Ada yang masih dalam fasa nak pikat hati mentua? Kalau boleh bila sudah berkahwin, biarlah orang tua belah pasangan sayang kita macam anak sendiri.
Sudah tentu juga kita sebagai menantu kena sambut layanan mentua dengan baik-baik dan ikhlas. Ya, betul tidak semua bertuah dapat mentua yang boleh terima baik buruk kita sebagai menantu. Tetapi, kita cuba dulu. Boleh?
Cara Mudah Pikat Hati Mentua
Ini antara empat perkara yang anda boleh amalkan bila dengan jumpa dengan mentua. Insya-Allah, nanti semakin rapat dan semakin diaorang sayang anda dengan ikhlas.
Rajin Masak atau Belikan Makanan
Bila sesekali balik rumah mentua, cuba lah ke dapur. Rajinkan diri untuk memasak bila dekat rumah mertua. Tanyalah mentua nak makan apa, nak masak apa hari ini. Kalau mentua okay nak masak bersama tetapi anda jenis kekok, bantulah apa yang patut. Asalkan tak duduk saja tunggu makanan siap.
Owh ya, ada pilihan kedua. Beli dan ajak mentua makan luar. Bukan selalu, sesekali belanja mentua tak salah. Bukan disayangi sahaja tetapi lagi murah rezeki kalian sekeluarga.
Bawa Hadiah
Kemudian sesekali boleh bawa hadiah atau buah tangan bila jumpa mertua, macam kita sendiri lah mesti suka kalau orang bagi kita sesuatu. Macam itu juga lah mertua kita.
Ada pilihan kuih-muih, buah-buahan atau makanan yang mentau tak pernah masak. Memang akan gembirakan kedua belah pihak. Nak bagi hadiah pun boleh, macam pakaian tudung atau baju yang sesuai untuk orang berumur.
Ajak Berbual
Duduk dalam rumah sekali jangan asyik buat hal sendiri, cuba ajak mentua berbual, walaupun anda jenis introvert tetapi kena juga cuba ajak mereka berbual sampaikan satu tahap mentua rasa dekat di hati.
Beri Perhatian
Sesekali apa salahnya hubungi, tanya khabar mentua. Kalau pasangan anda jenis jarang hubungi mak ayahnya, mungkin anda boleh ubah. Anda cuba tanya khabar dan ambil peduli. 2 kali sebulan dah cukup, nak-nak kalau anda tinggal berjauhan. Jangan tunggu raya baru nak berkomunikasi.
Itu sahaja paling mudah. Mungkin ada yang suka buat hal sendiri untuk jaga hati sendiri tetapi rugilah. Sebab anda ada peluang nak pikat hati kenapa tak mahu cuba, kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI