Sepertimana yang telah kita sedia maklum bahawa, Rasulullah SAW adalah seorang insan yang hebat dan baginda juga memikul amanah-amanah besar yang lain.
Bermula dari Imam solat sehinggalah memimpin tentera Islam dalam peperangan dan pada masa yang sama baginda sendiri merupakan Ketua Negara Madinah. Malah baginda adalah pemimpin hebat dalam rumah tangga serta orang yang paling baik ke atas keluarganya.
Sesibuk mana sekalipun, Rasulullah SAW pasti akan ada masa untuk bergurau dan berbual-bual dengan isteri serta ahli keluarganya. Daripada terapi inilah, baginda dapat mengetahui keadaan sebenar yang dilalui oleh keluarganya dalam kehidupan seharian.
Hal ini amat berbeza dengan suasana kita pada hari ini. Boleh jadi ia sudah sepi daripada teguran dan pergaulan mesra yang sepatutnya diterapkan setiap masa.
Kesibukan yang kita lalui saban hari, ada kalanya tidak memungkinkan kita untuk berkomunikasi dengan pasangan secara mendalam walaupun tinggal sebumbung.
Ads
Hal ini amat ketara dan boleh dilihat, apabila kedua-dua pihak suami mahupun isteri yang berkerjaya di luar rumah tetapi apabila pulang sahaja masing-masing akan menarik bantal sendiri. Ada juga setelah selesai pekerjaan maka aktiviti seterusnya akan disambung di rumah seperti menguruskan anak-anak, mengemas, menyediakan juadah dan lain-lain. Malah ada yang lebih malang, apabila sering kali membawa pulang tugasan kerja untuk disiapkan.
Mungkin hal ini tidak berlaku kepada semua orang, akan tetapi kita juga tidak menafikan bahawa keadaan ini sedang berlaku kepada sesetengah orang. Apabila kurangnya masa eksklusif untuk duduk bincang bersama, maka keharmonian dalam rumah tangga yang dibina sedikit demi sedikit akan kian pudar. Carilah waktu yang boleh diluangkan bersama agar kita tidak hanya sibuk dengan dunia sendiri yang tiada penghujungnya.
“Menurut satu kajian, pasangan suami isteri pada hari ini hanya berkomunikasi secara bersemuka sekitar 20% hingga 25% sahaja dalam sehari. Manakala lima peratus hanya ber ‘SMS’ sahaja atau bertelefon bimbit. Bakinya pula sekadar menggunakan bahasa badan atau mereka saling memahami akibat kekangan kesibukan.
Ads
Walau bagaimanapun menurut kajian itu, perbualan mereka hanya berkisar mengenai soal yang perlu sahaja seperti urusan anak-anak, pembelajaran dan perbelanjaan tanpa bertanyakan keadaan pasangan masing-masing. Ini mungkin kerana sudah setiap hari berjumpa dan melihat soal kesihatan daripada luaran sahaja tanpa melihat soal hati dan perasaan.” Petikan daripada buku Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah SAW.
Suami perlu melayani isteri dengan cara yang paling baik. Isteri bukan untuk diperhambakan sesuka hati oleh suami. Sehingga dilakukan perkara yang boleh membahayakan dirinya. Sebaliknya isteri itu seumpama rakan kongsi yang saling melengkapi bahagian yang kurang ke atas diri suami.
Ads
Hal ini amat bertepatan dengan firman Allah,“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Al-Taubah: 71
Adakah hanya cukup segala keperluan yang kita sediakan untuk pasangan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan, kenderaan dan tempat tinggal tanpa adanya sentuhan hati dan perasaan? Sering kali lidah hanya memuji kecantikan pasangan apabila melihatnya, tetapi pernahkah terbit di hati kita bahawa mungkin ada luka serta duka di sebaliknya.
Sentuhan hati dan perasaan ini amat penting kerana ia akan membuahkan hubungan yang lebih manis dan nikmat walaupun sering kali dibanjiri dengan kesulitan. Semoga setiap luka itu cepat diubati dan tidak meninggalkan kesan yang boleh diingati kembali.
Sumber gambar: OneRich Photography
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai rasanya lelaki akan gugup bila mahu berjumpa dengan bakal mentua, mungkin anda juga pernah mengalaminya. Rasa gugup disebabkan kerana risau sama ada mentua suka atau tidak pada dirinya.
Jika kelakuan anda baik dan niat yang ikhlas mahu memperisterikan kekasih anda, mesti bakal mentua akan menerimanya. Namun, bagi lelaki sebelum berjumpa dengan bakal mentua anda, ikut beberapa tips berguna ini untuk hilangkan rasa gugup dalam diri.
1. Pakai pakaian kemas
Mahu berjumpa dengan bakal mentua, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan juga sopan. Jangan melawat rumah mentua dengan hanya memakai seluar pendek. Selebihnya, biarlah bakal mentua menjemput anda masuk ke rumah. Anda boleh memakai pakaian yang sesuai seperti baju kemeja atau t-shirt berkolar dan padankan dengan seluar panjang atau jeans.
2. Ketahui minat dan hobi bakal bapa mentua
Ini adalah satu perkara anda perlu ketahui dari bakal isteri anda. Mungkin bakal mentua meminati sukan seperti bola sepak atau badminton, cubalah membuka topik ini untuk memudahkan mencipta perbualan.
3. Datang secara rasmi. Jadi seperti hero
Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.
4. Mulakan perbualan
Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”. etika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.
5. Jadi diri sendiri
Ketahuilah, setiap lelaki pasti bimbang apabila pertama kali bertemu bakal mentua, tetapi jangan pula sampai tidak bercakap atau cuba membuat cerita bukan-bukan tentang latar belakang diri anda untuk memberi impresi yang baik kepadanya. Jujurlah pada diri sendiri kerana kejujuran membawa kepada kebaikan. Tidak perlu jadi hipokrit kerana ianya menjengkelkan.
6. Bersikap matang
Jika anda menjawab soalan yang diberikan oleh bakal mentua, jawablah dengan teliti dan jangan pula berseloroh berjenaka atau bermain-main. Dia masih tidak mengenali diri anda dan bukanlah kawan baiknya. Bersikap matang dan berikan jawapan yang rasional.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah penggunaan hand sanitizer berkesan dan selamat?
Hand sanitizer dianggap berkesan untuk membunuh 99.99% kuman seperti membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air. Dengan cara penggunaan yang betul, hand sanitizer boleh memberi anda pelindungan ekstra daripada kuman dan bakteria. Jom lihat senarai produk hand sanitizer yang berkesan untuk kegunaan seharian dan selamat untuk kulit terutama di musim wabak menular ini.
Eskulin
1. Eskulin Kids Hand Sanitizer Blue Winnie The Pooh (50ml)
Hand sanitizer terbaik untuk kanak-kanak
Dirumus khas untuk kegunaan kanak-kanak, hand sanitizer ini membantu membunuh kuman dengan penggunaan sedikit sahaja. Hanya picit kandungan hand sanitizer pada tapak tangan dan sapu rata. Bilasan menggunakan air tidak diperlukan dan ianya tidak melekit.
Antabax
2. Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (50ml)
Hand sanitizer terbaik bentuk spray
Hand sanitizer bentuk spray ini sangat mudah untuk digunakan kerana mengandungi serum pelembap mikro yang tidak mengeringkan kulit. Selain digunakan untuk membasmi kuman pada tangan, hand sanitizer Antabax ini juga boleh digunakan pada permukaan seperti meja, mainan kanak-kanak dan kerusi makan bayi. Keluarga sihat, bebas bakteria!
3. Premier Sanitizing Wipes (50pcs)
Hand sanitizer terbaik bentuk wipes.
Jika anda menggemari tisu basah, wipes ini mengandungi bahan yang mampu membunuh kuman dan bakteria walaupun tidak mengandungi alkohol. Ianya mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E agar kulit merasa segar dan lembut. Ianya mudah untuk digunakan terutama ketika aktiviti piknik.
4. Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)
Terbukti untuk membunuh 99.9% kuman, Lifebuoy Hand Sanitizer berkesan membunuh bakteria dan menyahaktifkan virus di tangan anda. Ianya dapat mengeringkan dengan cepat, tidak melekit dan mengandungi pelembap serta Vitamin E untuk memastikan tangan anda lembut dan licin.
5Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)
Diperkayai dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.
6.Betadine Natural Defense Hand Sanitizer – Manuka Honey (50ml)
Hand sanitizer terbaik untuk ibu hamil
Hand sanitizer ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga juga ibu hamil kerana ianya bebas bahan kimia merbahaya seperti SLS dan Formaldehyde. Diperkaya dengan Aloe Vera dan Manuka Honey yang baik untuk kulit. Hand sanitizer ini dipercayai oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan.
7. Trust Nature Instant Hand Sanitizer (50ml)
Hand sanitizer terbaik dengan ekstrak minyak Tea Tree
Hand sanitizer jenis gel ini mengandungi 70% alkohol untuk membasmi kuman pada tangan. Ianya diperkaya dengan minyak Tea Tree dan partikel Nanonized Silver yang berfungsi untuk memberi pelindungan daripada pembiakan bakteria.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
ramai yang tidak suka mengamalkan rutin diet ini kerana selalu beranggapan bahawa makanan diet semuanya tidak sedap. Jangan tersalah anggap kerana makanan diet ini anda boleh pelbagaikan sampai menjadi seperti makanan bertaraf restoran mahal.
Jom kita cuba diet ikut contoh menu yang dikongsikan oleh wanita ini yang sudah berjaya turun sampai 6kg sebulan! Memang power!
MENU MAKANAN DIET SEDAP TAK TERKIRA!
Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad. Kalau you all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. Guna garam and black pepper sahaja. No additional seasoning.