Perasaan Cinta dan sayang pasti dirasakan oleh setiap orang. Perasaan cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang dalam islam. Oleh itu, hubungan cinta harus dibatasi dengan batas-batas syari’at agar hubungan yang dijalin lebih suci dan indah.

Dalam islam, pentingnya menjaga hubungan cinta antara lelaki dan wanita supaya tidak membawa kepada perbuatan maksiat. Hubungan yang belum sah dan halal antara pasangan perlu dijaga dengan baik. Batas-batas pergaulan seperti bersentuhan dan berdua-duaan di tempat sunyi perlu dielakkan kerana ia boleh membawa kepada perkara maksiat.

Jom kita lihat 4 sebab penting mengapa hubungan cinta perlu berlandaskan syariat islam!

1. CINTA ITU MAMPU MENYEKSA JIWA

4 Sebab Penting Mengapa Hubungan Cinta Harus Berlandaskan Syariat!

Seseorang yang tidak mampu mengawal perasaan cinta boleh menyebabkan dia merasa terseksa dan kecewa sekaligus mengheret orang di sekelilingnya untuk turut merasa sedih. Contohnya perasaan cinta yang tidak berbalas.

Jika si lelaki boleh ikhlas dan mampu mencintai sesuai dengan batasan dalam Islam, maka jelaslah lelaki tersebut akan ikhlas menerima jika si wanita yang dicintai tidak mencintai dirinya dan memilih lelaki lain untuk dijadikan pasangan hidup.

IKLAN

Namun jika si lelaki tidak ikhlas menerima perkara tersebut, maka jelas saja ia akan membuatkan si wanita merasa terseksa dan dihalang untuk mencintai lelaki lain. Oleh sebab itu, batasilah rasa cinta itu. Gunakan akal fikiran anda dengan baik saat mencintai seseorang dan tidak perlu memaksa kehendak dan menyeksa orang lain yang anda cintai.

2. CINTA MEMBUATKAN SESEORANG MENJADI LEMAH

4 Sebab Penting Mengapa Hubungan Cinta Harus Berlandaskan Syariat!

Tahukah anda bahawa orang menjadi lemah disebabkan cinta? Terdapat banyak kisah mengenai perkara ini yang tidak enak untuk didengar, bahkan tidak terhitung jumlahnya. Cinta yang tidak kesampaian boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan.

Lihat saja contoh di sekeliling anda. Terdapat banyak hal buruk terjadi atas nama cinta, seperti melakukan tindakan jenayah kerana cemburu, bahkan sanggup melukai diri sendiri. Sudah terbukti bahawa cinta membuatkan seseorang itu menjadi lemah.

IKLAN

3. CINTA MEMBUATKAN SESEORANG KURANG OBJEKTIF

4 Sebab Penting Mengapa Hubungan Cinta Harus Berlandaskan Syariat!

Seseorang yang tidak boleh membatasi cintanya akan selalu menganggap orang yang dicintainya itu sentiasa benar walaupun kekasih hati melakukan kesalahan secara terang-terangan. Dia akan selalu berfikiran tidak objektif dan menganggap bahawa semua yang dilakukan si pujaan hati itu sentiasa benar.

Perkara ini tidak boleh diteruskan kerana pada akhirnya ia akan merugikan diri anda dan orang disekeliling anda. Oleh itu, batasilah cinta anda agar anda boleh menjadi insan yang lebih dewasa dan bijak.

IKLAN

4. CINTA BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG LUPA PADA IBADAH

4 Sebab Penting Mengapa Hubungan Cinta Harus Berlandaskan Syariat!

Orang yang jatuh cinta sentiasa membuatkan dirinya gembira dan senang hati sehingga membuatkan seseorang itu lupa untuk makan, membuatnya malas bekerja, bahkan membuatnya lupa untuk beribadah. Apa yang yang berada di dalam kota fikirannya hanyalah cintanya yang membara pada si pujaan hati.

Tentu perkara ini tidak boleh terjadi dan dibiarkan karena cinta pada dunia adalah hal yang sementara, dan menabung bekalan untuk di akhirat adalah perkara utama yang harus kamu lakukan agar segala urusan duniawimu lancar.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI