Biaskan aura anggun buat penampilan anda di majlis meraikan cinta. Sentuhan magis melahirkan solekan memukau dengan dandanan rambut yang mempesonakan. Pautan hati si dia bertambah mekar saat melihat penampilan si ratu persis bidadari saat melangkah ke astana cinta.
Olesan solekan malar segar sememangnya tak lapuk dek zaman. Sapuan rona tanah pada kelopak mata memberi kesan segar dan anggun. Sempurna dengan calitan gincu berona nude.
TIP: Oleskan sedikit pengilat bibir agar bibir tampak lebih mungil. Padanan gincu berona merah jambu lembut juga sesuai untuk solekan ini.
Gaya low bun memberi kesan yang lebih romantis buat ratu sehari. Alunan cinta dandanan disisir rapi dengan sulaman bunga orkid berona lembut.
TIP: Gaya dandanan ini boleh dipadankan bersama layah ringkas. Alunan layah dengan percikan batu permata dan jemeki memberi padanan yang sempurna.
Ads
Aura jelita lebih menyerlah dengan solekan ini. Sapuan pembayang mata berona sedikit terang memberi hasil solekan yang lebih menyerlah. Tampil sempurna dengan olesan gincu berona pastel.
TIP: Letakkan sedikit sapuan glitters untuk mencipta kesan bibir yang lebih glamor. Elakkan daripada memakai gincu dengan rona yang terlalu terang.
Ads
4.Cukup mempesona penampilan si ratu sehari dengan gaya braided Sulaman gaya rambut ini tampak kemas dengan sanggul di bahagian bawah yang menghasilkan sisi feminin yang tiada tara.
TIP: Untuk tampil lebih menawan, sulamkan gaya braided ini dengan kuntuman bunga baby breath. Padankan ia dengan subang ringkas dan minimalis.
Ads
SOLEKAN & DANDANAN : EMMA MUSTAFA MODEL : HANIA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali ditipu, sampai bila-bila akan muncul perasaan syak wasangka. Sikap ini kena buang jauh bila sudah berumah tangga, bahaya!
Nak ingatkan, janganlah sesekali suami menipu isteri mu. Allah akan menyulitkan urusan kamu nanti, rezeki semakin sempit kerana kamu telah sakiti seorang insan yang menyayangi mu. Allah memperluaskan rezeki mu dan kebahagiaan jikala suami dapat melaksanakan dan menjaga isterinya sebaik mungkin dan menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami yang baik.
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat.
Hati pun resah dan rasa nak marah je, kenapa yer ustaz?
Abang ada ibu bapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya..
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.
Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibu bapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.
Bila seorang wanita mendirikan rumah tangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahgiaan bersama suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu akan meletakan sepenuh kepervayaan kepada suaminya dengan harapan, suaminya akan setia dan berlaku jujur kepadanya.
Tapi langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan luar hingga membuatkannya melanggar janji setia kepada isterinya. Mula menipu dan tidak jujur dengan isterinya.
Bila semuanya terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami.
Tetapi tidak KEPERCAYAAN. Sekali dikhianati, akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar untuk mempercayainya.
Isteri akan mula ‘menyiasat’ segala gerak geri suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu, isteri akan berhenti ‘menyiasat’. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah.
Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri dah muak dengan tingkah laku suami dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami.
Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.
Jadi, buat para suami yang buat salah tu cepat-cepat minta maaf pada si isteri, ya. Jangan ulang kesilapan menipu atau berahsia pada isteri, insya-Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila belum dikurniakan anak, perasaan sensitifnya dengan pertanyaan orang sekeliling tuhan saja yang tahu. Sebab yang bertanya itu takkan pernah tahu bagaimana susah payahnya kita berusaha nak dapatkan cahaya mata.
Jangan patah semangat, jangan rasa Allah tak sayang, sebabnya ujian zuriat ini memang hebat sekali. Malah menurut Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43 nabi Zakaria dahulu pun pernah diuji ketiadaan anak.
“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata.”
Ia juga ujian kesabaran. Tapi suami isteri kena juga berusaha. Yang usaha-usaha sebelum ini contoh bertemu doktor untuk konsultasi dan sebagainya boleh diteruskan. Tip yang Ustaz Hanafiah kongsikan ini adalah petua. Petua ini perlu diamalkan suami isteri, bersama-sama konsisten selama masih dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan setahun.
Beliau juga pernah kongsikan petua yang sama sebelum ini di televisyen. Dan Alhamdulillah ramai yang menghubunginya memberi maklumbalas positif. Akui beliau ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Dan akhirnya setelah bermacam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan izin Allah dapat anak.”
.
Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)
1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdhal)
Caranya
Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.
Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari
Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya
Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi. Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi. Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.
Setiap Kali Cuba Petua, Amalkan Bersama
Surah Maryam ayat 1 hingga 12
“Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak,” sambungnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.
InsyaAllah… berdoalah pada Allah semoga pasangan yang mengamalkan petua untuk dapatkan zuriat ini diberikan rezeki anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aduh, pastinya agak sedih bagi kaum wanita yang tidak boleh berpuasa pada hari pertama di bulan Ramadan kerana didatangi haid. Memang sedih tapi apa boleh buat kan?
Ingat ya wahai kaum wanita, walaupun anda sedang dalam haid, anda masih boleh melakukan amalan yang boleh menambah pahala anda. Datang bulan tidak bermakna anda perlu duduk sahaja.
Kami kongsikan antara 3 amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid di bulan Ramadan.
Bagi wanita yang sedang dalam haid, anda digalakkan untuk membaca doa dan juga zikir. Dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.”
Amalan sedelah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar disisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu berada di dalam keadaan yang suci daripada sebarang hadas. Maka, seseorang wanita yang sedang dalam haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini.
Sekiranya anda memberi makanan kepada mereka yang berbuka puasa, maka anda akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. (Riwayat Al-Tirmizi: 807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...