Hidup di dunia ini bukanlah selamanya, maka persediaan haruslah dilakukan menjelang hari yang kita sendiri tidak ketahui bila akan tiba. Bersediakah kita dengan amalan yang hanya sedikit ini. Ini perkongsian jadual kehidupan yang disusan sendiri Ustaz Ismail Kamus. Al-Fatihah.
.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH AL MARHUM DATUK USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mintak).
“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
Ustaz Ismail Kamus
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
.
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud. Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat. Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Pesona Pengantin : Semoga perkongsian ini membantu kita menjadi seorang Islam yang utuh dalam jalani kehidupan, tidak mudah leka dengan duniawi. Buat pasangan berkahwin saling nasihatlah pasangan anda.
Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?
Oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid
■ Jawapan: TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
↔ Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
↪ Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat reda Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■ Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■ Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■ Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
↔ Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.
■ Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
■ Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang!
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■ Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■ Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■ Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■ Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■ Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■ Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
■ Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■ Terdapat bayak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.
Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya. Dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan, minuman dan rawatan perubatan sahaja.
Mohd. Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga mengupas:
Hadis Ummu �Athiyyah r.ah. perlu diberi perhatian yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Isteri yang ingin mengiringi jenazah suami atau adik-beradiknya atau sesiapa daripada kalangan orang Islam adalah tidak haram. Sebahagian ulama menghukumnya dengan makruh, ini kerana kemungkinan berlakunya ratapan, teriakkan dan sebagainya.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi atau menziarahi kubur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh menyembahyangkan jenazah terutama jika mayat itu adalah suami atau saudara yang terdekat.
Ia juga disebut sebagai tempoh berkabung. Bagaimanapun ia tidak bermaksud balu berkenaan tidak boleh langsung keluar rumah. Apa yang dilarang ialah keluar untuk suka-suka untuk aktiviti sosial seperti menghadiri majlis keramaian dan menghias diri.
Sebaliknya, jika untuk menuntut ilmu, bekerja atau ke hospital tiada halangan berbuat demikian. Ini termasuklah dalam tempoh idah isteri boleh ziarahi kubur suaminya.
Wallahu’alam bissawab. Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap cemburu yang ditunjukkan oleh pasangan menandakan dirinya yang terlalu sayang. Namun sikap cemburu itu biarlah bertempat. Jangan pula kerana sikap cemburu anda menimbulkan perasaan kurang senang atau benci pasangan.
Contohnya setiap masa menghubungi pasangan sedang buat apa dan sebagainya. Janganlah bersikap mengawal pasangan, buat dirinya tidak bebas dan tidak percaya.
Cemburu itu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut ini ada beberapa jenis cemburu yang boleh anda ketahui
1. Cemburu normal
Cemburu normal adalah perasaan cemburu kerana merasa takut hak miliknya direbut orang lain. Perasaan ini masih dalam kategori normal. Sikap sebegini bukan hanya dimiliki oleh orang dewasa yang sedang menjalin hubungan, tapi ketika anda masih bayi dan kanak-kanak pun, rasa cemburu seperti ini sudah timbul.
2. Cemburu kerana mahu melindungi
Rasa cemburu yang begini muncul kerana timbul perasaan ingin melindungi orang yang dicintai. Sikap cemburu seperti ini biasanya ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anaknya.
3. Cemburu tidak menentu
Seseorang boleh tiba-tiba cemburu tanpa alasan yang tidak masuk akal. Misalnya seorang suami cemburu terhadap isterinya yang mengidolakan artis tertentu. Si suami cemburu kerana artis tersebut telah mengalih perhatian isterinya, padahal dia tahu bahawa tidak mungkin isterinya jatuh cinta dengan artis yang diidolakannya.
4. Cemburu kerana persaingan
Samaada dalam persaingan kerja atau merebut hati seseorang yang dicintai, perasaan cemburu pasti selalu ada. Anda akan merasakan cemburu kerana takut kalah dalam persaingan tersebut.
5. Cemburu buta
Perasaan cemburu ini sangat bahaya . Jika perasaan cemburu buta sudah menguasai seseorang, dia sanggup melakukan hal yang nekad, umpamanya dengan menyakiti pasangan.
Masuk dalam keluarga baharu, kenalah ada cara nak sesuaikan diri. Bagi pengantin baharu yang sudah biasa dengan keluarga pasangannya, senanglah nak ‘masuk kepala’. Tapi kalau anda rasa kekok dengan mereka, mungkin boleh cuba tip ini.
Tujuh cara ini mampu memikat hati mereka. Siapa tahu, dia mungkin lebih memahami diri anda daripada suami anda sendiri.
Tak tahu nak berbual topik apa? Cubalah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tahu mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbeku atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
Ini anda kena betul-betul belajar tentang selera makan mereka daripada ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti apabila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena dengan perut mereka, pasti terus dekat di hati…
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle ‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.
Pengantin baharu… tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi silalah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita di dalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur atau berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai membawa diri…
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau ya pun anda memang kaki gosip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua anda. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga dan keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja kepada suami dan noktah.
Jika ipar lebih muda daripada anda, bersedialah untuk menjadi tempat mereka mengadu. Ingat! Lepas mendengar, jangan menyampaikan. Simpan apa yang mereka luahkan ketat-ketat. Takut apabila tersebar, buruk padahnya.
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih senior nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...