Pemikiran lelaki sukar untuk diramalkan ketika memilih pasangan kerana mereka punya cita rasa yang tersendiri. Mereka pastinya ada kriteria-kriteria tertentu dalam memilih teman wanita termasuklah sisi wanita yang boleh membuatkannya tergoda.
Bagi wanita pula memiliki tubuh badan yang ideal penting sebagai menepati ciri-ciri idaman lelaki. Namun ketahuilah bahawa ada 10 sisi lain pada wanita yang boleh membuatkan lelaki tertarik.
1. Senyuman manis
Cukup dengan senyuman manis seorang wanita pastinya mampu membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Ditambah lagi dengan sifat semula jadi wanita yang ayu, lemah lembut dan manis akan membuatkan orang yang melihatnya tertarik dan terpesona.
Hati lelaki bagaikan dipanah apabila melihat wanita melemparkan senyuman manis. Malah dengan senyuman juga boleh menceriakan seseorang yang sedang berduka. Jadi hati-hati lelaki dengan senyuman manis wanita kerana ia berupaya untuk membuahkan perasaan cinta.
2. Mata yang menawan
Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Untuk melihat sepasang mata wanita yang cantik secara natural sememangnya sukar kerana zaman kini wanita mencantikkan mata mereka dengan pelbagai alat solekan.
Ini secara tidak langsung telah mengaburi kecantikan asli seorang wanita. Namun jika lelaki berjumpa dengan wanita dengan sepasang mata yang cantik pastinya membuatkan lelaki jadi tidak keruan.
3. Rambut hitam yang sihat
Sebenarnya anda tidak perlu menghilangkan keaslian warna rambut kerana rambut yang hitam, sihat, ikal mayang dan lembut boleh menarik perhatian lelaki. Jadi untunglah kita sebagai orang Asia kerana miliki rambut berwarna hitam. Malah rambut hitam yang sihat juga menunjukkan yang anda pandai menjaga aset wanita.
Ads
Jadi para wanita, jagalah mahkota anda ini dengan sebaiknya agar ia kekal sihat dan cantik kerana ia mampu menyerlahkan diri bentuk wajah seorang wanita.
4. Badan yang berisi
Sebahagian besar wanita menganggap lelaki hanya menyukai wanita bertubuh kurus kerana wanita fikir tubuh kurus itu tampak seksi. Namun hakikat yang sebenarnya orang lelaki lebih tergoda pada wanita yang sedikit berisi dan miliki pinggul serta ukuran pinggang yang lebar.
Pada pandangan lelaki, kalau wanita terlalu kurus melidi mereka akan tampak seperti tidak sihat dan tidak sedap untuk dipeluk.
5. Berwajah natural dan tidak bersolek tebal
Hasil kajian yang dilakukan oleh Quarterly Journal of Experimental Psychology mendapati bahawa apabila lelaki ditunjukkan dengan gambar wanita bersolek dan tidak bersolek, keputusannya jelas menunjukkan lelaki lebih memilih gambar wanita yang tidak bersolek.
Ads
Ini kerana mereka lebih tertarik melihat wajah sebenar wanita berbanding wanita dengan wajah yang sudah disolekkan. Seeloknya pilihlah rona natural agar wajah anda tampak berseri.
6. Memakai pakaian atau gincu berona merah
Rona merah sering dikaitkan dengan hubungan intim kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu. Malah kajian yang dijalankan oleh Journal of Personality and Social Psychology mendapati bahawa lelaki akan mudah tertarik dengan wanita sekali gus membuatkan emosinya terangsang dengan rona merah yang digayakan wanita tidak kira sama ada menerusi pakaian ataupun solekan.
Mana-mana yang dah berkahwin tu boleh la goda dan pikat suami anda dengan memakai pakaian dalam rona merah ketika berhubungan intim.
7. Memakai kaca mata
Ads
Wanita yang memakai kaca mata juga boleh membuatkan lelaki mudah tergoda. Ia secara tidak langsung menjadikan penampilan wanita berkaca mata lebih seksi kerana menampakkan anda seorang wanita bijak dan hot.
8. Suara ketika waktu subur
Berdasarkan kajian, perubahan hormon ketika aliran menstruasi akan mengubah suara wanita. Inilah yang membuatkan lelaki mampu tergoda apabila mendengar suara wanita. Menurut kajian pada waktu subur, suara wanita akan mengirimkan aliran listrik melalui kulit seorang lelaki.
Dengan kata lain, pada waktu puncak kesuburannya, suara wanita boleh membuat kulit lelaki (wanita juga) tertarik ketika berbicara.
Suara wanita dikatakan lebih menggoda daripada yang pernah anda fikirkan khususnya ketika wanita berada pada masa paling subur daripada aliran menstruasinya. Suara wanita juga disebut-sebut mampu memberi “aliran listrik” ke kulit seorang lelaki.
9. Kaki yang panjang
Di mata lelaki, kaki wanita yang panjang ditambah lagi dengan memakai kasut tumit tinggi akan menonjolkan keseksian. Dengan memakai kasut tumit tinggi, kaki, punggung dan bahagian belakang wanita akan tampak menarik.
10. Gigi yang putih dan bersih
Senyuman dengan gigi yang putih dan bersih mampu membuatkan sesiapa pun cair apabila melihatnya. Malah menurut pakar, kebanyakan lelaki kurang menyenangi gigi pasangan yang kekuningan dan tidak tersusun. Disebabkan itulah setiap orang disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala enam bulan sekali agar gigi anda sihat, bersih dan putih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan pasti akan melalui fasa pertunangan tidak kira sama ada ia dilakukan dalam satu majlis besar-besaran atau majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Itu merupakan pilihan masing-masing.
Fasa pertunangan dikatakan fasa untuk mengenali pasangan serta keluarganya dengan lebih dekat lagi. Jangan terkejut kerana tidak ramai yang mampu bertahan untuk meneruskan hubungan kerana tidak mampu menghadapi ujian dan cabaran yang begitu hebat.
Bertunang tidak bermakna anda akan berkahwin dengan dia. Syaitan memang akan mengganggu perhubungan kerana tidak mahu kita menjadi pasangan yang halal. Jadi, jagalah batas anda ketika bertunang. Ingat, pertunangan bukan ‘lesen’ untuk anda dan pasangan buat apa sahaja mengikut kata hati.
Ketahui adab-adab yang perlu dipatuhi ketika bertunang. Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga urusan anda dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
1. Pertunangan Bukan Lesen Untuk Keluar Berdua
Ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk keluar berdua sehingga tidak menjaga batas pergaulan. Pertunangan bukan seperti ikatan perkahwinan yang sudah sah. Anda masih perlu menjaga batas pergaulan jika bersama pasangan.
2. Jangan Melengahkan Pernikahan
Apabila sudah mengikat tali pertunangan, ini bermakna anda dan pasangan perlu segera membuat perancangan untuk bernikah. Jangan sengaja melengahkan masa dan melambatkan pernikahan. Perlu anda tahu bahawa semakin lama pertunangan, semakin banyak cabaran yang perlu anda tempuhi.
3. Bertunang Tak Perlu Mewah
Jangan terlalu mengikut trend sehingga membazir hanya untuk majlis pertunangan. Lebih baik simpan duit untuk kahwin nanti. Lebih baik jika majlis anda hanya dihadiri oleh saudara-mara kerana jika putus, tidaklah anda malu di kemudian hari.
4. Solat Istikharah Jangan Dilupakan
Walaupun anda rasa si dia adalah yang terbaik untuk anda, mintalah juga petunjuk daripada Allah. Ia lebih menjamin kebahagiaan anda sekaligus membuatkan anda memilih pasangan hidup yang tepat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila berumah tangga, ada syarat untuk bahagia. Kalau penat buat kerja rutin, berhenti dulu dan sambung kemudian.
Haaa… Jangan cari pasal nak salahkan pasangan tak tolong dan buat sampai emosi rasa ketat. Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini, buat setakat yang mampu untuk rasa bahagia.
Syarat Untuk Bahagia
“Kau penat, aku pun penat…”
Dalam rumah tangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumah tangga, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri, jangan nak perfect.
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi, tak ada keputusan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai sahaja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, minta dia ambil bakul, saya kutip, bawa masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh sahaja saya balik rumah pastu tanya, “kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot… tak kan balik rumah kena buat macam-macamlagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang.
Bukan Goyang Kaki Duduk Rumah
Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT apa-apa.
Larat kemas, kemas. Tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar… larat lipat baju, lipat. Kalau tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak sempurna, nak siapkan juga walaupun tak sempat. Boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumah tangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumah tangga itu tenat.
Begitulah sebaiknya bila saling memahami keadaan, isteri buat kerja dan hakikatnya suami pun buat kerja. Kena reda tugas masing-masing, inshaa Allah bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anda pernah mendengar tentang manfaat air kismis? Sungguh mengagumkan serta penambahan nutrisi yang begitu baik untuk dimakan sehari-hari, terutama untuk meningkatkan kesihatan hati. Hati serta buah pinggang merupakan organ penting untuk bersihkan darah, menyingkirkan toksin dan logam berat yang terkumpul dalam tubuh serta akhirnya boleh membuat anda sakit. Namun terkadang beberapa fungsi utama tergendala kerana pola makan yang tidak sekata, makan makanan berlemak terlalu banyak, atau kebiasaan kehidupan seharian yang tidak terurus. Jadi apa rahsia besar di sebalik air kismis? Air Kismis dapat merangsang sistem biokimia tertentu dalam hati yang menolong detoksifikasi aliran darah anda bekerja lebih efektif.
Manfaat air kismis sebahagian besar datang dari buah anggur sendiri, yang anda mungkin sudah tahu tentangnya. Bila anda ikuti rawatan ini sepanjang empat hari berturut-turut, anda bakal lihat kesihatan pencernaan anda bertambah serta anda mempunyai lebih banyak tenaga. Doktor sering mengesyorkan untuk anda pengambilan kismis di pagi hari untuk menjaga lebih baik kesihatan hati anda, menghilangkan kolesterol tidak diperlukan, turunkan kadar trigliserida, serta mencegah sembelit atau sakit perut. Kismis iaitu sumber semula jadi vitamin serta mineral, namun manfaatnya bakal meningkat cepat bila anda pengambilan air rendaman kismis ini. Hal semacam ini kerana kandungan gulanya yang kurang.
Sumber antioksida Semulajadi
Begitu penting untuk diingat kalau kismis iaitu salah satu yang sumber semula jadi paling baik daripada anti-oksida. Kismis yang disebut anggur kering kaya dengan bioflavonoid yang membantu melindungi anda dari radikal bebas serta menguatkan pertahanan badan dalam melawan penyakit. Minum air kismis sepanjang empat hari berturut-turut sekurang-kurangnya satu bulan sekali bakal menolong organ hati anda lebih baik dalam menjalankan fungsinya. Minum air kismis iaitu cara mudah tetapi berkesan untuk membersihkan aliran darah serta merangsang manfaat hati yang baik, serta meningkatkan pencernaan anda. Hal seperti ini mendorong pemisahan gastrik, menolong anda memproses makanan anda lebih baik serta menyerap nutrisi. Anda bakal mula lihat manfaat ini sekitaran dua hari selepas memulakan minum air kismis ini.
Cara Menyediakan Air Kismis: Bahan-bahan: 400 ml air / 2 cawan air ; 150 grm Kismis
Langkah-langkah: Pilih kismis dengan kualiti yang baik, sebaiknya pilihlah kismis organik. Panaskan air dalam periuk. Masukkan Kismis lalu didihkan selama 20 minit. Matikan api, tutup periuk. Biarkan Kismis terendam semalaman. Pada keesokan harinya, saring dan tuangkan ke dalam gelas air kismis itu. Minum pada pagi hari waktu perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan. Lakukan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut sebulan sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!