing. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
13. Bila kuah sudah perasa elok, masa ini sudah boleh masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.
14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.
15. Bila sudah sebati elok meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Halia bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut serta membuka hati yang tersumbat akibat cuaca dingin dan lembap. Halia juga dapat meningkatkan kekuatan hubungan intim suami isteri, selain mengatasi angin yang berlaku pada usus dan perut.
Ternyata halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Ia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau nak tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi.
Ini antara kelebihan air halia yang wajib wanita ketahui:
Lancarkan pencernaan
Untuk anda yang sering alami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan, elok sangat amalkan minum air halia panas. Sebabnya, ia dapat meredakan dan merehatkan usus.
Turunkan berat badan
Bagi anda yang nak turunkan berat badan, halia boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan. Malah dengan minum air halia, dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Ia akan membuatkan perut tahan kenyang lebih lama.
Kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.
Dijadikan ramuan masakan
Halia juga boleh dijadikan minuman dan ramuan masakan. Malah dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari. Pasti anda dapat merasai kelainan pada wajah dan miliki tubuh yang lebih segar. Ini sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Apa pun jika ada di antara anda yang alah dengan halia, janganlah mengamalkannya. Sebaiknya rujuklah kepada yang lebih pakar sebelum mengambil halia.
Air halia bukan sahaja bagus untuk membuang angin dalam badan tetapi ia juga sesuai untuk merawat keputihan. Kalau anda alami masalah keputihan, bagus untuk amalkan minum air halia ini setiap hari.
Bantu hilangkan loya ketika hamil
Kalau anda sedang hamil, boleh juga amalkan minum air halia panas terutamanya untuk menghilangkan sakit loya dan juga muntah. Bila minum, otot-otot anda akan menjadi lebih relaks sekali gus menghilangkan rasa mual.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkongsian status hos dan pelakon, Irma Hasmie menarik perhatian orang ramai sehingga mencetuskan persoalan tentang hubungan perkahwinannya.
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah”.
“Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar”, Tulisan Irma Hasmie Jadi Tanda Tanya
Biarpun tidak menyatakan ungkapan tersebut ditujukan kepada sesiapa, hantaran dalam Instagram itu membuatkan ada pengikut menebak, adakah rumah tangganya sedang berdepan gelombang.
Tidak kurang yang menganggap perkara diluahkan hanya peringatan kepada golongan suami supaya lebih menghargai para isteri dan wanita yang melahirkan zuriat mereka.
Pihak yang melihat dari sudut positif meminta ibu kepada dua cahaya mata itu terus bersabar, manakala segelintir pemerhati lain menangkis tanggapan hanya isteri sahaja berkorban demi zuriat.
Minta Maaf Atas Kekurangan Diri
Irma dalam balasan komen memohon maaf andai dirinya terkhilaf dan meminta didoakan agar terus dilimpahkan kesabaran.
“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” katanya.
Tanpa memberi penjelasan lebih lanjut, pelakon Cinta Fotokopi itu hanya memaklumkan selama ini dia sudah cuba berpegang kepada kesabaran.
“Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga,” tulisnya lagi.
Menjengah lagi ke ruangan komen netizen meminta lelaki bergelar suami supaya lebih menghargai suri hidup mereka.
“Hanya isteri saja yang tahu maksud ayat ini. Wahai suami hargailah seorang isteri yang Allah telah amanahkan untukmu sementara.
“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata boleh digambarkan betapa kuat dan sabarnya mereka,” tulis seorang netizen.
Seorang pemilik akaun lain pula bersetuju dengan frasa dizahirkan Irma dengan mengatakan dirinya juga masih memilih jalan penyelesaian.
“Betul. Ini pun (saya) dalam fasa nak melangkah atau bertahan. Sebab penat nak bersabar,” tulis seorang pengikut.
Sekadar info, Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.
Merujuk Instagram miliknya, gambar suaminya juga sudah dipadam. Rapi mendoakan moga hubungan Irma dan suaminya baik-baik sahaja dan jika ‘keruh’, akan tiba suatu saatnya kembali jernih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.