Bila lagi anda hendak memegang bunga tangan jika bukan di majlis perkahwinan anda. Masa inilah anda akan menjadi tumpuan ramai, seluruh penampilan dilihat oleh para tetamu bermula dari mekap, busana dan aksesori yang mendampingi si pengantin. Tidak kurang penting ialah bunga tangan pengantin yang menjadi pelengkap diri. Selain menjadi aksesori, bunga tanganpengantin juga boleh menutupi kekurangan pada bahagian perut.
Sebelum membuat bunga tangan, pastikan anda pertimbangkan 4 perkara penting ini:
1. Pastikan anda membeli bunga segar sehari sebelum majlis berlangsung.
2. Pilih bunga yang masih segar dan kembang.
3. Selepas membeli, letakkan bunga-bunga tadi pada suhu yang dingin untuk menjamin kesegarannya.
4. Sekiranya anda membeli bunga lebih awal, pastikan bunga tersebut direnjiskan dengan air dan masukkan separuh daripada batang bunga dengan air yang dingin.
Ini ada beberapa inspirasi bunga tangan untuk menyerikan majlis perkahwinan anda.
Ikuti kupasan tentang pentingnya bunga tangan buat pengantin bersama Pakar Bunga Negara dalam Pesona Pengantin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awet Muda Untuk Isteri Yang Suka Berbaring Dan Hidu Ketiak Suami
Setiap pasangan itu diberikan kelebihan masing-masing, jangan terkejut jika ada satu kajian dilakukan dan mendapati menghidu ketiak suami boleh buat isteri bertambah cantik dan berseri!
Ramai yang menganggap ianya suatu yang lucu dan mengarut, sebenarnya dengan menghidu ketiak suami boleh membantu anda menghilangkan stress dan membuatkan jiwa anda rasa tenang.
Kajian seperti yang dilaporkan oleh Jurnal Biology of Reproduction America, menyatakan hormon Phero yang terembes keluar dari ketiak suami dapat mengaktifkan hormon si isteri sehingga menghasilkan satu perasaan yang sangat damai dan tenang buat si isteri.
Dengan tidur atau berbaring pada ketiak suami, anda seperti mendapat “ubat awet muda” yang terus memberikan kecantikan secara semulajadi secara perlahan-lahan.
Ianya juga bersangkut paut dengan kemesrasaan suami isteri, orang tua-tua kata jika mahu hidup sentiasa ceria dan bahagia dengan pasangan harus tidur dilengan suami.
Sekaligus akan membuatkan si isteri menghidu bau ketiak suami, rasa ketenangan membuatkan isteri ceria dan bahagia. Oleh kerana tiada rasa stress, membuatkan si isteri sentiasa nampak cantik dan kemas. Sekian petikan dari hanasuva.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Usah Jadi Hamba Bank Semata-Mata Ingin Majlis Perkahwinan Yang Glamour Kemudian Berhutang”
Bukan mahu menyindir, tetapi inilah realiti. Hari ini rata-rata kita dapat lihat perkahwinan semuanya yang “ada-ada” dan bukan sembarangan. Lihat sahaja dari segi dekorasinya, pelaminya, bajunya, dan semua.
Ia tidak menjadi masalah jika semua ini adalah hasil daripada titik peluh kita yang mengingkan perkahwinan idaman seperti ini. Namun, bagaimana pula kepada orang yang sederhana tetapi masih mahu nampak mewah, bak kata orang “tak nak kalah” mahu setanding seperti majlis perkahwinan mewah yang lain dan kemudian berhutang.
Kalau nak melangsungkan majlis untuk meraiikan permulaan hidup anda pun dah bermula dengan hutang, apatah lagi kehidupan selepas itu ? Anda boleh fikir tak apa yang akan jadi masa akan datang ? Kita masih muda, otak masih segar untuk berfikir panjang.
Terdapat dua pilihan:
1. Teruskan buat majlis perkahwinan seperti hari ini.
2. Membentuk budaya baru, majlis perkahwinan yang lebih berkonsepkan “mampu laksana”
Berulangkali orang nasihat. Buat majlis mengikut budget. Tidak salah nak buat majlis yang cantik dan meriah tapi itupun jika ada budget lebih. Dan dengan trend kami sekarang ni, sebenarnya banyak je kos yang boleh kita jimat.
Bersediakah anda menjadi Hamba Bank selama 10 Tahun?
Purata kos melangsungkan majlis perkahwinan hari ini adalah RM 50,000. Ini membuat majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun. Ya Allah, pada masa tu anak anda pun dah masuk sekolah menengah ! Fikir-fikirkan lah.
Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, jika anda membuat pinjaman minimum RM 50,000 menyebabkan anda mempunyai komitmen untuk membayar balik setiap bulan RM 600 selama 120 bulan. Dengan interestnya lagi. Gedebak-gedebuk jumlah bayaran balik kepada bank adalah RM 72,000.
Selain itu, dengan kos sara hidup sekarang yang naik secara mendadak. Gst, harga barang naik, harga petrol naik. Anda still nak membazir dengan hanya kerana majlis 1 hari ? Tak perlu membazir jika tidak perlu dan tidak berkemampuan. Jangan seksa diri anda dan pasangan anda.
Memang benar, buat kenduri tu satu sunnah, tapi Nabi SAW tak pernah memaksa kita membuat sesuatu yang kita tidak mampu. Majlis itu hanyalah sekadar memberitahu orang sekeliling dan ahli keluarga yang kita telah bernikah dan juga sekadar menjamu tetamu yang hadir kerana mendoakan kebahagian kita.
Bagaimana anda boleh mengubah budaya kahwin di Malaysia?
Kalau anda mampu membayar balik hutang berjumlah RM 600 sebulan, ini bermaksud anda mampu menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun.
Hasil anggaran kami :
– Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
– ASB (8%): RM 69,383.72
Mulakan pelaburan hartanah sendiri.
Suami beli sebuah, isteri pun beli sebuah. Pada ulang tahun ke-7 anda, rumah tersebut dah jadi milik anda. Lepas tu bolehlah anda jual atau sewakan untuk mencari duit sampingan. Family planning untuk keselesaan hidup anak-anak nanti.
Sumber : FB Jom kahwin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Tip ‘Tidak Terbabas’ Buat Yang Bernikah Di Bulan Rejab & Syaaban
Jika dahulu hujung minggu sepanjang cuti persekolahan cukup sinonim dengan musim ‘kenduri kahwin’, namun kini trend itu bagaikan tidak relevan lagi.
Pelbagai faktor yang diambil kira oleh pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam memilih tarikh untuk hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Malahan, ada pasangan yang memilih padanan tarikh yang ‘cantik’ atau simbolik, bersesuaian dengan tarikh penting dalam hidup mereka. Tidak ketinggalan, ada juga yang menunggu masa yang sesuai untuk semua sanak-saudara dapat berkumpul. Buat pasangan yang bernikah hampir bulan puasa pula, Pak Utih kongsi tip khas buat pasangan yang baru bernikah.
KHAS BUAT PASANGAN YANG BAHARU BERNIKAH (BULAN REJAB DAN SYAABAN)
“Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa bercampur kepada isteri kamu, mereka pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu telah berkhianat kepada diri-diri kamu. Maka diampunkanNya kamu dan dimaafkanNya kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditentukan Allah buat kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga berbeza bagi kamu tali putih dari tali hitam dari waktu fajar. Kemudian itu sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan kamu mencampuri mereka padahal kamu sedang I’tikaf di dalam masjid-masjid. Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kamu dekati akan dia. Demikianlah Allah telah menjelaskan perintah-perintahNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa” (Al Baqarah: 187)
Salah satu sebab turunnya ayat ini berkaitkan dengan kisah Saidina Umar Al Khattab as yang telah menyetubuhi isterinya setelah isterinya terjaga daripada tidur. Oleh kerana merasa ragu-ragu sama ada puasanya telah terbatal ataupun tidak, beliau telah merujuk kepada Rasulullah saw dan turunlah ayat 187 mengubah syarat berpuasa yang terdahulu.
Mengikut tafsir Ibnu Kathir, syarat berpuasa yang terdahulu hanya membenarkan seseorang itu makan, minum, dan bercampur dengan isterinya diantara waktu Maghrib dan Isyak sahaja. Betapa beratnya syarat berpuasa pada zaman dahulu berbanding dengan setelah turunnya ayat 187 ini.
Cabaran yang sedang dihadapi oleh pasangan muda suami isteri kebelakangan ini ialah memilih tarikh majlis perkahwinan mereka hampir sangat dengan bulan Ramadhan. Kalau zaman saya dulu, orang-orang tua kita akan berusaha mencari tarikh yang diistilahkan sebagai “pengapit raya”. Iaitu mana-mana tarikh di antara hari raya puasa dengan hari raya haji.
Seingat saya, memang tidak pernah dengar pasangan dahulu berkahwin pada tarikh yang hampir dengan bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pasangan yang baru dapat “lesen memandu” itu terbabas memandu di siang hari.
Mudah-mudahan kekuatan iman dapat mengawal “steering kereta itu” semasa siang Ramadhan.
Di sini ada tip agar tidak terbabas:
1. Selepas sahur terutama sekali hari cuti atau hari minggu, jangan naik semula ke katil baring-baring. Keadaan ini amat merbahaya kerana perut sudah kenyang dan hormon testosteron lelaki sedang paras tertinggi. Mudah di hasut syaitan (walaupun syaitan sedang diikat).
2. Suami terus ke masjid atau surau. Dan jangan pulang awal. Jika ada kuliah subuh sila tunggu sampai selesai matahari naik paras dhuha.
3. Isteri pula, bila dengar suami dah pulang ke rumah dari surau, terus bangun tinggalkan katil. Buatlah kerja kemas mengemas atau basuh baju. Jangan masih terbaring atas katil walaupun diselubungi selimut.
4. Jika ingin bersembang pada siang hari, elakkan di atas katil.
5. Jangan ada niat nak membatalkan puasa dengan berbuka sebelum sengaja “terbabaskan kereta ke longkang” itu. Nilai satu hari puasa Ramadhan tidak sama dengan nikmat 30 minit itu dan diganti dengan hari-hari lain.
6. Bila suami dah mula nak “terbabas”, isterilah yang wajib mengingatkannya. Biasanya, minda lelaki pada waktu itu telah “tidak siuman”.
Nasihat Pak Utih… boleh share.
#pakutih
#mahligaikasih
#suamihensemisteriohsem
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI