Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

IKLAN

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.

Sujud Terakhir Setiap Kali Solat, Mintalah 3 Perkara Ini,  Rugi Kalau Tak Minta

 

Apakah kelebihan sujud kepada Allah ini?

IKLAN

1. Salah satu cara untuk mendapatkan syafaat rasulullah S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W.

“Mintalah pertolongan padaku dengan memperbanyakkan sujud

2. Hamba yang terdekat pada Allah S.W.T. adalah ketika dia bersujud.

Itulah makna :

“Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).” – Al-Alaq :19

dan

IKLAN

“Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud…” – Al-Fath: 29

Yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah nur kekhusyukan yang memancar dari batin kepaa lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.

3. Menyebabkan syaitan berlari sambil menangis:

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syaitan lari sambil menangis dan berkata:

“Wahai celakanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untuk kulah Neraka.”

4. Antara Waktu Yang Paling Mustajab Berdoa.

Abu Hurairah berkata :

“Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah manakala dia bersujud. Oleh kerananya perbanyaklah doa ketika itu.”

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI