Bukan semua lelaki berani meluahkan perasaannya kepada pasangan. Sesetengahnya malu nak luahkan, malah sanggup menunggu pasangannya meluahkan isi hati dahulu kerana bimbang cintanya akan ditolak.

Zaman moden hari ini, tiada lagi istilah perigi mencari timba. Antara anda ingin hubungan itu diteruskan ke peringkat seterusnya ataupun dibiarkan begitu sahaja tanpa kesudahan.

Amir Syahir mewakili golongan lelaki berkongsi cara-cara bagaimana wanita boleh luahkan hasratnya kepada pasangan untuk ke next level. Ini cara-caranya.

Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu untuk menikah maka hendaknya ia menikah. Kerana menikah dapat lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan.

“AWAK SAYANG SAYA TAK? KALAU SAYANG MASUK LAH MEMINANG SAYA YE. JUMPA MAK AYAH SAYA”

“AWAK DAH SUDAH BERPUNYA?”

“AWAK, KITA DAH LAMA BERKAWAN, SELALU LUANG MASA BERSAMA, AWAK TAK NAK JADIKAN SAYA YANG HALAL UNTUK AWAK KE?”

Salahkah Perigi Cari Timba?

Ada lelaki memang suka “simpan” perasaannya dan menunggu perempuan tanya soalan macam tu. Dia risau dirinya tidak padan dengan diri kau. Jika kau suka dan selesa dengan dia, kau tanya la terus.

Ada lelaki malu untuk meluahkan rasa cinta pada perempuan. Ada je lelaki macam tu. Jadi, perempuan boleh memulakan langkah.

Hati perempuan ni kalau kau selalu caring dia, selalu kata rindu kat dia tapi kau langsung tak kata apa-apa mesti dia terdetik;

“dia ni nak jadikan aku isteri ataupun hanya sekadar kawan baik?”

Dalam dunia dan zaman yang serba mencabar ini, tidak dinafikan ramai wanita yang masih belum mendirikan rumah tangga. Tambahan apabila sudah menjangkau usia hampir 30-an, para wanita pasti runsing memikirkan siapa jodohnya.

Wanita lebih rela menunggu daripada cuba meluahkan hasrat hati kepada lelaki yang mereka suka. Kerana kebanyakan masyarakat kita berpendapat jika wanita dahulu yang meluahkan hasrat hati seolah-olah wanita itu tiada maruah diri dan menyalahi adat.
Untuk mengelakkan persepsi sebegitu, perlu ada caranya. Tetapi jangan meluahkan rasa hati tu kepada suami orang pula. Itu mencari nahas namanya.

Lelaki memang bersepah. Tetapi nak cari yang bertanggungjawab, beriman dan penyayang agak susah. Cinta memerlukan keberanian. Keberanian di sini maksudnya sanggup, sedia, rela dan berterus terang.

Risiko yang perlu ditanggung hanya dua iaitu diterima atau ditolak. Jika jawapan si dia seperti yang kau harapkan, syukurlah. Tapi jika ditolak, ia bukan sesuatu yang memalukan ataupun sesuatu yang hina. Anggap sahaja dia bukan jodoh yang terbaik untuk kau.

Kau tengok dulu dia macam mana. Jika kau serasi dengan dia. Kau rasa dia mampu jadi suami dan ayah yang baik apa salahnya kan. Kalau dia caring tu, selalu mesej mesti dia ada hati juga dekat kau. Tapi kena reject okay la daripada duk menanti sebuah jawapan yang tak sudah.

Jika wanita mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baik budi pekertinya, perlu ada caranya. Antaranya :

 

Jika wanita mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baik budi pekertinya, perlu ada caranya. Antaranya:

1. Ikhtiar & Usaha
Untuk mendapatkan sesuatu perlu ada usaha. Jika kau menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki, gunakan orang tengah yang boleh dipercayai untuk menyampaikan hasrat tersebut. Misalnya seperti ahli keluarga ataupun kawan baik.

2. Bersedia Mental & Fizikal
Kau kena bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Hidup kau tak akan sama masa kau bujang dah. Kau juga perlu mencari ilmu rumah tangga.

3. Berdoa
Usaha mesti diiringi dengan doa. Berdoalah sentiasa agar Allah mempermudahkan urusan kau dan membuka hati si dia buat kau. Mintalah yang terbaik daripada Allah.

4. Mengharapkan Redha Allah
Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Jadi, sebelum membuat pilihan bagi tahu dulu dengan ibu dan bapa. Jika mereka redha dan merestui, InshaAllah jalan yang kau lalui juga akan lebih mudah dan diredhai Allah. Niatlah di dalam hati bahawa rumah tangga yang ingin dibina hanyalah semata-mata kerana ingin mendapat keredhaan Allah.

5. Berlapang Dada
Terimalah apa sahaja keputusan yang diperoleh dengan hati yang terbuka. Jangan nak marah-marah pula bila si dia menolak hasrat hati kau. Mungkin dia bukan jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz buat kau.

Jangan Tangkap Muat Je

Jangan tergesa-gesa hendak mendirikan rumah tangga hanya sebab melihat rakan-rakan sebaya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cerita hidup setiap insan berbeza. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Kau jangan ingat berkahwin tu bahagia je sepanjang masa. Ada pasang surutnya. Jadi, carilah orang yang kau rasa betul-betul boleh hidup bersama dan mengharungi susah senang hingga ke akhir hayat. Jangan tangkap muat je.

Jodoh ini bukan soal siapa cepat dia dapat. Tetapi jodoh ini bila tiba masanya pasti akan dapat. Janji Allah itu pasti.

Gua tak suruh kaum makwe masuk meminang lelaki yang kau suka, hantar rombongan merisik ke, tapi cukuplah kau kata beritahu dia yang kau suka, sayang dia. Kau suruh lelaki yang kau sayang tu cepat-cepat masuk meminang kau. Biarlah ada ikatan yang sah.

Jadi, zaman sekarang ni mana ada perigi mencari timba lagi. Zaman sekarang kan orang dah pakai “shower”. Kah!

Kahwin bukan boleh main-main. Ia melibatkan hal tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, hubungan kekeluargaan dan hal dunia-akhirat. Ia bukan cinta semata-mata. Jangan tergesa dan jangan bertunda!