Masih ramai lelaki di Malaysia kurang peka terhadap penjagaan wajah. Penjagaan wajah penting bagi memastikan keterampilan diri lebih meyakinkan dan tampak kemas. Nescaya dengan penjagaan wajah yang sempurna, wajah anda tampak lebih menyerlah untuk menambat hati si dia. Ikut tip penjagaan kulit dan wajah lelaki agar tampil lebih tampan menjelang hari paling bahagia.
SENTIASA BERSIHKAN WAJAH
Pastikan anda mencuci wajah dua kali iaitu di waktu pagi dan malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan sisa kekotoran yang melekat pada wajah. Apabila wajah bersih, ia akan membantu menyerlahkan ketampanan sekali gus membuatkan wajah anda terhindar daripada pelbagai masalah kulit.
GUNA PENYENTAL MUKA
Walaupun anda menggunakan pembersih muka setiap hari, wajah anda sebenarnya masih belum cukup bersih. Ini kerana penyental wajah atau skrub merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih. Cara ini membantu untuk mengangkat sisa kekotoran yang menempel lebih dalam pada liang kulit, selain menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam serta mengurangkan pori-pori pada wajah. Jangan gunakan penyental kulit setiap hari sebaliknya gunakan 2-3 kali seminggu sahaja.
Ads
PAKAI PENYEGAR KULIT
Penyegar merupakan salah satu alternatif untuk memastikan kulit agar sentiasa segar dan lebih bermaya. Bagi lelaki yang mempunyai kulit jenis berminyak, tumpukan pada bahagian yang berminyak terutamanya pada dahi dan hidung. Gunakan penyegar sebelum masuk tidur di malam hari atau pada waktu pagi ketika anda mencuci muka lepas mandi.
PENTINGNYA PELEMBAP
Ads
Adalah penting untuk melembapkan kulit namun pastikan lembapan itu tidak berlebihan bagi mengelakkan anda berdepan dengan pelbagai masalah kulit yang disebabkan oleh liang-liang pori tersumbat. Gunakan pelembap daripada tekstur yang ringan selepas anda mencukur dan sebelum tidur.
GUNA KRIM MALAM
Krim malam boleh didapati dalam pelbagai jenis antaranya dalam bentuk krim dan juga gel. Biasanya lelaki lebih gemar menggunakan jenis gel kerana ia lebih sejuk dan menenangkan. Krim malam dapat membantu menenangkan kembali otot-otot muka agar kembali segar dan lebih berseri. Gunakan krim malam selepas anda memakai penyegar sebelum masuk tidur.
Ads
ELAK MAKANAN PUNCA JERAWAT
Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan timbulnya masalah jerawat seperti makanan yang terlalu berminyak, tinggi berlemak, bergoreng, kafein dan terlalu manis. Malah ada sesetengah makanan dan minuman yang berunsurkan susu juga boleh menimbulkan jerawat pada wajah. Oleh itu, pastikan anda ikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan pada kulit dan kunyah makanan dengan cara yang betul.
ATASI KULIT KERING
Jika anda bekerja di bilik yang berhawa dingin, pastikan anda memakai losen atau krim pelembap dan minum air secukupnya kerana ia merupakan antara langkah-langkah asas untuk mengatasi kulit kering. Jika kulit anda kering sehingga bersisik, sebaiknya guna pelembap khas. Selain itu, banyakkan makan tinggi fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agar kulit anda sentiasa sihat dan lembap.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari dahulu sehingga sekarang, lelaki yang mempunyai perwatakkan ceria dan juga lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita. Kenapa? Ikuti penerangan tentang lelaki berpewatakan lucu oleh pakar motivasi, Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad di bawah.
Soalan yang cukup bagus diutarakan mengenai rahsia lelaki buat bacaan wanita juga isteri di luar sana. Cuma jangan keliru dengan perbezaan ‘lelaki kelakar’ dan lelaki yang memiliki ‘sense of humour’ di dalam diri mereka. Ke dua-duanya berbeza.
Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.
Lelaki ‘Sense of humour’ – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya mengembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.
Jadi mana satu pilihan anda? Senang cerita beginilah, kaum wanita gemar mengejar lelaki yang mempunyai sense of humour (SOH) berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka. Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.
Berbanding lelaki SOH, mereka lebih relaks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.
Ciri-ciri lelaki SOH:
Gentlemen – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.
Cepat tenang – tidak stress dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.
Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.
Dengan info di atas, maka anda sudah mengetahui satu lagi rahsia dari seorang lelaki. Dunia lelaki cukup mudah tetapi agak sukar untuk difahami oleh wanita. Jika anda wanita mempunyai pasangan kelakar, syukur kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan tetapi mungkin anda dapat membantunya menjadi lebih bijak dengan memberi nasihat di atas. Jika anda memiliki pasangan lelaki SOH, ternyata anda cukup bertuah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam mencari-cari lokasi majlis perkahwinan, pastinya anda ingin yang sempurna. Bukan hanya memudahkan untuk bakal pengantin dan keluarga malah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu nanti. Selain itu katering yang menghidangkan pilihan juadah yang enak bakal membuatkan tetamu terkenang-kenang.
Andai mencari lokasi majlis perkahwinan, Dewan Perdana Zafran bakal menyempurnakan impian perkahwinan anda. Dewan Perdana Zafran adalah cetusan daripada Sha jam Caterer yang diusahakan oleh Tuan haji Mohd Ariff Bin Shariff lebih dikenali sebagai Hj.Bob iaitu 100% bumiputera. Dewan ini terletak di Kompleks Desa, Kepong, Kuala Lumpur.
Sha jam Caterer telah beroperasi selama 20 tahun. Sering menerima tempahan makanan berskala besar seperti menerima tempahan daripada sektor kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, sektor swasta, majlis perkahwinan dan pelbagai majlis keramaian.
Tuan Hj.Bob pakar dalam masakan barat dan timur memandangkan dia pernah bekerja sebagai chef di hotel yang bertaraf lima bintang dan sudah berpengalaman selama 20 tahun. Dia juga bekas penuntut jurusan Kulinari di Universiti Teknologi Mara.
Mempertaruhkan beberapa resipi yang diperturunkan arwah ibu bapanya seperti nasi udang, nasi briani, rendang dan kambing panggang.
Nasi udang yang dimasak ibunya agak unik. Nasi yang ditanak bersama udang. Nasi udang masakan ibunya pada asalnya hidangan yang sangat ringkas dan memang tidak akan dapat di tempat lain. Bagi tujuan komersial, rasa nasi udang ini, Hj. Bob telah menambah baik dengan menumis udang gred A bersama serbuk ketumbar dan beberapa jenis rempah rahsia yang dicampurkan ke dalam rebusan basmathi.
Penggemar nasi briani – hidangan signature Sha jam Caterer lebih ringan, kurang minyak dan tidak terlalu berbau rempah. Nasi briani adalah kepakaran ayah Hj. Bob. Campuran rempah diadun sendiri dan ada teknik tertentu memasak supaya kanji dapat dikeluarkan. Inilah antara keistimewaan masakan katering oleh Sha jam Caterer.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana nak tahu lelaki berstatu suami orang kalau dia tak cakap, jadi orang perempuan memang kena teliti dan semak betul-betul sebelum jalinkan hubungan lebih serius dengan seseorang.
Nurhayati Tahir Pernah Kenal Lelaki Status Suami Orang
Begitu juga dengan nasib personaliti media sosial, Nurhayati Tahir yang enggan menjalinkan hubungan cinta kerana masih trauma dengan kisah lalu.
Nurhayati atau Nurhayati Tahir, 33, berkata dia pernah ditipu oleh seorang lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Pengalaman mengenali orang yang salah membuatkan saya serik juga sebenarnya.
“Salah satu yang membuatkan saya ada trust issue berkaitan perhubungan ini sebab saya pernah kenal dengan seseorang yang berstatus suami orang dan saya tidak mengetahuinya,” katanya.
Tak Nak Dicop Perosak Rumah Tangga
Tidak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga, Nurhayati mengambil langkah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Sememangnya saya tidak suka, sebab saya sebagai perempuan saya tahu perasaan sakit itu bila dikhianati, ditipu, dan prinsip saya sendiri, saya tak akan sakitkan hati perempuan lain demi mengejar cinta seorang lelaki,” ujarnya.
Sebaiknya begitulah, elakkan daripada berkawan dengan lelaki berstatus suami orang sejak dari awal. Nak kata jodoh pun, benda boleh tolak. Jadi sebelum pergi lebih jauh, berfikirlah secara waras dan pandang masa depan yang bakal berlaku pada kehidupan kita.
Moga kita yang masih mencari jodoh dapat membuat pilihan terbaik untuk berkongsi hidup dengan seseorang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!