Hilangkan jerawat badan anda segera sebelum kahwin!
1. Gula
Pengelupasan merupakan satu cara membuang kulit mati pada badan, Gunakan gula sebagai skrub ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan kerana ia lebih lembut berbanding garam.
2. Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan sedikit air untuk dijadikan skrub hingga pekat. Sapukan campuran tersebut ke atas kulit dengan lembut kemudian bilas bersih dengan air sejuk.
Ads
3. Oren
Jemur kulit oren di bawah matahari hingga kering sepenuhnya. Kemudian, kisarkan sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah bekas. 2 minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pada jerawat.
4. Minyak Tea Tree
Ads
Minyak tea tree mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat pada badan. Sapukannya dengan kadar secukupnya dan mengikut arahan pemakaian kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
5. Ubat Gigi
Ubat gigi merupakan salah satu petua menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan semalaman kemudian sental badan ketika mandi keesokan pagi.
Ads
6. Lemon
Potong sebiji lemon kemudian perah jusnya. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada bahagian badan yang berjerawat menggunakan kapas atau kain bersih. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.
Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^
Adat dalam berumahtangga pastinya ada kalanya berlaku perselisihan faham antara pasangan. Kadangkala perkara yang kecil dibesarkan hingga membuatkan salah satu pihak akan merajuk. Dalam hal merajuk , bukan perempuan sahaja yang pandai merajuk, malahan ada juga lelaki merajuk apabila rasa tidak puas hati timbul.
Cuba cara ini untuk memujuk suami yang merajuk.
1. Biarkan si dia ruang bersendirian
Biarkan pasangan anda untuk menyendiri atau membawa diri seketika waktu jika berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Beri dia ruang untuk berfikir.
Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali anda. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran.
# Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami anda, dikhuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah anda, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan.
2. Layan kehendaknya
Jika si suami nampak melakukan apa-apa aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yang dia minati. Contoh jika pasangan anda suka menonton siaran sukan, apa kata anda duduk di sebelah si dia dan bersama-sama menonton rancangan tersebut.
Anda juga boleh cuba masakan yang digemarinya. Pasti suami anda lembut hati dari merajuk kerana lelaki suka kepada wanita yang pandai melayan kerenah mereka.
3. Pujuk dengan kata-kata manis
Lelaki adalah golongan yang jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami anda dengan kata-kata manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’,’bushuk’. Selitkan juga ayat-ayat jiwang untuk memujuk suami anda. Anda juga bolehkan menyelitkan ayat humor kepada si dia, asalkan yang tidak melibatkan peribadi suami anda.
4. Gembirakan diri sendiri
Semasa si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata anda buang kerungsinganya dengan melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh adalah, membawa anak-anak ke taman tema air atau tempat rekreasi.
5. Nyanyikan lagu untuk suami anda
Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami anda bukan? Apa kata anda cuba memikat kembali hati pasangan anda dengan menyanyikan lagu yang mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yang si dia pernah nyanyikan untuk anda ketika mula-mula berkenalan dan permulaan bercinta.
Usah pedulikan suara anda merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan anda dan pasangan anda sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap anda yang nampak bersungguh-sungguh untuk memujuknya.
#Tidak perlu untuk berkaraoke, memetik gitar atau mengalunkan alunan piano ketika anda bernyanyi memujuk pasangan anda. Cukup sekadar menghantar voice message yang melalui aplikasi wechat, whatsapp atau ketika bersebelahan dengan si dia.
6.Mengalah dan meminta maaf
Lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika anda yang menjadi punca kepada perselisihan faham tersebut, adalah lebih baik anda mengalah dan meminta kepada pasangan anda. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut
Jika silap itu bukan dari anda sekalipun, apa kata, sekali sekala anda meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada anda dengan kesilapan yang telah dilakukannya.
Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda. Usah bermasam muka. Berbaik-baik semula dan jalani hidup bahagia anda seperti biasa.
Sumber: http://www.wom.my/keluarga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah lengan besar semahunya ingin dihindari oleh wanita kerana ia memberi penampilan yang memalukan. Umpama mimpi buruk pastinya anda ingin segera menghapuskannya agar mudah untuk anda menyarung apa jua potongan pakaian, lebih-lebih lagi bagi bakal pengantin.
Bagi mengecilkan lengan dan mengatasi timbunan lemak dalam masa yang cepat, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Kalau buat pasti tak sampai sebulan lemak di lengan semakin mengecil. Jom cuba!
Cara ini dilakukan dengan bantuan barbel berukuran kecil. Pertama peganglah barbel pada kedua tangan dengan berdiri tegak. Kemudian mulalah cara ini dengan mengangkat tangan secara bergantian. Angkatlah tangan setinggi mungkin agar hasilnya lebih maksimal.
Salah satu penyebab lengan yang besar atau bergelambir ialah adanya timbunan lemak. Cara yang boleh dilakukan adalah dengan diet. Tapi untuk menjalankan program diet tidak sembarangan, kerana anda perlu mengatur cara makan dan senaman dengan baik.
Alat yang diperlukan untuk cara ini ialah kerusi. Letakkan kerusi di belakang anda, kemudian luruskan kaki dan gunakan kedua tangan untuk menahan badan anda dengan berpegangan pada kerusi. Lalu letak siku secara perlahan dan turunkan badan hingga membentuk sudut 90° kemudian kembalikan badan seperti posisi semula.
Cara ini memiliki kesamaan dengan push up biasa. Pertama, letakkan badan di atas alas dengan posisi tertelungkup. Kemudian letak kaki bahagian belakang sedikit ke atas. Setelah itu lakukan push up dengan lutut dan tapak tangan sebagai tumpuannya. Tapak tangan diletakkan secara berdekatan.
Tubuh memerlukan berbagai-bagai zat untuk perkembangan tubuh, termasuk zat besi dan magnesium. Zat besi dan magnesium dapat dijadikan sebagai memenuhi keperluan dan dapat mengurangkan tekanan pada fikiran sehingga fikiran lebih segar.
Perubahan masa membuat makanan segera menjadi kesukaan kerana tidak memerlukan proses yang sukar untuk menyediakannya. Namun makanan ini memiliki bahaya bagi tubuh jika diambil secara berterusan. Selain itu, makanan ini juga akan menyebabkan benjolan lemak pada lengan.
Sebelum kita melakukan cara mengecilkan lengan tangan dengan cepat dan mudah maka kita harus mengukur lingkar lengan termasuk setelah melakukan program. Hal ini bertujuan untuk memberikan motivasi agar semangat dalam melakukan program pengecilan lengan.
Air putih sangat penting bagi kelangsungan hidup. Bahkan dianjurkan semua orang untuk minum air mineral sebanyak 8 hingga 10 gelas air putih setiap harinya. Air putih memiliki kandungan yang dapat membantu proses metabolisme, mengeluarkan racun dan lemak pada perut, lengan dan paha serta memperbaiki sistem pencernaan.
Keadaan psikologi seseorang akan berpengaruh pada berat badan kita. Apabila keadaan psikologi kita dalam keadaan tidak stabil maka risiko benjolan lemak lebih besar sehingga lengan menjadi lebih besar.
Kekacang ialah salah satu jenis makanan yang memiliki manfaat dalam mengurangkan lemak dan risiko tumbuhnya barah dalam tubuh. Oleh itu, makan kekacang sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan tubuh dari berbagai penyakit dan lemak terkumpul.
Teh hijau sudah digunakan sejak dahulu sebagai cara mengecilkan lengan tangan dengan cepat dan efektif. Teh ini digunakan sebagai ubat diet kerana dapat membakar lemak dalam tubuh dengan baik, termasuk mengecilkan lengan. Oleh itu, apabila anda minum teh secara rutin pada pagi dan malam hari maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan ideal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengar saja perkataan ‘kahwin’ semua pasangan akan tersenyum sampai ke telinga. Namun, bila memikirkan persiapan yang perlu dibuat, seram sejuk dibuatnya. Dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua-dua belah pihak, wang mengalir laju saja. Mana taknya, zaman sekarang semuanya serba mahal. Itulah yang menyebabkan ramai mahukan cara kumpul duit kahwin, supaya boleh digunakan untuk macam-macam urusan.
.
Kenapa hantaran dan majlis kenduri sahaja?
Bukanlah mahu kata yang lain tak penting. Cuma dua perkara ini, memerlukan kos yang tinggi. Banyak duit akan dibelanjakan hanya untuk dua perkara ini. Dari sekecil-kecil perkara semuanya melibatkan wang ringgit yang bukannya murah. Namun, yang lebih parah dah tentulah pihak lelaki kerana perlu sediakan wang hantaran selain persiapan majlis sendiri.
Sebenarnya, ikatan yang bakal dibina bukannya diukur dengan mewahnya pelamin yang dihiasi bungaan segar. Bukan juga dilihat pada menu makanan yang menyajikan kambing golek dan sate kambing. Malah, sepersalinan yang mewah dan gah juga tidak bermakna jika hanya pada hari bersejarah itu sahaja mereka kelihatan benar-benar bahagia.
Perlukah majlis kahwin yang ‘grand’?
Kehidupan berumah tangga mula teruji selepas majlis kedua-dua belah selesai dengan gemilangnya. Ya benar, kita perlu meraikan tetamu. Malah, itu juga yang dianjurkan oleh agama. Namun, bukan ke bersederhana itu jauh lebih baik?
Adakah anda sebagai suami atau bakal isteri; mampu menyediakan kelengkapan untuk keselesaan keluarga dan anak-anak kelak? Adakah anda sanggup terus dibebani hutang kahwin sedangkan sudah ada 2 orang anak? Segala persoalan ini memerlukan perancangan rapi sebelum berumah tangga tak kisah bagi pihak lelaki atau perempuan.
Cara kumpul duit kahwin
Justeru, artikel ini akan cuba membantu anda yang sedang dalam kekusutan simpan duit untuk kahwin. Jangan risau, tiada yang mustahil. Yang penting, terus berusaha dan bertawakal. Nah, ini tips untuk bakal pengantin, pasangan yang baru merancang nak kahwin dan bagi yang masih mencari jodoh. Selamat membaca.
Tetapkan matlamat dan niat
Mindset itu penting. Jika sudah bertemu pasangan yang dirasakan sesuai untuk jadi peneman hidup, tetapkan niat untuk berkahwin. Jangan sibuk dating saja. Hidup perlu ada impian dan matlamat. Mungkin anda boleh memasang niat untuk berkahwin dalam 2 tahun lagi. Oleh itu, anda ada masa yang mencukupi untuk simpan duit.
.
Kerjasama antara keluarga dan pasangan
Pasangan yang akan berkahwin perlu bersikap lebih toleransi antara satu sama lain. Misalnya, keluarga belah perempuan janganlah minta jumlah hantaran di luar kemampuan lelaki.
Janganlah sampai RM15,000 tapi kalau mampu tiada salahnya.
Hantaran tidak diwajibkan dalam Islam. Ia hanyalah budaya turun-temurun untuk bantu persiapan pihak perempuan sahaja. Bakal isteri juga janganlah terikut-ikut dengan orang lain sehingga bakal suami ikat perut setiap bulan.
Buat majlis yang sederhana
Berbincanglah baik-baik untuk melangsungkan majlis yang sederhana dan ikut cara Islam saja. Buat yang perlu dan wajib sahaja, misalnya majlis nikah yang ringkas dan menjemput tetamu untuk meraikan.
Tetamu yang dijemput cukuplah sekadar ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kenalan yang penting dan rapat. Tak perlu sehingga 2000 jemputan, sehingga tuan rumah pun tak kenal mereka.
Jika ikut cara kumpul duit kahwin ini, pasti akan bangga jika dapat laksanakan majlis yang sederhana.
Beli rumah dulu
Jika ahli keluarga kedua-dua belah pihak telah setuju tentang majlis, maka bakal pengantin perlu buat persiapan. Sebaik-baiknya dari awal lagi mereka perlu berfikiran jauh untuk simpan duit. Tak perlu tunggu selepas majlis risik.
Lelaki perlu fikir tentang rumah yang bakal diduduki, kenderaan dan sebagainya. Aset-aset ini tak perlu terus dibeli lepas kahwin. Tak perlu terburu-buru. Pada awal perkahwinan, boleh saja duduk bersama-sama keluarga lelaki. Malah, boleh juga gunakan kereta yang lama. Namun, jangan pula terus menyusahkan ibu bapa. Belajar hidup berdikari.
Kalau bekerja kerajaan, boleh cuba tengok kelayakan dan gunakan kalkulator LPPSA untuk mengira berapa perlu bayar.
Simpan duit dalam ASB
Antara yang boleh dibuat ialah membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB loan). Cara ini ialah paksaan ke atas diri untuk menyimpan secara disiplin dan sistematik. Tidak susah, login MyASNB sahaja. Segalanya di hujung jari.
Misalnya, anda membuat ASB loan sebanyak RM50,000.00 dan diikat selama 30 tahun. Jadi, bayaran bulanan yang anda perlu bayar ialah sebanyak RM300.00 dengan kadar faedah bank sebanyak 5.2%.
Jika dividen tahunan yang akan diperoleh ialah sebanyak 7.25%, maka anda akan dividen daripada simpanan ASB sebanyak RM3625,000.00 pada tahun itu. Jika anda bercadang untuk berkahwin lagi 2 tahun, maka anda akan dapat hampir RM7250,000.
Duit sebanyak ini sudah dapat membantu hampir separuh persiapan kahwin anda bukan? Itulah antara kebaikan membuat pelaburan ASB.
Simpan duit kahwin dalam Tabung Haji
Selain itu, anda juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji (TH). Setiap tahun, TH akan mengagihkan keuntungan yang diperoleh dalam bentuk hibah dan bonus. Malah, anda juga boleh membuat simpanan di bank lain seperti Maybank, AmBank, Affin, Hong Leong, Public Bank dan sebagainya.
Bila dah mula menyimpan, jangan gatal-gatal tangan untuk keluarkan wang pula. Cuba konsisten dalam menyimpan wang. Misalnya, setiap pasangan boleh kongsi duit untuk menyimpan. Jadi, tidaklah berat untuk satu pihak kan? Kalau takut tak tahan godaan, boleh saja berikan kad ATM pada ibu untuk memegangnya.
Buat kerja sampingan, ini cara simpan duit kahwin paling bijak
Ah, ini satu cara kumpul duit kahwin yang paling pantas. Orang kata, biar susah-susah dahulu, barulah boleh bersenang-senang kemudian. Bukannya mudah untuk kumpul duit kan?
Sekurang-kurangnya segala kepayahan ini akan menjadi pengalaman manis untuk dikenang. Pasti anda dan pasangan akan tersenyum sendiri bila terkenangkan susah-payah kumpul duit sama-sama.
Bagi pihak perempuan, anda boleh menjadi dropship tanpa keluarkan modal. Misalnya, anda boleh jual baju kurung dan tudung. Anda menjadi orang tengah untuk buat promosi dan melayan pertanyaan pelanggan. Jika berjaya menjual produk tersebut, dapatlah komisyen.
Anda juga boleh mohon kerja sebagai tutor. Jika berbakat dalam jahitan, boleh ambil tempahan menjahit pakaian. Kalau masakan anda selalu dipuji, apa kata cuba jual makanan pula.
Bagi pihak lelaki, anda boleh jadi pemandu Grab. Bila ada masa terluang, baik bawa kereta. Boleh juga buat duit guna aset sendiri. Kalau berbakat dalam gunting rambut, cuba minta kerja di kedai gunting rambut. Pendek kata, ikutlah kemampuan, bakat dan minat sendiri. Janji dengan cara halal.
Ada banyak kerja part time yang boleh dilakukan, hinggakan yang tidak perlukan modal langsung. Antara mahu atau tidak sahaja.
.
Buat tempahan semasa ada promosi
Sentiasa merajinkan diri ke Pameran Pengantin yang diadakan di kawasan anda. Biasanya promosi yang diberikan hebat dan harganya jauh lebih murah. Anda perlu membuat tempahan awal dan bayar sedikit deposit.
Di sini, anda boleh mencari pakej perkahwinan yang mengikut bajet termasuk katering, kad kahwin, perkhidmatan fotografi, pelamin, andaman dan sebagainya. Misalnya kalau hendak tempah kad kahwin, tak perlu ambil yang mahal-mahal. Sudahnya hujung nanti akan ke tong sampah juga. Membazir kan?
Malah, kini di media sosial seperti Facebook juga ada banyak page dan group yang memberikan tips dan perkhidmatan untuk majlis kahwin.
Cuma untuk guna cara kumpul duit kahwin dengan teknik sebegini, perlu selalu follow penyedia khidmat kahwin di Facebook dan Instagram selalu.
Buat tabung kahwin
Tabung kahwin ni bukan maksudnya simpan di dalam bank. Simpanan itu anda yang pegang dan ikut kreativiti sendiri. Misalnya, jika anda bawa duit belanja ke tempat kerja sehari sebanyak RM30.00. Duit ini mungkin termasuk duit makan, duit minyak dan sebagainya.
Setiap hari, anda boleh simpan sebanyak RM5.00 iaitu baki dari wang harian itu. Paksa diri untuk menyimpan. Apa jadi pun, wang RM5.00 perlu disimpan. Jika perlu digunakan kerana terdesak atau kecemasan, esoknya gandakan jumlah itu menjadi RM10.00.
Maka, jika setiap hari anda menyimpan RM5, jadi dalam sebulan anda sudah mempunyai RM150. Untuk setahun dah jadi RM1,800, kalau 2 tahun RM3,600. Jika dicampurkan dividen ASB (RM7250,00.00) campur tabung kahwin (RM3,600.00), anda dah berjaya kumpul RM10,850.00.
Itu belum dicampur dengan simpanan gaji kerja tetap dan kerja sampingan serta pendapatan lain lagi. Jangan risau, pasangan yang hendak membina masjid dengan niat kerana Allah akan dimudahkan jalan dan rezekinya.
Perlukah berhutang untuk kahwin?
Kalau boleh, elakkanlah. Selagi kita boleh simpan dengan kudrat sendiri, teruskanlah. Cara kumpul duit kahwin sudah ada. Hanya perlu ikut dan jadi lebih kreatif untuk menambah lebih banyak amaunnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...