Siapa yang nak kahwin ngan orang Melaka tu, korang kena hadam dengan perkara-perkara ni.
1. Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang.
2. Orang Melaka suka buat kenduri, kejap kejap kenduri, kejap kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri kat rumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri.
3. Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas.
Ads
4. Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai cikai pun kopi ngan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili..
5. Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot..
6. Kalau tengah makan, ada orang cakap “Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti” buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya.
Ads
7. Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagau sebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagau, kat pintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung slipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk keta pun dia turunkan tingkap sambung borak.
Ads
8. Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin rajin le tolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil sambil tu borak lagi..kadang kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang.
9. “Hawau” jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barule boleh pakai, selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyiknya.
10. Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya..jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka.
Kredit: Suara Rakyat Melaka
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata wanita takut untuk mendekati lelaki jenis ‘anak mak’ kerana mereka beranggapan mereka ini terlalu manja dan tiada pendirian yang teguh. Selain itu, pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada lelaki jenis ini hingga golongan wanita tidak mahu mempunyai hubungan dengan lelaki anak mak.
Namun, jika hati sudah terpaut dan jodoh dengan lelaki anak mak telah ditetapkan, wanita harus akur dan sebainya lakukan persediaan mental dan fizikal. Ia cukup penting untuk berdepan dengan lelaki seperti ini. Jom kita lihat 7 cara relevan dan efisyen untuk kendali lelaki jenis anak mak!
Elak untuk berasa cemburu ketika suami memberi tumpuan yang lebih kepada ibunya. Isteri dilarang sama sekali untuk bercakap tentang keburukan ibu mertua di hadapan suami. Ia boleh merosakkan hubungan anda suami isteri dan juga hubungan dengan ibu mertua Beritahu kepada suami apa yang boleh dia lakukan kepada anda iaitu sentiasa menunjukkan kejujuran, keikhlasan dan kasih sayangnya.
Sebagai seorang isteri, cuba belajar untuk mengenali siapa ibu mertua. Perhatikan bagaimana sikap ibu mertua anda. Cuba bertanya kepada suami apa yang disukai atau yang dibenci oleh Ibu mertua. Cuba untuk ikut rentak ibu mertua namun sentiasa bersopan ketika bersama ibu mertua. Anggap ibu mertua seperti ibu anda.
Apabila anda berfikiran terbuka dan sentiasa positif, ia akan memudahkan semua pihak. Segala yang dilakukan oleh suami dan ibu mertua tidak akan menjadi masalah besar kepada anda. Bersikap positif membantu untuk mengelak berlakunya persengketaan terhadap perkara remeh dan rumah tangga akan sentiasa dipenuhi kasih sayang. Sentiasa berdoa supaya segala masalah dapat dilalui dengan mudah.
Masakan amat penting untuk menggembirakan suami anda. Belajar cara masakan ibu mertua untuk menarik perhatian suami. Ini kerana suami membesar dengan masakan ibunya jadi tidak salah untuk anda belajar. Suami mungkin akan bertambah sayang kerana anda pandai dan sanggup belajar memasak dengan ibunya.
Hubungan suami isteri perlu dilengkapkan dengan sikap tolak ansur antara anda dan juga suami. Jika suami ingin pulang ke kampung untuk menjenguk ibunya, anda perlu menuruti kata suami dan cuba memberi mereka peluang untuk meluangkan masa bersama. Sikap ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat kehidupan anda suami isteri lebih bahagia.
Elakkan dari membandingkan emaknya dengan ibu anda. Ini antara pantang paling besar seorang anak emak. Walau ibu anda merupakan yang terbaik, tetapi bagi suami emaknya adalah wanita yang sempurna. Jika anda kerap membandingkan mertua dan ibu anda, ini boleh menyebabkan pergaduhan besar dan mungkin mengakibatkan berlakunya keretakkan rumah tangga.
Sebagai seorang ibu, mertua mengharapkan menantu untuk menjaga anak lelaki dengan baik sepertimana dia memelihara anaknya. Isteri perlu berusaha untuk mengambil hati mentua walau agak susah. Jika kerap pulang ke kampung, anda dapat menjalikan hubungan yang lebih baik dengan ibu mertua sambil dapat mendekatkannya dengan cucu-cucunya. Suami pasti akan menyayangi anda kerana memahami perasaan dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata wanita mencari lelaki yang mempunyai sikap matang untuk dijadikan pasangan hidup. Kematangan lelaki amat penting bagi mereka dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni kerana lelakilah yang bakal menerajui bahtera rumah tangga tersebut.
Pernahkah anda tertanya-tanya bila sebenarnya lelaki menjadi matang dan apakah definisi sebenar matang yang dimaksudkan? Ada sesetengah beranggapan matang itu terletak pada umur. Sesungguhnya kematangan itu tidak terletak pada usia seseorang itu. Jadi bagaimanakah anda ingin tahu sama ada lelaki itu matang atau tidak? Jawapannya ada pada sikap mereka.
Sewaktu remaja, kita akan mengunci diri kita di dalam dunia sendiri setiap kali kita berhadapan dengan masalah, betul tak? Namun, lelaki yang matang tidak pernah lari daripada masalah. Dia perlu tahu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah peribadi, keluarga atau masalah kerja dan bukan melarikan diri setiap kali berhadapan masalah. Tetapi ini tidak bermakna dia sentiasa mencari masalah. Lelaki yang matang tahu bila untuk menyelesaikan masalah dan bila untuk mengelak dari masalah.
“Mengapa awak tak tukar gaya rambut awak?” “Sayang, boleh tak awak kuruskan sikit badan awak?” Lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan meminta anda untuk mengubah penampilan anda mahupun mengkritik gaya anda. Dengan melakukan itu, dia tidak cuba membantu anda tetapi sebaliknya dia cuba untuk merendahkan diri anda supaya anda tidak cukup yakin untuk meninggalkan dirinya. Seorang lelaki matang tidak akan merendahkan dirinya sendiri dengan mengkritik anda demi untuk memuaskan egonya sendiri.
Semua lelaki perlu keluar dengan rakan-rakan merka dan mempunyai malam hanya untuk lelaki sekali-sekala tetapi seoang lelaki yang bijaksna tidak akan mengabaikan isterinya hanya untuk bersama dengan rakannya. Lelaki yang sentiasa mendengar nasihat daripada rakan-rakan mereka dan mengabaikan pendapat orang tersayang mungkin mempunyai masalah psikologi. Selalunya, individu ini berperangai seperti budak-budakan dan tidak matang.
Ini bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal tetapi juga psikologi. Jika anda mengalami keganasan rumah tangga, berhenti membuat alasan untuk suami anda dan tinggalkan dia dengan segera. Lelaki yang matang tidak akan pernah memukul wanita, tidak kira betapa marahnya dia.
Lelaki yang matang sentiasa meluangkan masa untuk ibu bapanya walaupun hubungan mereka tidak begitu baik. Dia memahami bahawa menjaga individu yang setelah sekian lama menjaga dirinya adalah sangat penting. Bagaimanapun, dia tidak pernah melampaui batas dalam menasihati apabila ibu bapanya (biasanya ibunya) mula untuk mengongkong hidupnya dan menghalau orang lain dari hidupnya.
Lelaki yang sejati bukanlah tentang kekuatan. Lelaki yang sejati tidak akan takut untuk dikritik kerana menunjukkan sebarang emosi atau sikap romantik. Dia tahu dia tidak akan menjadi kurang kelelakian jika dia menunjukkan sebarang emosi. Selain itu, sikap menunjukkan emosi ini adalah penting dalam membina hubungan yang sihat bersama pasangan.
Sesetengah lelaki dengan mudah akan menghabiskan semua wang yang mereka ada untuk makan malam di sebuah restoran mahal tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari atau mereka boleh mengadakan sebuah majlis besar pada hari bekerja dan mengambil cuti sehari dan akan sambung bekerja pada hari seterusnya.
Lelaki seperti ini tidak boleh untuk merancang dan memikirkan tentang masa depan. Malah, melihat sekumpulan lelaki pertengahan umur berkelakuan seperti budak sekolah sudah cukup untuk membuat mana-mana wanita meluat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup anda perlu menjadi membosankan cuma anda perlu fikir tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.
Sewaktu remaja, kita akan mengunci diri kita di dalam dunia sendiri setiap kali kita berhadapan dengan masalah, betul tak? Namun, lelaki yang matang tidak pernah lari daripada masalah. Dia perlu tahu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah peribadi, keluarga atau masalah kerja dan bukan melarikan diri setiap kali berhadapan masalah. Tetapi ini tidak bermakna dia sentiasa mencari masalah. Lelaki yang matang tahu bila untuk menyelesaikan masalah dan bila untuk mengelak dari masalah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...