Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya! Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan. Mungkin ini 5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik. Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
Ads
Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut. Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
Ads
Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan. Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
Ads
Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Adalah suatu yang sangat mengecewakan apabila mempunyai rambut yang berminyak walaupun sudah memcucinya. Selain tidak selesa dengan keadaan itu, rambut berminyak juga menyebabkan penampilan kelihatan tidak menarik, dah lebih teruk ia mengakibatkan kemunculan kelemumur dan juga jerawat pada wajah. Oleh itu, sebelum mencari produk perjagaan rambut, baca dahulu faktor-faktor ini.
Kekurangan vitamin B
Vitamin B berfungsi untuk melancarkan pengeluaran minyak, menjaga kelembapan serta menyihatkan rambut. Oleh itu, kekurangan vitamin B mengakibatkan pengeluaran minyak berkumpul pada kulit, termasuk kulit kepala. Untuk mencegah masalah ini, pastikan anda mengambil vitamin B secukupnya. Pengambilan vitamin B2 dan B6 boleh membantu mencegah rambut berminyak dan mengawal pengeluaran sebum.
Berlebihan pelembap
Kesilapan ini dilakukan dengan niat yang terbaik. Anda mungkin berfikir untuk menjaga rambut anda, jadi anda menggunakan pelembat secara berlebihan, tetapi sebenarnya tidak perlu melakukannya. Hujung rambut anda memerlukannya lebih daripada akarnya, dan apabila menggunakannya terlalu banyak pada akar ia menyebabkan rasa berminyak. Untuk merawatnya, anda hanya perlu meletakkan pelembap pada hujung rambut sahaja.
Terlalu kerap syampu
Ya, anda mencuci rambut untuk membersihkan minyak, tetapi malangnya, ia tidak membantu. Malah, syampu harian boleh melepaskan minyak semulajadi kulit. Jadi ia menghasilkan lebih banyak dalam usaha untuk menggantikannya. Cuba hadkan atau kurang mencuci rambut pada setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.
Guna terlalu banyak produk
Menggunakan terlalu banyak produk rambut seperti pelembap, serum, gel rambut, wax, dan sebagainya boleh menyebabkan ia membina kulit kepala dan menimbulkan kesan pada fungsi kelenjar sebum. Ini boleh menjadi masalah yang lebih besar jika produk ini berasaskan alkohol. Produk-produk ini, bercampur dengan sebum, boleh menyebabkan keguguran rambut dan kelihatan berminyak.
Berlebihan penggunaan haba
Menggunakan terlalu banyak haba pada rambut eperti melalui penggunaan mandian panas, pengeringan yang kerap, seterika pelurusan dan alatan perapi lambut lain. Ini menggalakkan kelenjar sebum berkerja dalam keadaan berlebihan dan menghasilkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan rambut anda berminya. Oleh itu, untuk menyelesaikannya bilas rambut anda menggunakan air sejuk.
Perkahwinan merupakan proses pembelajaran yang harus ditempuhi oleh setiap pasangan agar anda berdua ‘lulus’ pada pelbagai ujian yang mendatang. Jika tidak dibekalkan dengan ilmu dan kesabaran yang kuat, maka pincanglah sebuah perkahwinan.
Suami isteri harus sedar bahawa perkahwinan bukanlah medan permainan yang jika anda tidak suka atau tidak sesuai, anda dengan mudah boleh ‘lari’ daripada permainan tersebut.
Buat pasangan yang berhasrat untuk berkahwin di usia muda, hadamkan enam pelajaran penting tentang dunia perkahwinan ini agar anda berdua mampu menempuh segala rintangan dengan yakin dan cekal.
1. Bukan Perasaan Cinta Semata-Mata
Jangan salah ertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan pasangan . Biarpun anda berdua saling mencintai, malah tidak meragui perasaan tersebut ini bukan bermakna anda harus sesegera mungkin untuk berkahwin. Memang! Usia muda bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berkahwin. Namun yang paling penting dan perlu anda ketahui ialah cinta bukanlah alasan wajib untuk anda memutuskan segera berkahwin. Sebaiknya buatlah persediaan sewajarnya agar keputusan yang dibuat itu tepat.
2. Tanggungjawab Yang Dipikul Semakin Bertambah
Jika anda bercadang nak berkahwin di usia muda ini, ini bermakna anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berganda. Anda tidak lagi bertanggungjawab atas diri anda sendiri, melainkan anda harus memikul tanggungjawab pada pasangan, rumah tangga, bakal anak-anak, keluarga mentua, perkahwinan dan sebagainya. Namun sekiranya anda masih belum siap, jangan berani nak cuba-cuba untuk melangkah ke alam perkahwinan hanya berlandaskan perasaan cinta semata-mata.
3. Kebebasan Anda Makin Terbatas
Sudah pasti setelah berkahwin kebebasan yang anda nikmati semasa anda bujang sudah lagi tidak sama, malah agak terbatas. Ini kerana apabila anda sudah mendirikan rumah tangga, kebebasan anda sedikit tersekat memandangkan anda sudah mempunyai tanggungjawab kepada pasangan. Bahkan sebagai isteri, segala tindakan anda yang memberi kebaikan haruslah mendapat keizinan suami terlebih dahulu.
4. Mempengaruhi Karier & Pelajaran Anda
Setiap orang yang berkahwin pastinya mempunyai target yang ingin dicapai. Jika anda masih bergelar pelajar, pastikan anda fikir semasak-masaknya adakah keputusan anda ini tepat. Paling penting dapatkan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak sebelum memutuskan untuk berkahwin di usia muda. Bukan apa, bimbang selepas berkahwin anda sukar untuk membahagikan masa apatah anda masih bergelar pelajar. Bukan itu sahaja, jika ketika bujang anda gemar bersantai di hujung minggu, namun selepas berkahwin anda harus mengubah cara hidup anda kerana anda kini mempunyai pasangan yang memerlukan perhatian anda.
5. Bersedia Untuk ‘Dilepaskan’ Daripada Tanggungjawab Ibu bapa
Jika anda sudah yakin yang anda boleh dilepaskan atau jauh daripada perhatian ibu bapa, sahlah anda sudah bersedia untuk berkahwin dalam usia muda. Selepas berkahwin, anda tidak boleh lagi nak berkepit di bawah ketiak orang tua kerana anda kini harus memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada pasangan.
6. Pola Kehidupan Peribadi Berubah
Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentuya berbeza. Selepas berkahwin anda tidak boleh lagi membuat keputusan seorang sendiri kerana anda kini harus melibatkan pasangan dalam setiap perkara. Perkahwinan memerlukan anda berdua untuk berkongsi dalam semua hal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cinta itu sememangnya indah buat pasangan yang sedang berkasih. Ikatan cinta yang dijalin pastinya ingin diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Cinta yang dibina harus disulam dengan kasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, bukan semua cinta berakhir dengan kisah gembira. Jika pasangan tidak memberikan komitmen yang secukupnya buat hubungan tersebut, ia boleh berakhir dengan kedukaan. Oleh sebab itu, setiap pasangan yang bercinta pasangan harus saling menghormati agar cinta bertahan lama dan berkekalan.
Jom kita lihat 7 sebab cinta tidak mampu bertahan lama! Jangan ambil mudah ya!
1. BERBEZA PENDAPAT
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Anda mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
2. MENIPU
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
3. MENGUNGKIT KISAH LAMA
Menjadi perkara yang cukup tidak disukai bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
4. KEHIDUPAN YANG SANGAT MENDESAK
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
5. PERKARA-PERKARA YANG MENYAKITKAN HATI
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
6. STATUS YANG TINGGI
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!