Pasangan ini tiba-tiba menjadi ‘perhatian’ apabila video pernikahan mereka yang berdurasi empat minit tular di media sosial pada bulan lalu.Video itu tular kerana mereka bernikah hanya memakai pakaian musim sejuk dan diadakan dalam satu majlis ringkas di dalam Pusat Buku Islam di Seoul, Korea Selatan.
Menurut Mstar, Kedua-duanya datang ke Seoul, Korea Selatan dengan satu tujuan iaitu untuk melancong.
Namun pasangan muda dari Malaysia ini, Abdul Fakkar Maududi Safi, 27, dan Khadijah Salamah Ibrahim, 30, tidak menduga akan bertemu jodoh di negara empat musim itu.
Uniknya, proses pernikahan di Seoul amat mudah kerana mereka hanya perlu menyediakan mas kahwin sebanyak 200,000 Won (RM756) bersama dengan cincin perkahwinan.
Khadijah Salamah atau lebih mesra disapa sebagai Kat ketika dihubungi mStar Online menyifatkan kisah percintaan mereka yang membawa sehingga ke gerbang perkahwinan yang tular ibarat sebuah drama Korea.
Ads
“Saya memang suka melancong ke Korea, kalau ikutkan ini kali kelima saya datang ke sini. Tak pernah terfikir akan bernikah dekat sini kerana niat asalnya hanya mahu pergi melancong.
“Bila difikirkan jalan cerita perkenalan kami ini tak sangka macam drama Korea. Tak ada angin tak ada ribut, jalan-jalan terus jumpa jodoh… semuanya kuasa Allah,” katanya.
Kat berkata dia mengenali suaminya, Abdul Fakkar pada Ogos lalu semasa kedua-duanya tinggal di rumah tetamu yang sama ketika masing-masing melancong ke Seoul.
“Dari situ kami sering bertegur sapa memandangkan sama-sama datang dari Malaysia. Mula-mula tu hubungan kami sekadar kawan biasa.
“Selepas itu, saya balik sekejap ke Malaysia sebelum datang semula ke sini dua minggu selepas (Hari) Raya. Tiba-tiba (dia) suami mesej ajak nikah, agak terkejut jugalah.
Ads
“Tapi saya pun berdoa kepada Allah kalau dia jodoh saya, jadikanlah dia halal untuk saya. Alhamdulillah pernikahan kami dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi keluarganya, Kat berkata dia dan suaminya telah memaklumkan kepada ahli keluarga masing-masing mengenai niat mereka untuk bernikah di Seoul.
“Mak kata ok… sekurang-kurangnya ada orang jaga semasa berjauhan dengan keluarga. Jika niat kita betul dan ikhlas, Allah akan permudahkan segala urusan kita.
“Sama seperti proses pernikahan kami, dalam setengah jam dah selesai. Kadi (Sheikh Muneer Ahmad) hubungi abang sebagai wali, kemudian abang bagi kebenaran dan segalanya selesai.
Ads
“Dekat sini mudahnya, proses pernikahan betul-betul ikut cara Islam yang sebenar. Ia tidak merumitkan tetapi memudahkan mereka yang ingin berkahwin,” katanya.
Bagaimanapun, Kat berkata mereka masih perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Malaysia.
“Insya-Allah kami akan kembali ke Malaysia awal bulan depan. Kami akan daftarkan semula perkahwinan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku di kemudian hari,” katanya.
Kat dan Abdul Fakkar masih berada di Seoul dan berkhidmat sebagai sukarelawan di sebuah rumah tetamu di negara itu.
Sumber : Mstar.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan viral kisah rumah tangga seorang artis, pelakon Diana Rafar memberi amaran terhadap suaminya yang juga aktor Zamarul Hisyam agar tidak menjalin hubungan berlebih-lebihan dengan mana-mana selebriti wanita di set penggambaran.
Diana atau nama penuhnya Adiana Abdul Rafar, 41, berkata, ingin menjalin sinergi dengan rakan seperjuangan wanita biarlah bertempat.
“Shooting (penggambaran) juga? Papa (panggilan kepada Zamarul) jangan berani nak mencari keserasian dengan orang.
“Sampai lebih-lebih hendak tolong orang lain,” katanya dalam kapsyen Instagram.
Sementara itu, Zamarul turut membalas amaran tersebut dalam ruangan komen.
“Aduh, sampai sini (Instagram) dia beri pesanan,” ujarnya.
Ramai Yang Akan Pantau
Perkongsian Diana itu sekali gus mengundang perhatian ramai termasuk beberapa selebriti tanah air yang menawarkan khidmat untuk turut memantau suaminya di set penggambaran.
“Saya sebagai wanita setuju dengan amaran ini!” komen pelakon Riena Diana.
“Sebagai jiran paling dekat, saya akan pantau juga kak. Kalau lebih daripada seorang, saya akan maklumkan,” seloroh Syatilla Melvin.
Haaa… jaga-jaga Zamarul, Diana sudah bagi amaran dan banyak mata-mata. Apa pun Pesona doakan moga rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisyam kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
**media[450488]**
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
**media[450490]**
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merupakan sambutan kali keempat, larian anjuran bersama ‘Ice Watch’ dan The Marathon Company kembali bagi menutup kalendar tahun 2019 ini.
Dinamakan ‘Ice Watch Light Up Your Day Run 2019’ (IWLUYDR2019) larian akan berlangsung dengan ‘flag off’ pada pukul 7 pagi bertempat di IOI City Mall, Putrajaya selaku penaja lokasi pada 8 Disember depan.
Seperti biasa orang ramai boleh memilih untuk menyertainya dalam dua kategori samada 5km Fun Run yang boleh disertai kanak-kanak berusia dari 5 tahun atau 10km bagi pelari profesional mahu pun amatur.
Menghadiri majlis pengumumannya di Magnum Cafe, IOI City Mall Purajaya baru-baru ini, Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer turut melancarkan edisi khas jam tangan Ice Watch terbaharu yang direka sempena larian di bawah koleksi ‘Ice on Fire’.
Dicipta dalam empat rekaan berona Merah yang melambangkan ‘api’, anda boleh memilih antara warna Fire, Red, Chilli, atau Red Glow yang dilengkapi dengan strap silokon rona merah atau putih.
Berharga RM339, jam tangan berfesyen buatan Belgium ini bakal menjadi hadiah percuma bagi pemenang dalam cabutan bertuah yang akan diadakan kepada kesemua pelari yang berdaftar malah diberikan percuma kepada pelari yang membuat pendaftaran pada kategori VIP.
“Kami memperkenalkan ‘Ice on Fire’ sebagai koleksi khas umtuk dipakai di pergelangan tangan setiap pelari bagi menyuntik semangat dan energi yang membara pada diri masing-masing,” ujar Mirzan Meer ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Ice on Fire’ dan larian IWLUYRD2019 berkenaan.
Tambahnya, yang penting, objektif larian bertujuan mendidik masyarakat agar menjalani kehidupan sihat sekali gus merapatkan hubungan kekeluargaan serta harmoni di kalangan komuniti.
“Kami mahu pastikan anda gembira apabila menyertai larian sebegini pada hujung minggu,” sambung Mirzan.
Turut bersama pada majlis pelancaran, Pengarah projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas (dua dari kiri), Datuk Meer Habib, Pengerusi Kumpulan HABIB dan Chris Chong selalu Pengurus Besar IOI City Mall (kanan).
Gimik pelancaran menyaksikan Mirzan bersama Hafiz Md Khas menandatangani contoh ‘medal’ pada poster.
Jadi, bagi mereka yang berhasrat menyertai Larian IWLUYDR2019 boleh memilih untuk mendaftarkan diri mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 1 November ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!