
Bertangas antara rawatan tradisional yang banyak manfaatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang.
Amalan bertangas bukan hanya sesuai untuk wanita selepas bersalin atau sudah berkahwin tetapi juga sesuai diamalkan ketika masih remaja. Wanita digalakkan mengamalkannya bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik.
Amalan bertangas ini boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ramai wanita beranggapan susah untuk bertangas terutama daripada segi penyediaan bahan-bahan.
Bertangas sangat mudah dilakukan. Kita boleh gunakan bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.
Berikut perkongsian amalan bertangas yang dikongsikan oleh
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
- Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2. Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
4. Melancarkan haid.
5. Mengurangkan masalah keputihan.
Kredit: Shahmila Radha
5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu Sehari

Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan terutamanya untuk ratu sehari di majlis pernikahan mahupun resepsi.
**media[441834]**
Kebanyakan wanita memiliki sekurang-kurangnya satu warna gincu bibir kegemaran. Ada yang sukakan rona terang, ada pula lebih memilih warna lembut manakala ada pula wanita yang sukakan rona tanah. Tidak dapat dinafikan, gincu antara alat solek penting wanita kerana calitannya bukan saja mencantikkan wajah, sebaliknya menyerikan penampilan yang kusam.
Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan. Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai. Jom kenali beberapa pemerah bibir pilihan:
**media[441830]**
Pemerah bibir satin
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.
**media[441827]**
Gincu bibir pensel
Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.
**media[441831]**
Pemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.
**media[441833]**
Pemerah bibir ‘matte’
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.
**media[441836]**
Pelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa. Namun ada juga produk yang didatangkan dengan sedikit warna untuk lebih menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini digunakan untuk melembapkan lagi bibir supaya tidak kering. Sesuai digunakan kepada si jelita yang berkerjaya.
Punca bibir tidak sihat, kering dan lebam:
– Tidak gunakan pembersih bibir yang betul.
– Cuci bibir menggunakan sabun wajah yang tidak sesuai untuk kelembutan bibir.
– Kurang gunakan pelembap bibir.
– Tidak gunakan pupur bibir khusus.
– Menggunakan gincu yang tidak mengandungi vitamin dan nutrisi diperlukan bibir.
**media[441826]**
Langkah menutup cela bibir gelap dan kembalikan keremajaan bibir:
– Bersihkan bibir menggunakan pembersih solekan mata. Ini adalah kerana kulit mata adalahsama nipis dengan bibir anda.
– Lakukan pembersihan kulit mati dan kotoran bibir menggunakan pupur khas.
– Gunakan gincu teksturnya matte atau krim untuk menutupi warna bibir yang gelap dan tidak nampak terlalu tebal.
– Elakkan pilihan gincu berkilat kerana teksturnya yang nipis akan menampakkan kehitaman bibir lebih jelas.
Majlis Dah Nak Dekat, Jerawat Makin Banyak! Wanita Ini Kongsi Apa Nak Buat Kalau Kulit Breakout

Dalam masa kita sibuk dengan persiapan kahwin, tiba-tiba datang pula ‘sahabat-sahabat’ yang tak diundang melewati muka kita. Dahlah stress nak kahwin, stress lagi bila jerawat naik banyak dekat muka.Nak buat macamana? Wanita bernama Iman Abdul Rahim ini kongsi apa nak buat kalua kulit breakout
APA NAK BUAT KALAU KULIT BREAKOUT?
Disclaimer: Semua kulit react dengan cara yang berbeza, it depends on how your skin react. I am not certified. Follow at your own risk.
- Stop skincare yang jadi punca breakout.
Kalau guna skincare lepastu tiba tiba breakout, terus stop! Sepatutnya sebelum guna apa apa skincare, kita kena patch test dulu. Patch testing ni sangat penting kalau kita baru nak try skincare yang baru. Kalau tak sesuai, dia tak breakout teruk sangat and senang nak control. Patch test pun penting untuk test sebarang allergi dekat kulit.
Cara untuk patch test: www.imanabdulrahim.com/2017/10/patch-test
- Jangan percaya “healing crisis”
Bila guna sesuatu skincare lepastu naik jerawat and penjual tu kata “healing crisis”, better check balik. Adakah product tu mengandungi AHA (Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandelic Acid), BHA (Salicylic Acid), Vitamin C (Ascorbyl Acid, Ascorbyl Glucoside, Magnesium Ascorbyl Phosphate) atau Retinoids? Kalau ada, kemungkinan purging. Sebab product ni increase skin turnover rate.
Purging: Naik jerawat dekat tempat yang selalu naik jerawat, bila guna product yang ada kandungan yang dinyatakan diatas.
Kalau tiba tiba naik jerawat dekat tempat yang jarang naik, dan product tu tak ada ingredients kat atas tu, maknanya itu memang kulit korang tak sesuai dengan product tu. Stop terus! Jangan percaya dengan “healing crisis” yang tak wujud tu. Stop guna product tu.
- Jangan scrub kulit
Ada orang, lagi dia naik jerawat, lagi dia scrub kulit dengan harapan breakout boleh berkurang. Better avoid all scrub. Sebab kesian kulit kita dah lah breakout, lepastu kena tonyoh tonyoh lagi dengan scrub, makin luka lah kulit. Bila dah luka, nanti bakteria lagi senang nak berjangkit and kulit makin teruk. Kalau ada jerawat, stop scrub kulit buat sementara waktu.
- Buat basic skincare routine
Buat basic skincare dulu, sebelum tambah product product lain yang belum tentu sesuai dengan kulit. Yang penting, kena cari cleanser yang sesuai, make sure kulit cukup kelembapan and pakai sunscreen setiap hari.
- Pastikan guna product yang sesuai dengan kulit masing masing
Kalau kulit berminyak, cari yang sesuai untuk kulit yang berminyak. Kalau kulit jenis kering, cari product yang sesuai dengan kulit kering.
- Avoid certain ingredients that can trigger your breakout
Also read: Skincare ingredients to avoid for sensitive skin
Antaranya alcohol, fragrance, menthol, SLS, essential oils. Cari product yang tak ada ingredients yang boleh buat keadaan kulit jadi lagi teruk. Semua ni depends on kulit masing masing. Ada yang okay dengan ingredients tu, ada yang tak okay.
Contohnya alcohol. Ada yang okay, ada yang tak okay. For more info: Alcohol in skincare
Kalau about paraben, boleh baca kat sini: Paraben in skincare
- Your skin barrier
Make sure your skin barrier of your skin is okay. Antara tanda tanda skin barrier kita terganggu ialah kulit selalu breakout, terlalu tegang, kering, berminyak, pedih, terlalu sensitive.
Cara nak pastikan skin barrier kita okay ialah dengan:
- Use gentle low pH cleanser
- Make sure your skin is well hydrated
- Cari ingredients like fatty acids & ceramides
- Use sunscreen
- Avoid acids (AHA/BHA/Vit C)
- Avoid irritating ingredients (alcohol, fragrance, menthol etc)
Bila dah rasa moisture barrier dah okay (maksudnya tak rasa ketat, kering, pedih, terlalu berminyak), baru boleh try guna acids (AHA/BHA/Vit C)
- Use gentle, low pH cleanser
Kenapa perlu low pH cleanser? Sebab kulit kita average pH 4-6. Jadi seeloknya guna cleanser yang dalam range tu supaya skin barrier kita tak terganggu.
Pastikan cleanser tu takde irritating ingredients, no SLS, tak rasa kering, tegang, pedih, ketat and kesat bila guna.
- Make sure your skin is well hydrated.
Apa beza hydrator and moisturizer? Untuk senang faham, hydrator tarik air ke kulit. Moisturizer lock air supaya air tu tak hilang.
Contoh ingredients untuk hydration:
- Hyaluronic Acid
- Glycerin
- Propylene Glycol
- Urea
- Sorbital
Dan lain lain. Kalau rasa moisturizer terlalu thick and berminyak, boleh try guna hydrating toner, essence atau serum.
- Use soothing ingredients
Soothing ingredients ni bagus kalau kulit ada merah merah, sensitive ataupun sunburn.
Some of soothing ingredients:
- Green Tea
- Honey
- Snail
- Aloe Vera
- Beta Glucan
- Allantoin
- Adenosine
- Centella asiatica (pegaga)
- If your breakout is bad, seek help
Either jumpa doctor or dermatologist, they’ll analyze your skin and help sama ada bagi ubat or cream untuk sapu. Don’t be afraid untuk jumpa doctor. Tapi pastikan doctor yang bertauliah, jangan pergi tempat pelik pelik ok.
That’s all. Thanks for reading.
STOP ‘Permainkan’ Hal Rumah Tangga, Jodoh, Nikah & Cerai Orang Lain, Elok Doa Diri Sendiri Dijauhkan Perkara Tak Baik

Kisah rumah tangga memang menjadi perhatian ramai. Namun ia tidak wajar diperkatakan atau dijadikan ‘bahan membawang’ seolah-olah kehidupan masing-masing cukup sempurna.
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak isu rumah tangga menjadi bualan warga maya apatahlagi jika ianya melibatkan selebriti. Bukan ‘main’ seronok lagi bila masing-masing bercerita tentang perihal rumah tangga orang seolah-olah tahu serba-serbi.
Tidak dapat dinafikan, kisah pergolakan rumah tangga semakin mengungguli carian paling popular di internet terutama media sosial. Ada yang memuat naik status mengenai kecurangan pasangan, membuat ‘live’ di platform media sosial untuk meluahkan perasaaan, malah ada yang memuat naik bukti kesalahan suami atau isteri dengan alasan ia jalan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan.

Berikut perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli
Berhentilah dari mentertawakan rumahtangga orang, jodoh orang, pernikahan orang, perceraian orang. Berhenti juga dari dijadikan bahan penulisan dan ”mengumpulkan” banyak kata-kata tidak baik (sama-sama mentertawakan) perihal orang lain.
1. Seandainya kita sedang punya pasangan pada saat ini, syukuri lah. Jika kamu sedang memiliki maka hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kamu kehilangannya nanti.
2. Semua pasangan di dunia ini hanyalah bersifat pinjaman. Apa yang kita sedang lihat berlaku kepada orang lain, boleh berlaku kepada kita sendiri. Boleh jadi nanti. Boleh jadi esok. Mudah sangat bagi Allah untuk mengubah hati sesiapa pun, termasuk hati mu sendiri.

3. Kadang ujian datang kepada kita, hanya kerana kelalaian kecil yang pernah kita lakukan. Membuat jenaka tentang orang, menjadikan kisah hidup orang lain sebagai tulisan lawak. Padahal banyak perkara yang kita tidak tahu. Penilaian kita hanya dari apa yang kita baca dan ia tidak semestinya benar.
4. Seorang isteri memang sebaiknya manja dengan suami. Menjadi manja dengan pasangan bukanlah suatu hal yang bodoh. Suami sukakan isteri yang bijak, manja tetapi bertempat. Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah perbuatan yang sangat baik. Tidak ada yang lucu tentang itu. Isteri yang baik adalah isteri yang membahagiakan dan tenang apabila dipandang.
5. Jodoh, ajal dan maut, semuanya adalah ketentuan Allah.
6. Jangan pernah takut kehilangan orang. Kalau kita sudah berikan yang terbaik (semampu mungkin), bukan kita yang kehilangan mereka. Tetapi mereka yang kehilangan kamu. Teruskan menjadi seorang yang baik. Jadi “ex” yang baik.
7. Selalu ingatkan diri. Semua di dunia hanyalah pinjaman. Tidak ada yang abadi melainkan Allah. Dan ketidakabadian itu sendiri.
8. Hati-hati dengan penulisan. Boleh jadi ia menjadi timbangan yang membantumu ke syurga Allah.

9. Setiap kali membaca tentang ujian rumah tangga orang lain, segera berdoa agar kita dijauhkan dari hal yang tidak baik. Belajar memperbaiki diri dan bukan menghukumi. Kita semua tidak sempurna.
10. Satu hal yang lelaki harus tahu, bukan kekayaan yang menjadi buruan wanita matang. Tetapi keikhlasan, keperibadian yang baik, keimanan. Tidak juga berharap kepada kesetiaan, cukuplah dengan kejujuran dan keikhlasan. Tidak langsung memandang kepada rupa, yang penting hati yang mulia. Wang boleh dicari, asal dia rajin berusaha.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Kredit foto (top image): Sinar Harian