
Kopi merupakan satu minuman yang menjadi kegemaran ramai. Malah, ada individu yang wajib mengambil kopi setiap hari dan ia bukan sekadar minum air untuk menghilangkan dahaga.
Selain daripada rasanya yang sedap, kopi juga kaya dengan khasiat. Antara khasiat kopi adalah memberi tenaga dan meningkatkan fungsi otak, mengelakkan kemurungan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok serta membantu membakar lemak.
Zaman sekarang, ramai memilih untuk minum kopi di dalam tin. Tetapi, tahukah anda bahawa kopi di dalam tin mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ia bahaya untuk kesihatan anda.
Di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka telah berkongsi jumlah kandungan gula bagi beberapa minuman tin yang popular di Malaysia. Jika anda dan pasangan memilih jenama-jenama ini, berhati-hatilah. Janganlah minum selalu ya!
Adakah anda peminat kopi di dalam tin?
Sila ambil perhatian kepada kandungan GULA yang TINGGI dalam minuman minuman ini.
Berikut merupakan kandungan gula bagi beberapa minuman kopi dalam tin yang popular di Malaysia.
*kandungan gula bagi setiap 100ml air
✔️ NESCAFE
Original 5.7
Latte 6.3 g
Tarik kaw 6.3 g
Smooth latte 6.3 g
White coffee 6.8 g
✔️ WONDA
Kopi tarik 9.6 g
Premium kopi 4.9 g
Extra presso 5.9 g
✔️ POKKA
Premium mocha coffee 7.9 g
Milk coffe 7.1 g
Capoucino 6.3 g
✔️ Old Town White Coffee 7.3g
✔️ Ali cafe
Caramel 5.6 g
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
90% Lelaki Geli Dengan Perempuan Mempunyai Ketiak Hitam Dan Berbulu

Isi Kandungan
ToggleBahagian bawah lengan ataupun ketiak merupakan salah satu bahagian anggota badan yang paling sensitif. Kemungkinan, masih banyak wanita di luar sana yang mempunyai banyak masalah di bahagian tersebut.
Ketiak berwarna gelap dan disertakan dengan bulu-bulu halus pada ketiak boleh menjadi salah satu gangguan yang boleh membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri.
Bagi mendapatkan kaedah rawatan yang terbaik untuk bahagian ketiak adalah mengekalkan bau wangi pada diri sendiri. Menjaga kebersihan badan juga memainkan peranan yang besar untuk kekal yakin dan berani.
1. Ketiak hitam
Rutin biasa bagi menghilangkan bulu ketiak adalah dengan mencukurnya. Apabila sering mencukur, itu mengakibatkan bawah ketiak bertukar kehitaman dan gelap.
Warna gelap itu dipanggil perma-bayangan. Simptom-simptom tersebut akan menyebabkan ketiak menjadi kehitaman akibat dari aktiviti kuman dan juga hormon manusia.
2. Pertumbuhan bulu
Pertumbuhan bulu pada ketiak sudah pasti tidak disedari kehadirannya. Malah selepas dicukur, bulu-bulu halus terasa sangat cepat tumbuh. Apabila melakukan aktiviti lasak, kadangkala ia membuatkan kita menjadi tidak yakin dan selesa.
Bulu ketiak cenderung tumbuh dalam jenis kerinting. Bagi merawatnya, anda boleh lakukan skrub sebanyak 3 kali seminggu. Gosok dengan perlahan dan lembut supaya tekstur ketiak tidak mudah terhakis dan cedera. Paling berkesan adalah dengan menggunakan lidah buaya.
3. Kaedah laser
Sekiranya anda ragu-ragu untuk menggunakan jenama prosuk kecantikan secara semulajadi, anda boleh saja menggunakan kaedah laser yang berteknologi tinggi. Menurut FDA, bulu-bulu halus pada permukaan ketiak juga boleh ditanggalkan menggunakan laser ataupun bahan elektrolisis. Penggunaan laser juga mampu mengurangkan bulu halus pada ketiak.
Terdapat banyak cara sebenarnya untuk menghilangkan bulu ketiak dan pada masa yang sama melicinkan kulit ketiak anda. Namun anda tidak boleh sebarangan memakai produk kebersihan kerana takut mempunyai kesan sampingan.
Sebaiknya anda berjumpa dengan pakar kulit bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut. Sekian petikan dari CiriCara.com.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Tak Bekerja Dan Jadi Suri Rumah, Apa Hukumnya?

Soalan:
Salam Dato’ Seri, saya telah berkahwin 8 tahun yang lepas dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Akan tetapi, 6 bulan yang lepas, suami telah diberhentikan kerja kerana masalah kewangan syarikat. Dan kini saya menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan suami kehilangan punca pendapatan. Situasi ini menyebabkan sedikit ketegangan dalam rumah tangga. Walaubagaimanapun, suami membantu urusan kerja rumah dan anak-anak ke sekolah.
Soalan saya, apakah hukum suami menjadi “house husband” dan isteri menanggung perbelanjaan keluarga?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada asalnya wajib suami menafkahi isteri dan anak-anaknya. Namun jika isteri menafkahi suami dan anak-anaknya, maka itu adalah ihsan dan pahala yang besar ke atasnya. Tanggungjawab suami menafkahi isteri ini disebut dalam al-Quran:
Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah ﷺ:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَىْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”
Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)
Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179), seorang suami wajib menafkahkan isteri dan anak-anak kandungnya yang tidak mampu mencari nafkah sendiri atas faktor masih kecil, sakit, cacat atau gila.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: Kemudian, jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.
(Surah al-Talaq: 6)
Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yang menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafaqah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa. Allah SWT berfirman:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah: 233)
Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yang menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafaqah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafaqahkepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafaqah kepada anak-anak adalah lebih utama.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
أَنْ هِنْدًا بِنْتُ عُتْبَةَ قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيسَ يُعْطِينِي مَا يَكْفِينِي وَوَلَدِي إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وهو لا يَعْلَم، فقال: خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوف
Maksudnya: “Hindun binti ‘Utbah berkata: “Wahai Rasulullah! Abu Sufyan ialah seorang lelaki yang bakhil dan tidak pernah memberi aku belanja yang mencukupi untukku dan anakku melainkan yang aku ambil daripadanya tanpa pengetahuannya.” Rasulullah SAW bersabda: “Ambillah perbelanjaan untukmu dan anakmu secukupnya.”
Riwayat al-Bukhari (5049) dan Muslim (1714)
Manakala nafkah kepada isteri lebih utama berbanding anak-anak. Dalil firman Allah ﷻ:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’:34)
Daripada Jabir RA, katanya:
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ …وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah…Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.”
Riwayat Muslim (1218)
Berkata pengarang al-Fiqh al-Manhaji (4/181-182) dengan fenomena wanita bekerja untuk menafkahi keluarga:
Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut, iaitu:
- Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.Jika ini berlaku, golongan perempuan pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu. Kesannya, rumahtangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah dan kacau bilau.
- Jika rumahtangga dibina atas satu daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di tangan isteri sama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa. Dalam perbincangan tajuk telah dinyatakan bahawa terdapat hikmah yang amat besar apabila hak berada di tangan suami.
Nafaqah kepada isteri mempunyai kadar tertentu. Walau bagaimanapun, jumlah dan jenisnya berbeza berdasarkan kemampuan suami. Kedudukan isteri dari segi kekayaan, kemiskinan, keturunan dan lain-lain tidak mempengaruhi kadar tersebut kerana faktor yang diambil kira ialah kemampuan suami. Perkara ini merujuk kepada pemberi nafaqah yang bukan penerimanya. Firman Allah SWT:
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafaqah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafaqah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu), Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”
(Surah al-Talaq: 7)
Melihat kepada dalil-dalil di atas, kami menyatakan bahawa wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahkan keluarganya dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri. Sekurang-kurangnya hendaklah lelaki itu berusaha menyediakan atau menyumbang tempat tinggal yang selamat dengan peralatan-peralatan asas seperti tempat tidur, duduk dan memasak, makanan dan minuman, pakaian yang sesuai dan menutup aurat, dan alat dan bahan kebersihan, untuk isteri dan anak-anaknya. Kegagalan menyediakan atau berusaha membantu keluarga akan merendahkan martabat seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan dalam Syarak untuk menjaga keluarganya. Sekiranya seorang lelaki itu enggan dan tidak mahu berusaha menafkahi keluarga dalam keperluan asas, maka isteri memiliki hak untuk menfasakhkan perkahwinan dan itu tidak termasuk perkara dosa. Hal ini berdasarkan hadith daripada Abi Hurairah RA, katanya:
فِي الرَّجُلِ لاَ يَجِدُ مَا يُنْفِقُ عَلَى امْرَأَتِهِ قَالَ يُفَرَّقُ بَيْنَهُمَا
Maksudnya: “Nabi bersabda tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai sesuatu untuk diberi nafaqah kepada isterinya: “Pisahkan mereka berdua.”
Riwayat al-Daraqutni (3/297)
Justeru, kami cenderung menyatakan bahawa hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredhai oleh isteri. Namun jika isteri meredhainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Ke-198 : Hukum Suami Menggunakan Mahar Yang Telah Diberikan Kepada Isteri.
Kami mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan beberapa perkara:
- Tindakan Puan membantu keluarga adalah satu tindakan terpuji dan pengorbanan yang wajib diterima kasih oleh suami.
- Puan juga hendaklah bersyukur kerana masih mempunyai suami yang baik sekalipun beliau diuji tanpa pekerjaan. Ini kerana, ada juga terdapat kemalangan dalam kehidupan berkeluarga apabila suami bukan dari kalangan yang baik.
- Hendaklah Puan bersabar dalam situasi seperti ini dan sentiasa berbincang dengan penuh harmoni antara suami isteri.
- Jelaskan yang bahawa matlamat kehidupan adalah mencari mardhatillah dan kebahagiaan dalam hidup. Insya Allah, kabus yang sukar ini akan berlalu pergi berganti dengan cahaya kebahagiaan hidup.
- Suami hendaklah sentiasa berusaha dan mencuba untuk mencari pekerjaan dalam menafkahkan kepada isteri serta keluarganya.
- Kehidupan bukanlah sentiasa dalam keadaan tenang tetapi di sana adanya badai yang memerlukan sebuah kebijaksanaan, hikmah, ketenangan dan kecerdikan untuk penyelesaian dalam melayari bahtera kehidupan agar ia selamat dan sejahtera.
- Banyakkan berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki seperti banyakkan istighfar, qiamullail, sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Saya berdoa kepada Allah agar Puan dan keluarga dapat hidup dengan penuh ketenangan. Semoga rumahtangga Puan menjadi seperti yang diharapkan Baiti Jannati. Jangan lupa membaca doa seperti:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)
Sumber : Mufti Wilayah Perseketuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hello, Lelaki Kaya dan Berjaya! Hati-hati Kalau Mula Mengenali Seseorang…

Isi Kandungan
ToggleKalau dapat lelaki kaya dan berjaya, dari sudut seorang wanita, anda bertuah. Tetapi sebaliknya yang berlaku kalau anda seorang lelaki!
Nak-nak kalau anda jenis poket tebal. Risau ada yang ambil kesempatan. Maklumlah, tak mudah cari pasangan yang jujur dan setia nak jaga kita sampai hujung nyawa. Bagi memudahkan anda faham lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada saudara Harith Faisal ini.
Lelaki Kaya dan Berjaya
“Lagi ramai wanita suka kau, lagi tinggi risiko hidup kau.”
Baru-baru ni kawan saya randomly cakap ayat ni kat saya. Then, saya katalah yang benda ni tak ada relate dengan saya sebab saya ni pencinta isteri. Lepas tu dia tetap suruh saya berhati-hati juga sebab katanya ujian ni boleh datang tanpa kita jangka. Macam ni…
Kau kena hati-hati bila kejayaan, kehadiran, status kewangan, atau karisma kau mula menarik perhatian ramai wanita. Bukan semua wanita itu tak baik, tapi bila ramai sangat mula mendekati, kat sinilah risiko bermula.
Fikirkan. Lelaki yang dapat terlalu banyak perhatian senang sangat teralih fokus. Ramai orang hebat akhirnya jatuh sebab skandal atau hilang kawalan bila tak jaga batas. Bukan semua yang datang tu betul-betul ikhlas.
Hakikatnya, makin ramai wanita tertarik, makin kau jadi target. Ramai yang nampak kau sebagai “resource,” bukan sebagai insan biasa. Ramai yang jujur, namun mesti ada yang cuma kejar apa kau ada.
1. Wanita Memang Tertarik dengan Kuasa dan Kekayaan
Itu fitrah. Bila kau berjaya, ramai mula cuba nak dekat. Mereka nampak kau sebagai “provider,” yang boleh bagi apa yang mereka nak. Jangan salah baca senyuman manis tu – ada yang tak kisah pun siapa kau sebenarnya. Fokus mereka kat apa yang kau boleh bagi. Bila dah tak mampu, mereka beralih pergi. Hati-hati.
2. Gangguan Boleh Bunuh Fokus Kau
Bila terlalu banyak perhatian dari wanita, senang sangat hilang fokus. Egolah yang selalunya makin naik, rasa macam dunia dalam genggaman. Tapi inilah risiko besar— gangguan musuh utama ultimate goal kau. Competitors kau takkannya tunggu kau masa kau sibuk melayan perhatian yang tak perlu.
3. Skandal, Jerat, dan Manipulasi
Dunia ini penuh perangkap, bro. Lelaki berjaya selalu dihantui skandal dan fitnah, banyak kali bermula dari hubungan dengan wanita. Satu kesilapan kecil sudah cukup untuk reputasi jatuh. Jatuh itu bukan jatuh biasa-biasa, tapi jatuh terduduk.
4. Kos Sebuah Perhatian
Kejayaan ada harga, dan perhatian wanita adalah antara kos paling tinggi. Lagi ramai yang dekati, lagi banyak tenaga, masa, dan wang yang kau perlu labur. Sama ada masa, hadiah, atau tenaga. Fokus kau takkan ke situ.
5. Ego yang Menjerat
Tak dinafikan, perhatian yang kau dapat daripada orang ramai itu bagus. Tapi inilah perangkapnya. Ego boleh jadi musuh paling besar. Bila kau mula rasa diri tak mungkin jatuh sebab ramai tertarik, saat tu kau sebenarnya dah kalah.
6. Tak Semua Wanita Jahat
Ingat, bukan semua wanita nak manfaatkan kau. Ada yang ikhlas, betul-betul nak sokong kau, bukan sebab apa kau boleh beri. Tapi makin berjaya, makin susah nak cari yang betul-betul ikhlas berurusan dengan kau.
7. Fokus Pada Matlamat, Hidup Akan Aman
Jadi, apa patut kau buat? Fokus, bro. Jangan biarkan kejayaan yang kau bina runtuh hanya sebab kau leka. Jaga hati, jaga kewangan, dan tenaga kau.
Lebih kurang macam itulah pesanan dia. Jadi buat anda yang bergelar lelaki, bersedialah dan waspada dengan sebarang kemungkinan. Nak cari pasangan memang tak mudah, kena ambil masa untuk dapat yang istimewa yang tidak memandang pada duit semata-mata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI