Kahwin ni nampak mudah sehingga kau sendiri melaluinya. Lepas kahwin baru kau tahu mudah atau tidak seperti yang di janjikan sebelumnya. Wanita ini kongsi, jangan cerita pasal kahwin kalau kau masih berperangai sedemikian.
Mungkin agak janggal kenapa perlu dimulakan dengan istikharah. Mengapa bukan dengan mengumpul wang, ataupun mencari calon?
Saya yakin tiada seorang pun di dunia ini yang mengetahui akan perihal masa hadapan. Perancangan yang sempurna tidak pernah menjanjikan hasil atau keputusan yang sempurna.
Sekiranya anda sedang melamar ataupun dilamar seseorang, bagaimana anda mahu betul-betul yakin akan calon tersebut adalah yang terbaik?
Meskipun anda telah bertanya kepada rakan terdekat dan keluarganya; siapakah diri calon tersebut, bagaimana perwatakannya, anda masih terperangkap dalam perasaan was-was.
Apakah beliau orangnya?
Inikah jodoh sepanjang hayatku?
Sebab itu, ada orang mengatakan perkahwinan itu satu perjudian. Bagaimana rapi dan teliti sekalipun perancangan sebelum kahwin, tiada siapa yang berani memberi jaminan ianya akan kekal sampai bila-bila.
Untuk itu, tiadalah tempat lain yang seharusnya kita letakkan pergantungan harapan, melainkan kepada Allah, pemilik hati kita, juga hati calon tersebut.
Mintalah pada Allah petunjuk agar dipermudahkan urusan perkahwinan tersebut.
#2 Jalani Proses Taaruf dengan Bijak dan Taqwa
Ramai dari kalangan mereka yang sedang dalam proses taaruf (kaum wanita terutamanya) sering diselubungi rasa ragu-ragu kerana tidak mengenali calon pasangannya dengan baik.
Lebih malang, ada yang sanggup melampaui batas syariat Allah seperti keluar berduaan dengan calon, atas alasan ingin mengenali dengan lebih mendalam.
Percayalah, sekiranya ada calon yang mendatangi anda dengan cara terus menghubungi anda sebelum ibubapa atau wali terdekat anda, ketahuilah bahawa dia belum betul-betul bersedia untuk mengahwini anda.
Walaubagaimanapun, jangan tersalah faham. Islam tidaklah jumud dan sempit dalam menyediakan penyelesaian kepada permasalah pergaulan lelaki dan perempuan.
Bahkan sekiranya anda sedang berada dalam proses taaruf ataupun lebih disebut dalam masyarakat kita sebagai bertunang, anda perlu berkomunikasi dengan cara yang bijak dan mengikut lunas syariat.
Bukan tidak boleh keluar bersama, ajaklah keluarga yang menjadi perantara. Bukan tidak boleh berhubung melalui SMS mahupun Whatsapp; create satu whatsapp group yang membolehkan anda menambah ahli keluarga di dalam group tersebut.
Ini lebih dekat kepada taqwa berbanding anda berchatting langsung dengan calon.
Anda mungkin boleh tanyakan kepada calon anda soalan-soalan ‘bijak’ seperti ini.
Secara mudahnya, tanyakan soalan-soalan matang sebegini yang benar-benar akan member kesan kepada kehidupan selepas berkahwin. Berbanding bertanyakan ‘dah makan ke belum’, ‘sihat kah’ atau yang seumpanya.
Saya tahu perkara ini sangat sukar, tetapi seboleh mungkin cuba elakkan emosi mengatasi rasional semasa proses taaruf.
Kerana apabila anda telah terlalu ‘suka’ kepada calon. Anda akan mengenepikan semua perkara lain mengenai calon. Semuanya akan kelihatan cantik di mata anda.
#3 Jangan terlalu percaya kepada janji dan harapan
Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin, akan mudah mendahulukan emosi, perasaan dan penampilan luaran berbanding objektiviti dan rasional.
Apabila telah ‘tersuka’ seseorang, anda seakan-akan terus melupakan keburukan (boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga) calon tersebut.
Seperti contoh calon tersebut (lelaki) adalah perokok tegar. Anda dengan naifnya berharap, selepas berkahwin beliau akan berubah dan meninggalkan rokok. Ditambah pula dengan janji manis beliau yang katanya akan berhenti merokok sebelum kahwin.
Saya bukanlah ingin menutup pintu taubat orang lain. Terutama bagi mereka yang betul-betul berubah. Dan saya tidak punya kuasa sebegitu pun. Tetapi saranan ini hanyalah sebagai panduan kepada kalian yang sedang membuat persiapan sebelum kahwin.
Janganlah terlalu mengharapkan perubahan yang terlalu mendadak daripada calon anda. Berpada-padalah.
#4 Dekatkan Diri Kepada Allah
Perkahwinan adalah antara turning point paling utama dalam hidup anda. Perancangan sebelum kahwin yang berkaitan perkara teknikal penting. Tetapi perkara ini jauh lebih penting.
Siapa bakal suami atau isteri anda akan menentukan bagaimana kehidupan anda selepas berkahwin kelak.
Oleh itu, gunakan masa ini sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan harapan, apabila hati anda dekat dengan Allah, segala keputusan yang anda buat mempunyai barakah.
Lebih utama, agar keputusan anda jauh dari kesilapan. Mendekatkan diri kepada Allah juga mengajar erti tawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah komitmen usaha yang tinggi.
Cintakan pasangan adalah lumrah. Tetapi jangan sesekali lupa, cinta kepada Allah adalah yang pertama dan utama. Segala perkara yang menghalang anda daripada memanifestasikan cinta kepadaNya harus dikesampingkan.
#5 Sentiasa perbaharui niat
Niat adalah perkara terpenting dalam setiap amal. Tidak perlu dizahirkan dengan lafaz kata tetapi ianya harus kukuh bertapak dalam sanubari.
Sekiranya niat itu suci bersih semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, usaha dan proses taaruf yang kita jalani itu akan ditempuhi dengan penuh hati-hati.
Walaubagaimanapun, niat yang letaknya di hati itu, sifatnya juga mengikut ‘rumah’nya. Sering berbolak-balik. Kadang kala dengan berlalunya masa, niat juga berubah.
Ini juga sebabnya tidak digalakkan terlalu lama dalam proses bertunang atau taaruf. Ini kerana ia akan menggangu hati dan ketetapan niat. Apabila telah jatuh suka, banyak perkara cuba dijustifikasikan.
Mula rasa tidak bersalah apabila berlamaan ‘bergayut’ tanpa tujuan dan keperluan yang jelas. Hati semakin meronta untuk berjumpa berduaan.
Untuk itu, perbaharuilah niat sekerap yang boleh.
Dari sudut yang lain, apabila niat yang dipasakkan sejak awal betul, sekalipun proses taaruf tidak menjadi. Tidak sampai ke gerbang perkahwinan. Anda tidak terlalu bersedih hati.
Kerana anda yakin, semuanya aturan Allah. Pastinya itu yang terbaik untuk anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita memang agak risau bila period tidak teratur, ada yang risau mengandung sampai banyak kali ujian kehamilan dilakukan namun keputusannya negatif. Ini akan lebih merisaukan wanita kerana period on off ini boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit lain. Memetik laman Web MD, period tidak teratur boleh memberi ‘amaran’ mengenai beberapa perkara penting berhubung kesihatan anda sebagai seorang wanita.
Ini adalah 5 perkara mengenai kesihatan berkaitrapat dengan masalah kitaran period tidak teratur anda.
1. Aliran d4rah h4id yang banyak atau kurang
Jika aliran d4rah h4id terlalu banyak sehingga kerap menukar tuala wanita atau tampon dan berlanjutan lebih dari seminggu, ia mungkin indikasi pada masalah lain.
Terdapat kebarangkalian ia punya kaitan dengan masalah organ pembiakan atau hormon, jangkitan penyakit, keradangan tulang pelvic atau d4rah terlalu cair.
2. H4id yang banyak dan kepenatan
Adakah anda kehilangan d4rah yang banyak dan rasa terlalu penat? Kekurangan sel d4rah merah yang banyak mengakibatkan anemia dan kekurangan zat besi.
Sekiranya anda bernafas secara pantas dan pendek, berasa lemah dan penat, kelihatan pucat, mempunyai denyutan jantung yang cepat, maknanya anda kekurangan sel d4rah merah. Segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.
3. Terlepas h4id
Ini perkara yang paling penting! Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan dan anda tidak hamil, maka hormon dalam badan anda tidak seimbang. Segera berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan bantuan. Ramai mengalami masalah period tidak teratur lebih kerap dalam tempoh setahun kerana mereka tidak ambil kisah dengan kitaran haid.
4. Warna d4rah h4id
Warna keungguan seperti buah beri: Menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran h4id ketika anda mengalami ‘heavy flow’. Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan f4raj kekeringan, rambut gugur dan keletihan. Warna pekat seperti jus kranberi: Biasanya, wanita yang datang h4id dengan warna ini akan mengalami PMS.
5. Sengugut
Kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti endometriosis.
Endormetriosis adalah keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik). Akibatnya, d4rah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.
Tetapi sengugut akan hilang apabila anda semakin meningkat usia atau selepas anda melahirkan bayi.
6. Sakit kepala
Sakit kepala pada awal tempoh period setiap bulan boleh dikaitkan dengan penurunan tahap estrogen atau pembebasan prostaglandin yang dikenali sebagai migraine period.
Ia boleh dicegah dengan ubat penahan sakit seperti asid mefenamik dan naproxen atau doktor akan membantu anda memastikan tahap estrogen anda stabil.
7. Menopause tetapi masih ada h4id
Wanita yang sudah menopause jarang kali mendapat h4id. Bagaimanapun jika anda mengambil tamoxifen untuk kanser payudara, ada kemungkinan h4id akan kembali. Selain itu, polyps dan kanser endometrial juga akan menyebabkan pend4rahan semasa menopause.
Cara Mengatasi Period Tidak Teratur Secara Tradisional
Berdepan dengan masalah period tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.
“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah
Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita ni boleh membantu masalah period tak teratur.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
Sedia untuk di minum
Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…
Boleh Amalkan sebulan sekali bagi mengatasi masalah period tidak teratur (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
Melancarkan d4rah haid atau nifas
Melawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2 biasanya mak kita buat masa d4rah nifas hari ke7-10 masa ni d4rah nifas macam ada tiada.
Menaikkan seri wajah.
Mencantikkn tubuh
Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
Awet muda jika di amalkan.
sumber : Lyndah Abraham
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali lagi saya tegaskan, apa yang saya nak ceritakan di dalam iiumc ini hanyalah PANDUAN berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya , bukannya KITAB yang wajib diikuti untuk mencari jodoh ya! ALLAH S.W.T telah mengurniakan setiap insan akal dan fikiran untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara, terpulanglah kepada anda semua untuk menilai apa yang bakal saya coretkan nanti. PANDUAN ini juga tidak mewakili kesemua lelaki di muka bumi ni, jadi untuk si lelaki , jangan terasa hati dengan apa yang saya cuba sampaikan di sini.
1 ) Mencari lelaki yang baik sekilas pandang di dalam profilenya?
Gambar penampilan di dalam profile sopan. i.e (baju menutup aurat walaupun sado, tak pakai short pants). Bayangkan, kalau aurat diri sendiri pun tak terjaga, macam mana si lelaki nak menjaga aurat si hawa & membimbing si hawa #tilljannah.
Lelaki yang humble selalunya tak suka tunjukkan harta kekayaan dia di SocMed, sebab bagi pendapat saya, kalau perempuan pilih saya sebab harta kekayaan, bilamana semua tu ditarik balik ataupun dah takde, kemungkinan saya akan ditinggalkan (ditujukan bukan kepada semua perempuan).
2 ) Mencari lelaki yang solat, mengaji, beriman dan beramal soleh?
Si Lelaki yang tidak tinggal solat ; Si HAWA, tolonglah buat penilaian kepada si lelaki pada waktu pertama kali keluar berjumpa :
Tolonglah tetapkan tempat perjumpaan yang mempunyai akses surau atau tempat solat. Sebab apa? sebab, bila masuk waktu solat, lelaki itu akan ajak ke surau untuk tunaikan solat ataupun sebaliknya.
Tetapkan waktu perjumpaan sebelum Zohor hingga waktu Asar @ Maghrib hingga Isya’. Sebab apa?
Sebab, lelaki yang solatnya cukup 5 waktu akan resah gelisah untuk solat apabila tiba waktunya dan lelaki yang solatnya jarang, tak kan rasa apa-apa sangat kalau terlepas waktu solat. Kan Si Hawa nak suami yang menjadi imamnya.
Dah lepas bab solat, uji bab ilmu agama serta amalannya ;
Lelaki yang sukakan ilmu agama, akan sentiasa mengaji dan mendengar ayat-ayat Al-Qur’an samaada di radio ataupun di Handphone ; macam mana nak quick check dia sukakan ilmu agama ataupun ingin berubah menjadi lebih baik?
Bila naik kereta si lelaki, cuba check channel radio, ada channel IKIM.fm tak? Frekuensi IKIM.fm utk Lembah Klang (89.0). Di IKIM.fm ni, ada slot motivasi pagi, alunan surah Al-Qur’an, zikir dan macam2 lagi.
3 ) Mencari lelaki yang tak merokok?
Kalau lelaki tu merokok, memula masuk kete dia pun dah boleh hidu dah asap rokok tuh.
Kemudian, lelaki yang merokok ni akan cari rokok lepas makan. Ni pengalaman kawan-kawan yang merokok, ntah betul atau tak, kena tanya perokok tegar. Jadi, kalau Si Hawa tanak lelaki perokok, lepas makan tuh, boleh tengok lelaki tu bangun untuk pergi cucuh rokok atau tak? Worst part, lelaki tuh cucuh rokok depan si Hawa, sebab dia nak membahayakan kesihatan bersama-sama si hawa. Kalau jumpa lelaki macam ni, lepas tu masih nak bersama, hamba no komen.
Nak uji lelaki tu merokok ataupun tak? Si Hawa tryla offer untuk belanja si lelaki rokok. Si perokok ni, memang sangat teruja dan suka kalau dapat rokok free, try la.
Lelaki yang tak merokok bukannya golongan kunyit yer, =). Kami yang tak merokok ni sebab taknak bakar duit RM1 untuk sebatang rokok dan kami sayangkan kesihatan diri sendiri serta orang sekeliling.
4 ) Mencari lelaki yang rajin, kemas dan bersih?
Lelaki yang rajin – Bangun solat subuh, lepas Subuh terus pegi keje, ataupun pegi jogging ataupun sentiasa ada aktiviti untuk dia buat. Dari sini pun dah boleh menilai, kalau seseorang tuh Subuh pun tak bangun, apa kata anda???
Lelaki yang bersih, jarang nak biarkan dalam kereta dia kotor dan bersepah. Memula masuk kete lelaki tuh, boleh boleh pemantauan kebersihan kete dia.
Kalau Si lelaki menumpang kete Si Hawa, lelaki ni akan mengetuk kasut di luar kete si Hawa, sebabnya mmg habit dia untuk tanak kotorkan kete orang lain. Mohon Si Hawa bagi perhatian kat situ,
Sudah tentu la, lelaki yang kemas akan pakai perfume bila keluar sebab tanak bau busuk badan dia ganggu ketenteraman orang lain.
Inilah dia 4 panduan ringkas untuk PENILAIAN PERTAMA si Hawa kepada seorang lelaki. Pilihan di tangan anda, terpulanglah kepada masing-masing sama ada nak ikut panduan ni ataupun tanak.
Pilihan di tangan anda. Berhati-hati dalam memilih pasangan masing-masing.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...