Selain mempunyai kewajipan terhadap suami, meskipun wanita sudah berkahwin, dia masih mempunyai tanggungjawab untuk terus menabur bakti kepada kedua orang tuanya.
Seperti yang disebut dalam Al-Quran: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (QS. Al Israa’ 23)
Semoga kebaikan yang anda berikan kepada orang tua akan beroleh ganjaran yang sangat besar buat anda sekeluarga, selain mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
1. Berbakti dan menghormati orang tua
Walaupun sudah bergelar isteri, anda masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk terus menghormati, merendahkan diri, memberikan kasih sayang, menghargai dan mencurahkan bakti kepada orang tua. Tundukkan pandangan anda ketika diberi nasihat atau tidak membantah dan tidak merasakan diri anda lebih tahu daripada mereka. Mengalah walaupun belum tentu memiliki kesalahan juga merupakan salah satu daripada bentuk merendahkan diri di hadapan orang tua.
Rendahkanlah dirimu terhadap kedua orang tuamu dengan kasih sayang dan katakanlah: “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mengasihiku sewaktu aku kecil.” (QS. Al Israa : 24)
Ads
2. Hulurkan bantuan kewangan kepada orang tua
Menjadi kewajipan anda sebagai anaknya untuk menyenangkan kehidupan orang tua. Apatah lagi dengan usia orang tua yang sudah lanjut, sudah tentu mereka memerlukan bantuan kewangan daripada anda untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa.
3. Menjaga nama baik dan amanat orang tua
Jalani kehidupan dengan baik mengikut ajaran agama agar nama baik dan maruah orang tua tetap terpelihara, selain tidak menconteng arang ke muka mereka. Apabila anda memuliakan orang tua, pahala yang bakal anda peroleh sangatlah besar
4. Jalinkan silaturahim dengan orang tua
Walaupun sudah berkahwin bukanlah bermaksud hubungan anda dengan orang tua harus terhenti. Jalinkan hubungan yang baik dengan orang tua dan jangan jadi anak derhaka. Apatah lagi Allah tidak menyukai orang yang suka memutuskan silaturahim lebih-lebih lagi terhadap ibu bapanya.
Ads
5. Berkomunikasi yang baik dengan orang tua
Jagalah adab-adab ketika anda berkomunikasi dengan kedua-dua orang tua. Jangan mengherdik atau meninggikan suara dengan mereka. Sentiasalah menjaga turut kata agar tidak melukakan hati mereka selain mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan perasaan mereka.
Hal ini juga disebut dalam Al-Quran: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa: 1)
6. Jangan bebankan orang tua
Setelah berkahwin, jangan sesekali menyusahkan orang tua. Berikan yang terbaik untuk mereka menjalankan kehidupan dan ringankan beban mereka yang sudah lanjut usia. Kebaikan dan keikhlasan yang anda lakukan terhadap orang tua akan mengalirkan pahala buat anda sekeluarga.
Ads
7. Melayani orang tua dengan mesra
Walaupun sudah berkahwin, teruskan memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada orang tua. Percayalah apabila anda menyenangkan orang tua, Allah akan menggandakan ganjaran bahagia buat anda sekeluarga. Malah kebahagiaan yang anda berikan kepada orang tua akan sama mengalir dalam diri anda juga.
8. Bersabar dengan segala kekurangan orang tua
Orang tua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu sebagai anak perempuan, usahakanlah untuk anda bersabar dalam menangani kerenah mereka. Ini kerana sabar akan membersihkan hati anda ke arah yang lebih baik.
9. Sentiasa mendoakan orang tua
Mendoakan kebaikan orang tua juga merupakan salah satu kewajiban anak setelah berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW yang tercantum dalam hadis iaitu: “Bila seorang manusia sudah meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya maka rezekinya akan terputus.” (HR Ad Dailami)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan adalah insan paling rapuh. Sekali kau layan dia dengan baik dan sayang dia seadanya, dia akan cuba buat apa sahaja untuk buat kau bahagia. Itulah keistimewaan orang perempuan meskipun disakiti berulang kali.
Nak tahu tanda-tanda perempuan kalau dah sayang seseorang itu? Ini perkara yang pasti mereka akan lakukan pada anda.
1. Dia terima awak seadanya
2. Maafkan walaupun kesilapan awak lakukan berulang kali
3. Dia akan pertahankan hubungan
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan
6. Dia selalu nak bahagiakan awak
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya
10. Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah saying, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diet adalah kegiatan makan yang diatur untuk mencapai atau menjaga berat badan. Diet dilakukan oleh pelbagai orang dengan tujuan yang berbeza-beza. Ada orang berdiet untuk menjaga kesihatan atas nasihat doktor atau kerana menderita penyakit tertentu, dan ada juga yang melakukan diet kerana masalah berat badan.
Tapi ada satu lagi golongan yang lagi teruk iaitu golongan banyak alasan untuk TIDAK memulakan proram diet. Jom kita tengok golongan-golongan tersebut.
1. Tiada Masa Untuk Memasak
Sertai kumpulan yang ramai, seseorang itu tidak semestinya seorang tukang masak. Tetapi terdapat pelbagai pilihan alternatif yang ditawarkan, samada yang boleh dibawa pulang atau penghantaran ke rumah. Terdapat juga menu di pasaraya untuk resipi yang cepat dan hanya memerlukan penyediaan selama 10 minit. Terdapat juga menu diet yang perlu di tempeh secara dalam talian. Hanya perlu panaskan dan makan, yang pastinya lazat dan cepat. Pelbagai jenis pilihan yang boleh dipilih jika rajin membuat sedikit pencarian.
2. Saya tidak mungkin mengalah kepada ………………..
Isi tempat kosong dengan pilihan coklat, ais krim, cip kentang dan sebagainya. Pandang kehadapan dan pilih pilihan yang salah. Kebenaran sesuatu perkara ialah tiada gaya hidup yang sihat meminta seseorang berputus asa tehadap sesuatu. Ketahui perbezaan amalan harian. Belajar pengambilan secara sederhana dan memberi ganjaran kepada diri sendiri sekali-sekala. Itulah yang terbaik dalam hidup.
3. Tidak Mempunyai kekuatan dalam diri anda
Keputusan untuk menjadi sihat adalah langkah pertama untuk perubahan yang sebenar. Mencari sistem sokongan yang betul adalah penting. Mungkin boleh mencari rakan, jiran, atau ahli keluarga untuk bekerjasama bersama. Mungkin boleh meminta nasihat dan bantuan dari pakar professional seperti pelatih senaman atau pakar pemakanan untuk nasihat dan motivasi.
4. Esok saya mula
Kenyataan ini biasanya diucapkan oleh seseorang yang berdiet tetapi tidak berjaya menurunkan berat badan . Ayat untuk memulakan sesuatu “esok” sudah biasa didengar. Setiap masa adalah satu peluang untuk bermula sekali lagi. Jika pilihan makanan tengah hari ini tidak sesuai, masih ada peluang untuk beberapa pilihan yang baik semasa makan malam. Mulakan semula. Masa terbaik untuk memulakan sesuatu adalah sekarang.
5. Hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup
Tidak salah jika ingin menikmati makanan kegemaran. Contohnya semua jenis makanan di Malaysia amat digemari oleh semua orang. Tetapi kunci kepada menikmati makanan adalah minda. Menikmati setiap suapan, mengiktiraf dan menikmati makan. Berhenti apabila tidak lagi lapar. Ia mengenai kualiti setiap gigitan bukannya kuantiti hidangan buffet secara keseluruhan.
6. Benci Melihat Apa Yang Di Makan
Semua orang perlu untuk melihat makanan yang dimakan. Tidak semestinya seorang itu atlet profesional atau kanak-kanak. Mungkin kita tidak berkongsi keperluan diet yang sama, tetapi tidak salah untuk amalan pemakanan yang sihat. Kesedaran yang berterusan terhadap makanan yang dimakan boleh membantu membawa kepada amalan yang lebih sihat.
7. Tidak Mengetahui Jumlah Kalori Dalam Hidangan
Ini merupakan alasan yang biasa. Dengan semua maklumat yang diperoleh, saiz hidangan dan kiraan sebenar kalori hanya ada pada setiap barangan yang dibeli. Mengaku tidak mengetahui jumlah kalori bukan alasan. Keputusan untuk makan sesuatu yang tidak sihat disusuli dengan alasan “tidak tahu”. Menerima akibat memilih untuk makan sesuatu yang tinggi lemak dan kalori adalah jauh lebih baik daripada memberi alasan. Yang penting, jadilah lebih baik dalam membuat pilihan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!