• 380
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    380
    Shares

Bimbang memikirkan balutan gaun pengantin yang bakal anda sarungkan nanti? Apakah ia masih kekal ukurannya? Untuk elakkan anda berteka-teki dengan ukuran badan, apa kata lakukan diet sebelum menjelang hari perkahwinan.

Kalau nak rasa lebih bersemangat melakukannya, ajak pasangan diet bersama anda dengan enam cara ini agar anda berdua sama-sama tampil menyerlah di hari bahagia nanti.

1. Berkongsi makanan

Pergi makan berdua di luar? Pasti selalu kan. Jadikan ini kesempatan untuk menjadi langsing. Pesan satu bahagian untuk satu jenis makanan, lalu bagi dua anda anda kongsi bersama pasangan. Hindari memesan makanan dalam saiz besar untuk dihabiskan seorang diri.

2. Bersenam berdua

Pastinya anda malas untuk melakukan senaman sendirian kerana rasa kurang motivasi. Mengapa tidak ajak si dia menemani anda bersenam? Tarik pasangan anda untuk pergi ke gim terdekat dari pejabat sebaik selesai bekerja untuk lari bersama di treadmill. Atau ajak dia bangun lebih awal pagi di hujung minggu untuk joging atau berbasikal berdua. Cukup 30 minit sehari, lemak pasti enggan nak dekat.

3. Menonton tetapi tidak mengunyah

Setelah sibuk dan penat menyiapkan semua keperluan perkahwinan, menonton berdua ialah kegiatan paling digemari bagi kebanyakan pasangan. Sayangnya, mereka  kerap membuat pasangan lupa diri. Dengan menambahkan asyik suasana, selalunya anda akan membeli makanan untuk dikunyah sambil menonton. Kerepek kentang, bertih jagung, minuman bersoda, coklat dan sebagainya. Kecil-kecil tapi membahayakan lingkaran pinggang anda.

Cuba  perhatikan berapa kalori yang terdapat dalam sebungkus kerepek kentang? Kira-kira 80-120 kalori (bergantung ukuran besarnya). Itu hampir sama dengan makan 13-1/2 piring nasi, ujar Sion Porter, ahli diet dari Pertubuhan Diet Amerika Syarikat (BDA).

4. Tentukan jenis ‘diet’ yang akan diamalkan

Tidak perlu mengamalkan diet yang sangat ketat sampai membuat tubuh lemas! Ingat, anda perlu menguruskan persiapan pernikahan yang ppastinya memerlukan banyak tenaga dan fikiran. Jadi tetapkanlah cara diet yang sederhana dengan menggantikan nasi putih pada nasi merah dan ambil menu makan malam hanya dengan buah-buahan sahaja.

5. Punishment dan rewards

Jadikan program diet ini seperti satu perlumbaan di mana anda dan pasangan boleh membuat peraturan anda berdua. Jika ada yang gagal dan makan makanan pada malam hari, maka dia perlu menambahkan waktu senaman di gim selama setengah jam lebih lama daripada rutin biasa. Tapi, jika anda berdua berhasil melewati satu bulan tanpa makan malam, anda dan pasangan boleh saling menghadiahkan antara satu sama lain dengan barang yang selama ini anda inginkan sebagai ganjaran.

6. Tak usah terikut-ikut

Yang namanya pasangan, wajar jika anda berdua saling mempengaruhi. Anda tak suka mendaki bukit kerana sering diajak si dia, jadilah ikut-ikutan sahaja. Hal yang sama boleh terjadi pada pola makan dan pilihan makanan kegemaran. Waspadalah! Memang tidak salah memiliki dua atau tiga jenis kudapan kesukaan, tapi bagaimana jika jumlah makanan kegemaran bertambah? Ini boleh jadi masalah.

Semakin banyak jenis makanan yang anda suka, ini bererti semakin besar cabaran yang anda akan hadapi dan semakin tinggi juga nafsu makan anda. Daripada saling mempengaruhi dalam hal yang kurang baik, lebih baik saling mempengaruhi dalam hal yang bermanfaat. Bagaimana jika anda saling mempengaruhi pasangan untuk memperbanyak jumlah sayuran yang segar? Lebih sihat, bukan?

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: