Dalam rumah tangga, kata-kata pujian kepada pasangan merupakan salah satu pengikat kasih sayang yang perlu suami isteri amalkan. Apa yang penting, pujian untuk pasangan itu haruslah diluahkan secara ikhlas.
Bukan hanya isteri sahaja yang suka dengan pujian, suami juga perlukan pujian manja dan ikhlas daripada isteri tercinta. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menzahirkan perasaan gembira apabila dipuji, namun percayalah jika anda ungkapkan kata-kata pujian boleh membuatkan suami rasa dihargai.
Ok isteri, jadikan pujian-pujian ini sebagai amalan anda dan perhatikan reaksinya!
1. Tunjukkan rasa teruja anda dengan penampilannya
Seperti pakaian dan rambut, lelaki tidak akan pernah menjadi sebimbang orang perempuan, namun dia masih mengambil berat tentang penampilan luarannya. Tiada insan lain yang lebih jujur dalam memberikan pendapat tentang penampilannya selain isterinya sendiri.
Ads
Sesekali tunjukkan rasa kagum anda tentang penampilannya dan katakan yang anda nampak suami segak dengan pakaian dan gaya rambutnya yang sebegitu. Jangan lupa berikan pandangan menggoda saat anda memujinya seolah-olah pandangan ‘jatuh cinta pandang pertama’. Selain suami rasa terharu dan berbesar hati, pasti suami juga cenderung untuk memberikan anda pujian!
2. Katakan yang anda suka dengan bau suami yang segar
Wanita umumnya gemarkan bau yang segar dan harum. Beri dorongan kepada suami agar suami kekal segar dan harum dengan memberikan pujian ikhlas tatkala suami selesai mandi dan mengenakan haruman kegemarannya. Secara tidak langsung, suami akan terdorong dalam usahanya untuk meneruskan penampilan diri yang sentiasa harum sekali gus meningkatkan keyakinan dirinya.
Ads
3. Puji gaya potongan rambut terbaharunya
Tidak seperti anda, suami anda mungkin tidak pernah menghabiskan banyak masa dan wang untuk penampilan rambut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang suami tidak berusaha untuk menjaga penampilan rambutnya.
Walaupun mungkin suami jarang bertanyakan kepada anda soalan, “Okay tak rambut abang?” selepas dia keluar dari kedai gunting rambut, namun sebenarnya kaum lelaki memang inginkan komen positif daripada wanita lebih-lebih lagi isterinya. Yakinkan suami yang rambutnya kelihatan elok dan menawah, malah gaya rambutnya itu kena dengan dirinya.
Ads
4. Katakan yang pandangan suami bernas
Sewaktu zaman kanak-kanak, ini adalah pujian terbaik yang seringkali diterima namun ia semakin hilang seiring dengan usia. Jika suami anda mengatakan sesuatu yang intelektual atau bijak, berikan pujian di atas hujahan suami yang bijak itu. Ia adalah satu pujian yang jarang didengari dan boleh membuatkan suami rasa bangga dengan pandangannya.
5. Beritahu suami yang anda selesa dan selamat dengannya
Suami pasti merasakan bahawa dirinya penting apabila dia mengetahui anda selamat apabila berada bersamanya. Zahirkan perasaan selamat dan rasa dilindungi apabila anda berada di sampingnya. Ini juga akan membuatkan suami rasa dirinya maskulin, gagah dan lebih yakin.
Cuba ini:Minta suami bukakan penutup balang untuk anda dan ucapkan terima kasih dengan menepuk bicepnya sambil anda memuji betapa kuatnya dia. Pasti suami rasa kuat dan seksi dalam masa yang sama!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wahai semua bakal pengantin sila follow menu diet yang diberikan ini, mana tahu sebulan je anda dah boleh turunkan berat badan. Jom istiqamah dalam berdiet!
Nasi makan segenggam sekali je sehari
Pagi wajib breakfast 7am-9am
Snacking 11am & 5pm
Lunch 12pm – 2pm
Malam last makan 7pm
Air secukupnya (25kg : 1liter air)
Sarapan
Roti gardenia wholemeal color purple atau hijau tu dengan peanut butter no sugar atau dengan tuna water. Atau hanya telur 2 biji rebus/ half boiled/ goreng telur mata/ scrambled tanpa minyak.
If nak minum air sejuk minum air kosong sahaja.. air manis stop terus.
Doktor suggest 1L for every 25kg of body weight tapi nak turun cepat perlukan air kosong yang banyak sebab air kosong ZERO kalori.. sebelum makan apa2 minum air masak dlu. Lepas makan pon mnum air masak. Inshallah tak lapar sampai esok ?
Snacking
Makan buah. Epal/pear/jambu. Takpun boleh ambek kacang yg unsalted. Badam or gajus. Pisang n peanut butter no sugar pon boleh
Kalau makan brown rice? Lagi cepat turun berat badan.
Nasi putih carb and kanji tinggi but kalau senaman/ jogg boleh juga turun berat badan.
Nak turun cepat takleh makan makanan berkuah. Kuah tinggi kalori.
Kadang2 timbang memang lambat turun tp badan reshape.
Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein. Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.
Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.
Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh :
1- Sumber Enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.
Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
2- Sumber Protein
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.
Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.
3- Mudah Dihadamkan
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.
4- Menurunkan Berat Badan
Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
5- Meningkatkan Kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.
6- Mencegah Anemia
Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.
Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.
Petua “orang lama” pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur.
Masih ingatkah anda sewaktu ingin memasuki institusi pengajian atau memasuki alam pekerjaan yang memerlukan pemeriksaan kesihatan? Begitu jualah dengan gerbang perkahwinan di mana pasangan beragama Islam diwajibkan menjalani ujian HIV bermula 2009. Statistik menunjukkan sehingga akhir 2009, sebanyak 87,710 kes jangkitan HIV dilaporkan.
Ada beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di beberapa syarikat swasta untuk menentukan bahawa kedua-dua pasangan baik dari segi mental dan fizikal termasuk:
Pemeriksaan am seperti tekanan darah, jantung dan paru-paru
Saringan air kencing untuk protin dan gula
Penentuan penyakit keturunan seperti Thallasemia serta kecacatan lain melalui ujian darah
Faktor usia juga merupakan salah satu faktor utama dan pakar sering menyarankan untuk mencuba mendapatkan zuriat sebelum mencecah usia 35 tahun. Selepas berusia 35 tahun, peluang untuk hamil menjadi sukar kerana jumlah telur yang dikeluarkan semakin menurun.
Sewaktu dilahirkan, wanita mempunyai antara 1-2 juta telur dan hakikatnya telur tersebut akan semakin berkurangan apabila meningkatnya usia. Sebagai contoh, apabila wanita mula mendapat haid pertama, mungkin telur berjumlah 1 juta namun pada usia 25 tahun, ianya mungkin telah menurun menjadi 300,000 sahaja.
Gambarajah 1 : Jumlah telur wanita seiring dengan usia
Gambarajah 2 : Peratus untuk hamil lebih rendah jika wanita telah berusia.
Lelaki turut mengalami isu kesuburan
Kajian pada April 2018 mendapati bahawa terdapat peningkatan lelaki yang menghidap kanser prostat. Justeru itu, dianggarkan lebih banyak isu kesuburan lelaki yang bakal dihadapi oleh pasangan yang berkahwin dan tidak memiliki cahaya mata.
Berikut adalah antara beberapa faktor isu kesuburan lelaki:
Crytorchidism (kegagalan zakar untuk berada di dalam keadaan normal sejak kelahiran)
Kemoterapi atau sinaran radioterapi
Sejarah penyakit beguk
Pendedahan kepada bahan toksin
Pengangkutan sperma (Obstructive)
Pembedahan zakar
Pembaikan hernia
Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens)
Persekitaran bekerja seperti racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik dan radiasi
Dalam kebanyakan kes, tiada tanda-tanda jelas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Lazimnya menerusi hubungan kelamin, ereksi dan ejakulasi tidak dapat memberikan gambaran sebenar mengenai kuantiti dan kualiti air mani yang dihasilkan. Namun, menerusi ujian klinikal analisa daripada contoh air mani serta pemeriksaan fizikal dapat diketahui sekiranya menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan dan pesakit akan dirujuk kepada pakar.
Semakin ramai lelaki telah berani untuk tampil ke hadapan dan menjalani pemeriksaan air mani berbanding 10 tahun yang lalu. Jika ianya ditangani dengan segera, doktor boleh membantu untuk meningkatkan kualiti air mani tersebut dan menyarankan rawatan yang bersesuaian samada ubatan secara oral, permanian berhadas, pembedahan jika perlu atau rawatan intra vitro fertilisation (IVF) dengan ICSI.
Amat disarankan untuk pasangan tidak mengambil masa terlalu lama sehingga melewati usia kerana umur dan tahap kesihatan memainkan peranan utama dalam menghasilkan zuriat yang sihat dan cergas.
Oleh :
Dr Pravin Peraba
Perunding Sakit Puan dan Pelatih Reproduktif
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!