Mawar Rashid yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau mesra dipanggil Raf Yaakob petang semalam bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Pelakon drama “Suamiku Paling Sweet” ini sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob dengan sekali lafaz. Mawar, 22, dan Raf 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.
Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Mawar menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak Raf.
Antara selebriti yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Emma Maembong, Syamim Farid, Ruhainies, Rasya Rizrose dan ramai lagi.
TEMA JAWA TRADISIONAL GAMIT PERHATIAN
Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini memilih tema Jawa Tradisional sebagai pilihan untuk majlis pernikahan. Mawar dan Raf menyarungkan busana daripada pereka terkenal Cosry. Ternyata Mawar kelihatan anggun dalam persalinan ala Jawa Tradisional bersama padanan renda putih dan batik yang cukup elegan.
Tampil berseri dan memukau, Mawar dirias indah dengan solekan malar segar Ramzamode dan dandanan dari Syukqadir. Solekan dengan mainan rona-rona tanah nyata menyerlahkan lagi seri pengantin pelakon jelita ini.
Dekorasi indah menyingkap suasana penuh damai dan harmoni dengan dekorasi yang turut mendapat sentuhan serta eleman Jawa Tradisional. Azasna Design diberi tanggungjawab untuk merealisasikan tema Jawa Tradisional untuk majlis pernikahan pasangan ideal ini. Elemen dan unsur klasik dapat dilihat dalam setiap genap dan sudut dengan mainan rona dan sulaman dekorasi yang memainkan peranan penting bagi memastikan tema Jawa Tradisional ini dapat direalisasikan dengan sempurna.
Ads
MAJLIS BERSIRAM & BERINAI
Sehari sebelum bernikah, pasangan ini telah mengadakan majlis bersiram dan berinai dengan tema Thai yang dihadiri saudara mara dan rakan terdekat. Berikut kami kongsikan beberapa momen mereka sekitar majlis bersiram dan berinai yang dilakukan dengan penuh adat.
Ads
KISAH CINTA MAWAR & RAF
Dalam temu bual yang dilakukan admin Pesona Pengantin bersama Mawar dan Raf ketika sesi penggambaran muka belakang edisi Oktober-Disember 2017, Mawar dan Raf ada berkongsi isi hati masing-masing.
Ads
Pertemuan Mawar dan Raf yang diaturkan oleh Emma Maembong telah mencetuskan degup cinta dalam diri pasangan. Pertama kali bertentang mata sudah membibitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya empunya diri sahaja yang dapat menafsirkan perasaan murni itu.
“Sebelum bertemu dengan Raf, saya tidak pernah percaya tentang cinta pandang pertama. Namun selepas melaluinya sendiri saya sedar bahawa hakikatnya cinta pandang pertama itu sememangnya wujud. Saat pertama kali bersua wajah dengan Raf, dia telah berjaya mencuri hati saya.
“Kesungguhan yang ditunjukkan Raf untuk menoktahkan hubungan kami ke arah yang lebih serius membuatkan saya yakin bahawa dialah jodoh saya. Meskipun tempoh perkenalan antara kami berlangsung dalam tempoh yang singkat namun bagi saya, sesuatu yang baik itu mengapa harus dilengah-lengahkan. Saya yakin inilah pilihan yang terbaik buat saya. Selepas dua bulan tempoh perkenalan, kami terus melangkah ke fasa yang lebih serius.
“Ciri-ciri yang ada apa pada diri Raf lebih daripada apa yang saya impikan. Di mata saya, Raf sudah cukup sempurna. Sesungguhnya Raf mewah dengan limpahan kasih sayang. Hubungan Raf dengan ibunya juga sangat rapat. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Raf yang amat mengutamakan ahli keluarga. Sifat yang ada pada diri Raf begitu meyakinkan saya untuk hidup bersamanya,” kongsi Mawar tentang perasaannya.
Raf pula mengakui bahawa dia sangat sukakan Mawar kerana terpikat dengan nilai santun yang ada pada diri Mawar. Ujar Raf, meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun cara pemikiran dan tindakan Mawar mencerminkan dia seorang yang matang.
“Dalam usia yang masih muda, Mawar sudah pandai berdikari. Sikapnya yang sukakan kanak-kanak telah berjaya mencuri hati saya. Melihat Mawar melayan anak buahnya dengan penuh manja dan kasih sayang meyakinkan saya yang Mawar boleh menjaga anak-anak saya dengan baik. Mawar bijak membawa diri. Saya yakin Mawar tiada masalah untuk menyesuaikan diri.
“Lagipun Mawar hadir dengan dirinya yang sebenar. Dia juga senang untuk dibentuk. Saya ada juga melakukan solat Istikharah dan alhamdulillah, Mawar ialah jodoh saya. Ya, memang benar saya dan Mawar berbeza umur 10 tahun tetapi sikap dan perwatakan Mawar tidak seperti usianya yang baharu sahaja 22 tahun,” kata Raf.
5 SEBAB MAWAR JATUH CINTA DENGAN RAF
Penyayang dan romantik.
Berpendidikan.
Berjaya membuatkan hati Mawar berada di ‘awang-awangan’.
Selalu kita baca tentang perkongsian bagaimana nak bahagiakan isteri. Kali ini, lelaki bernama Muhammad Ahmad kongsi, jika seorang isteri mahu disayangi suami, ini yang patut isteri lakukan untuk bahagiakan mereka.
Isteri jika mahu sentiasa di sayangi. Selalulah setiap kali makan suapkan nasi untuk suami, suapkan yang terbaik buat suami. Barulah suami rasa rindu apabila berjauhan.
Bila isteri mulakan Insyaallah satu peringatan buat suami. Dulu saya segan juga makan bersuap depan mertua. Tapi sekarang dimana-mana pun kita buat amalan ini. Barulah mertua rasa senang hati sebab ada insan yang jaga dengan baik anak mereka.
Kadang-kadang bila isteri minum air, saya akan minum dari gelas yang sama dan tempat dimana bekas isteri minum. Sebab ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rupanya dengan amalan begini hubungan suami isteri akan lebih bahagia dan disayangi.
Bahagia ini perlu diusaha, perlu dipupuk dan disemai dengan cara yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Barulah bahagia itu dapat dengan cara yang betul. Ramai yang berusaha untuk bahagia, tapi jika bukan cara Nabi Muhammad s.a.w bahagia ini akan sia-sia.
Bahagia itu buatkan kita sentiasa rindu dan doakan buat si dia. Buatkan kita makin dengan kepada Allah. Apabila kita bahagia anak-anak turut bahagia, orang di sekeliling kita juga turut bahagia.
Khusus untuk bakal pengantin yang inginkan rasa lebih segar dan badan yang sihat, kita cuba rendaman ais batu ini bersama-sama.
2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak… memang banyak kebaikkannya
Untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Sumber : sakura pelangi empire
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyentuh hal kenduri-kendara, hal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan wang untuk menyelenggarakan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, silap-silap anda boleh dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
1. Buat poster undangan atas talian
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
2. Idea konsep pra-perkahwinan yang unik
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
3. Senaraikan jemputan para tetamu
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
4. Minta bantuan teman
“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!