1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
Ads
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
Ads
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
Ads
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk anda.
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:
Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).
Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) Panjat, jerit tak dengar kata – saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan terangkan pada anak apa yang kita nak anak buat.
3) Puan sungguh bertuah jika tidak bekerja kerana dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa mereka tengah main, join aktiviti mereka dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. In shaa Allah.
Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.
Akhir skali sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa mereka lagi. Maaf mereka dan ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun mereka dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yang puan impikan pada anak.
Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak, otomatik dengan segera berubah mood kita puan. Anak memang itu fitrahnya, bila kita pukul atau marah mereka itu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita.
Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak-anak puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah s.w.t MAHA pengasih dan Allah s.w.t amat benci kemarahan atau kekasaran.
Insyaallah, semoga bermanfaat.
Gambar hiasan : Tangkap Picture
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan syabas di ucapkan, dan bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak cukup bajet jangan risau anda boleh mula menyimpan dari sekarang.
Anda cuma perlu beberapa tips penting sahaja sebelum melangkah ke alam perkahwinan agar semuanya berjalan lancar.
Mula lebih awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan untuk mencatat dahulu perbelanjaan anda setiap bulan. Kalau boleh sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Buku nota lebih memudahkan anda untuk mengira dan mengesan bajet bulanan anda kerana segalanya telah tercatit.
Perempuan juga perlu bertanggungjawab
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, mesti ramai yang menunding jari ke arah lelaki. Sebenarnya tidaklah hanya lelaki sahaja yang bekerja keras untuk mencari duit, perempuan juga perlu memainkan peranan. Kerana duit yang di kumpul ini akan digunakan bersama, bukankah itu lebih bagus? Jangan bebankan hanya pada sebelah pihak sahaja.
Kerja ‘Part time’
Untuk anda yang mahukan pendapatan sampingan boleh lah buat kerja part time untuk membantu sedikit sebanyak kos perbelanjaan anda untuk persiapan kahwin. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
Ikut Kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu seharusnya tidak dari segi lokasinya, pelamin atau sebagainya.Biarlah majlis itu diadakan bersederhana asalkan meriah kerana dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Ya betul, tidak salah untuk anda impikan majlis anda seperti puteri raja, tapi jika kemampuan anda setakat itu maka biarlah ia kena dengan bajet anda.
Tahan Nafsu
Perempuan dan shopping memang tidak dapat di pisahkan lagi-lagi bila berjalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besaran. Mahu jadi gila ya, sebab itu anda perlu tahan sedikit nafsu untuk menyimpan pada majlis anda yang akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga, pasti akan ada sedikit pertengkaran dan salah faham yang berlaku. Bila jadi begitu, mulalah nak bermasam muka. Ya, semua ini adalah perkara biasa. Namun, jangan sampai ia mampu merosakkan kemanisan rumah tangga yang dibina.
Cuba tanya dahulu kepada pasangan mengapa kerap berkasar dan marah-marah. Boleh jadi dia ada masalah di tempat kerja dan tidak mahu berkongsi dengan anda tentang masalah ini. Akhirnya, anda yang menjadi mangsa.
Sebagai suami isteri, anda perlu lebih prihatin terhadap pasangan. Jika hubungan sudah tidak semesra dulu, bersabarlah dan cuba amalkan ayat ini untuk melembutkan hati pasangan kita.
Surah tersebut adalah surah Al-Kautsar di mana ia merupakan surah yang paling pendek yang mengandungi 3 ayat sahaja. Al-Kautsar yang membawa maksud sebuah sungai yang mengalir di syurga.
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi MUhammad SAW kerana diturunkan di saat baginda bersedih di atas kehilangan dua orang sahabat yang amat disayanginya.
Selain daripada melembutkan hati seseorang, surah ini juga boleh diamalkan sebagai penawar.
Dibaca 1000 kali untuk menambah rezeki.
Dibaca sewaktu hujan turun.
Dibaca jika kehausan air, baca surah ini dan gosokkan pada bahagian leher.
Jika sakit mata atau mata berair, gatal-gatal atau bengkak, baca surah ini sebanyak 10 kali dan sapukan pada mata.
Baca surah ini sebanyak 10 kali jika rumah anda terkena sihir. Mudah-mudahan Allah akan beri petunjuk dimana letaknya sihir itu.
Orang yang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, boleh baca surah ini sebanyak 71 kali.
Amalkan surah ini juga surah-surah lain agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat rahmat.