Percaya atau tidak, sebenarnya kes meninggalkan ibu bapa dalam erti kata membiarkan mereka hidup sendiri telah banyak berlaku termasuk yang meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua atau yang membiarkan ibu bapa bersendirian di kampung.
Tidak menziarahi dan tidak menjenguk ibu bapa, sekadar hanya mengirimkan wang, malah berapa ramai pula yang tidak mengirimkan wang dan hilang tanpa khabar berita.
Ketaatan seorang anak perempuan bertukar takhta daripada ibu bapa kepada suaminya selepas si anak berkahwin namun bukan sampai membuang atau menyisihkan ibu bapa. Ketaatan kepada suami biarlah bertempat dan berbatas. Menyisihkan atau membuang ibu bapa tidak termasuk di dalam ketaatan yang perlu dan wajar diikuti.
Sebagai anak lelaki pula, takhta ketaatan anda tidak pernah berubah. Malah, jika anda beristerikan wanita yang tidak membenarkan anda berlaku baik kepada ibu bapa, harus bagi anda untuk menceraikan isteri tersebut. Ingat! Cintakan isteri jangan sampai anda menjadi lelaki dayus!
Kes buang ibu bapa sebelum berkahwin juga tidak kurang banyaknya. Ada banyak kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Anak gadis ini kembali semula ke pangkuan ibu bapa kerana hidup terseksa malah juga ada kes, memerlukan bantuan pihak tertentu untuk mengembalikan mereka ke pangkuan ibu bapa.
Ads
Ada yang tidak lari tetapi menentang ayah sendiri di Mahkamah Syariah kerana si ayah tidak mengizinkannya berkahwin dengan jejaka pilihan hati.
Peruntukan undang-undang membenarkan seorang anak gadis memohon pada Mahkamah Syariah agar si ayah yang enggan mewalikan atau mengizinkan perkahwinannya, tanpa alasan yang munasabah menurut syarak, supaya bersetuju dan mewalikan perkahwinannya.
Peruntukan juga jelas, jika si ayah tetap enggan bersetuju, maka Mahkamah Syariah boleh membenarkan si anak berkahwin menggunakan wali hakim. Peruntukan ada dan diakui demi kebaikan individu namun daripada segi moral, apakah menyaman ayah sendiri di mahkamah atas nama cinta kepada seorang lelaki, sesuatu yang wajar?
Ads
Ada kes melibatkan alasan keengganan si ayah bukan sesuatu yang wajar dan munasabah menurut syarak.
Harus diingat! Syarak menegaskan, setiap anak wajib taat dan hormat kepada ibu bapa. Ya! Ketaatan kepada ibu bapa juga terbatas kepada perkara yang tidak menyalahi syarak. Enggan menerima lelaki pilihan anda bukanlah perkara yang melanggar syarak biarpun alasan keengganan tersebut tidak munasabah menurut syarak.
Melawan ayah sendiri di mahkamah bererti anda tidak menghormati ayah anda sendiri. Anda telah melukakan hatinya. Anda sanggup mengetepikan cinta sejati ibu bapa yang menjaga, mendidik dan menyayangi anda sejak anda kecil semata-mata kerana cinta seorang lelaki yang hadir ketika anda telah berusia belasan ataupun puluhan tahun? Sungguh anda zalim!
Ads
Bukan saja zalim kepada ibu bapa tetapi anda zalim kepada diri sendiri. Percayalah! Biar sedalam mana cinta si dia kepada anda, biar berjuta kali ucapan cinta dilafazkan, biar beribu kali pelukan dan belaian diberi, cinta seorang lelaki atau perempuan tidak akan sama dengan cinta dan kasih sayang ibu dan ayah. Bukan mendoakan tetapi terlalu banyak kes serupa.
Natijahnya hanya satu, anda yang bertindak membuang ibu bapa atau melawan ibu bapa kerana cinta si dia, tidak akan hidup bahagia dan jika berkahwin, perkahwinan anda akan dibubarkan juga akhirnya, andai masih tiada restu ibu bapa.
Ingatlah! Restu Allah hanya ada jika kita punya restu daripada ibu bapa.
Oleh: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tips untuk penghidap resdung dan hidung sering berair. Senang cerita asik bersin tak kira masa dan dimana mana.
Apa yang aku buat untuk kurangkan rasa tak selesa apabila nk buat kerja dan aktiviti harian.
Korang pun boleh share sekali tips korang.
Clarinase
Kalau aku ada acara penting and masa itu jugalah bersin teruk, aku telah ubat ini. Clarinase nama dia. Ada dua jenis. Tahan untuk 12 jam dan 24 jam.
Dijual di mana-mana farmasi. Ada lagi satu jenis Clarinox mana dia. Tetapi kurang berkesan untuk aku.
Selalunya aku telan sebelum nak snorkeling atau diving.
Sterimar
Bagus untuk bersihkan hidung. Pastikan tengok arahan di Youtube sebelum guna. Agak pedih, tetapi bagus. Rasa hidung terus clear. Ada dua jenis, satu untuk hidung tersumbat, satu lagi untuk kebersihan hidung, macam di bawah ini. Boleh guna 2-4 kali sehari.
Ada jual di mana-mana farmasi.
NeilMed Sinus Rinse
Ini sumpah penyelamat hidup aku. Kenapalah aku baru tergerak nak beli?
Picit botol itu pada sebelah hidung dan air akan mengalir keluar sekali dengan lendiran melalui lubang sebelah lagi. Boleh tengok tutorial di Youtube. Mat salleh banyak guna benda ini sebab barang ini daripada Amerika.
Pastikan baca arahannya betul-betul sebab sangat penting untuk hygiene korang. Terdapat banyak jenis. Setakat ini, ini yang paling berpatutan dan mudah digunakan.
Perasaan dia seperti korang basuh lubang hidung korang. Bernafaslah dengan gembira.
Flavettes
Saya kerap kena. Walaupun dah makan ubat selsema pun masih tak jalan-jalan. Doktor pun jadi risau sebab hari-hari makan ubat selsema pun bahaya juga, doktor bagi ubat sembur pun sama tak jalan juga. Tadi pun kena, tak tahan sangat dan kebetulan keluar singgah pergi Watson beli vitamin ini. Balik-balik terus makan, alhamdulillah hilang terus.
Nasonex
Sampai sudah tak tahan rasa nak bedah saja hidung ini sebab sudah macam-macam cuba pakai semua tapi tak jalan. Bersin, kahak, lendir, gatal dan nafas berbau membuatkan irang pun takut nak dekat dengan kita. Bila sudah jumpa benda ini memang wajib ada dalam beg sandang aku. Pakai setiap waktu pagi dan malam.
Aztec mask
Akhir sekali bonus untuk menghilangkan jerawat resdung yang degil, aku gunakan Aztec mask ini. Benda ini sudah terkenal. Tetapi pastikan beli yang original. Jerawat kering dan parut cepat hilang. Lepas guna terasa macam muka baru lepas buat facial.
Memang bukan mudah untuk mengambil hati keluarga mertua. Meskipun terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah ‘orang luar’ dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baharu lebih-lebih jika anda menantu sulung. Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baharu anda.
Tujuh cara ini mampu memikat hati mereka. Siapa tahu, dia mungkin lebih memahami diri anda daripada suami anda sendiri.
1. Berkongsi Minat
Tak tahu nak berbual topik apa? Cubalah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tahu mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbeku atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
2. Tambat Perut Mereka
Ini anda kena betul-betul belajar tentang selera makan mereka daripada ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti apabila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena dengan perut mereka, pasti terus dekat di hati…
3. Jangan Mengampu
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle ‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.
4. Tak Usah Jadi Seperti Belangkas
Pengantin baharu… tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi silalah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita di dalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur atau berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai membawa diri…
5. Busy Body? Jangan Sesekali
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau ya pun anda memang kaki gosip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua anda. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga dan keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja kepada suami dan noktah.
6. Jadi Teman
Jika ipar lebih muda daripada anda, bersedialah untuk menjadi tempat mereka mengadu. Ingat! Lepas mendengar, jangan menyampaikan. Simpan apa yang mereka luahkan ketat-ketat. Takut apabila tersebar, buruk padahnya.
7. Sering Berkomunikasi
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih senior nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah bersedia untuk bertanggungjawab menjadi seorang suami. Kebahagiaan seseorang bukan terletak kepada tingginya nilai hantaran yang diberikan.
Kebahagiaan seseorang bergantung kepada pasangan masing-masing. Baiknya awak, maka in shaa allah, baiknya jugalah bakal jodoh anda. Oleh itu, jangan hanya menilai kesungguhan seorang lelaki hanya dari wang hantaran sahaja. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk menghalalkan kita.
Nak cari calon suami pastikan anda kenali ciri-ciri ini agar dia dapat melaksanakan peranannya sebagai suami sekali gus memberi kebahagiaan untuk anda.
1. Saling Membantu
Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam apa jua keadaan, walaupun hakikatnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda sehingga membuatkan anda rasa selamat walau di mana jua anda berada. Lelaki yang baik adalah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.
2. Hormat Anda Sebagai Wanita
Lelaki yang baik akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Malah dia tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai seorang wanita dalam apa jua keadaan sekalipun.
3. Bersikap Jujur & Telus
Lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai orang yang disayanginya. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan bersama. Malah dia juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi di mana pasangan ada peluang untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
4. Merendahkan Diri
Mereka tidak angkuh dan sentiasa merendah diri. Selain itu, lelaki yang baik tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap anda dalam apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
5. Menghargai Anda
Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikan sejauh manakah layanan terbaik yang perlu anda terima. Inilah ciri seorang lelaki yang baik.
6. Setia
Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun dia elah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai.
7. Terima Diri Anda Seadanya
Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.
8. Menghormati Orang Tua
Seorang lelaki yang baik akan mentaati kedua ibu-bapanya dan menghormati orang yang lebih tua. Sifat ini membuktikan bahawa seorang lelaki itu mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. Sekiranya dia mentaati dan menghormati ibunya, secara automatik dia akan menghormati anda sebagai wanita.
9. Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawab yang tebal perlu ada ada dalam diri seorang lelaki yang baik dan sempurna. Pastikan dia bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan seperti pekerjaan, tanggungjawab sebgai anak dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!