Dalam kehidupan kita hari-hari, ada banyak ruang untuk kita mendapat pahala mudah. Pahala yang kita boleh dapat selalu dan banyak kali.
Namun sebab kita tak perasan itu sumber pahala, maka kita tak selalu amalkan. Ini antara pahala mudah yang kita boleh dapat :
1. Memberi salam
Ucapan salam adalah kata-kata mendoakan orang lain. Maka kebaikan di sini tercipta kebaikan apabila kita mendoakan orang sekali pun kita tak kenal.
“Moga segala kebaikan dan kesejahteraan untuk kamu bersama kasih sayang dan keberkatan Allah.”
Haa. Begitu doanya untuk setiap kali salam yang kita ucap. Maka tercatatlah pahala untuk kita.
Bagi salam ini pada semua, kita kenal atau tidak.
2. Senyum kepada orang lain
Iya, sekadar tersenyum. Pergerakan otot muka yang menggerakkan bibir menjadi luas. Menolak naik otot pipi sedikit ke atas. Haa begitu.
Akan lahir emosi positif dan gembira dalam diri kita. Dan kita transfer emosi yang sama kepada orang yang kita lemparkan senyuman tadi. Mereka juga akan rasa bahagia.
Ini juga memberikan pahala mudah buat kita. Pahala yang sama seperti orang bersedekah.
3. Memberi laluan kepada orang lain
Ads
Sedang kita bawa kereta, sampai di simpang jalan. Sepatutnya kita boleh sahaja jalan dulu, tapi kita bagi laluan ke kereta lain untuk lalu dulu. Ini kebaikan.
Kita utamakan pejalan kaki, ini juga kebaikan. Kita dah lebihkan orang lain berbanding diri kita. Maka pahala buat kita.
4. Memaafkan kesalahan kawan
Memberikan kemaafan sekali pun tidak diminta. Ini sangat besar. Kita menggembirakan orang lain.
Sungguh perbuatan ini sangat besar pahalanya.
5. Mengalihkan halangan di jalanan
Jika ternampak ada batu besar atas jalan, tayar pecah atau apa sahaja atas jalan, kita alihkan. Jika keadaan yang bahayalah. Dekat lebuhraya bahaya sangat.
Ads
Ini contoh kalau di jalan dalam taman perumahan kita atau jalan yang kenderaannya tidak laju.
Kita memberi mudah orang ramai untuk lalu lalang tanpa bahaya. Jadi ini juga mendatangkan pahala.
6. Niat untuk bangun malam untuk beribadah
Iya kawan-kawan, niat yang baik. Niat nak bangun sembahyang malam. Solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan sebagainya.
Atas setiap niat itu Tuhan dah beri pahala. Pahala itu tetap diperolehi sekali pun tak sempat bangun kerana terlajak tidur.
Namun niat mesti niat yang bersungguhlah. Niat sahaja dah ada pahala.
7. Berpakaian dan niat bercantik kerana Allah
Ini sangat mudah sebab hari-hari kita buat. Bila pakai bersiap pakai baju, hadirkan niat dalam hati. Kita pakai yang cantik-cantik ini kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.
Ads
Begitulah kawan-kawan sekalian. Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyak cara dan jalannya.
Tanpa perlu untuk kita korbankan harta. Kan?
Sumber : Firdaus Mokhtar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita dan haruman tidak dapat dipisahkan, bagaikan isi dan kuku. Pelbagai pendapat tentang peribadi seseorang itu dengan wangian. Jika si pemakai gemarkan bau yang kuat ia dikaitkan dengan sifat yang lasak dan berani, haruman yang sedikit manis sering menjadi pilihan untuk wanita yang lemah lembut. Manakala yang gemarkan bauan yang agak romatik dan sophisticated pula sesuai dengan wanita yang lebih berdikari serta mempunyai ciri elegan.
Apa sekali pun tanggapan terhadap pemilik dan pengemar minyak wangi ini tidak menjadi masalah, kerana minyak wangi amat penting untuk melambangkan keperibadian seseorang itu. Jika keluar melangkah ke luar rumah tanpa sebarang semburan tidak sah dan tidak lengkaplah peribadi seseorang yang bergelar wanita itu
Selain dandanan rambut, solekan, busana dan aksesori, memilih haruman juga penting buat ratu sehari menjelang hari bahagia. Haruman yang dipilih mampu membuatkan ratu sehari tampil lebih anggun dan berkeyakinan tatkala berdamping bersama suami. Pesona Pengantin senaraikan tip memilih haruman buat bakal pengantin.
Terdapat beberapa koleksi wangian yang pastinya menjadi pilihan anda di luar sana. ‘Tepuk dada tanya selera’. Wangian bukan sahaja untuk wanita, malahan ia juga untuk penting untuk kesegaran lelaki agar tampil segak bergaya. Koleksi wangian ini boleh dijadikan hantaran untuk pasangan tersayang.
Himpunan Wanita
Imitation Woman membawakan keharuman flora sebagai satu penghargaan untuk era yang tidak dapat dilupakan. Mengimbas kembali ke zaman Studio 54, perjalanan ini menembusi evolusi gaya hidup berbilang faset dengan konsep provokatif. Putik Anggur Hitam, Aldehid dan Likuoris yang membentuk haruman utama membawa anda mengintai zaman kegemilangan kelab malam di mana apa sahaja dan segala-galanya boleh berlaku.
Himpunan Lelaki
Imitation Man adalah hasil sentuhan Chypre dan Kulit yang menggambarkan era keberanian dan kebebasan. Cedrat dan campuran rempah ratus misteri menjadi pembuka tirai wangian untuk menghidupkan semula suasana warna-warni dan berbilang budaya jalanan. Kelembutan baldu dan vinil terserlah selepas mendapat sentuhan Violet dan Orris, membentuk keharuman yang melambangkan mood dan pesona era disco.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran mahupun bertunang sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta juga mereka yang dalam proses bertunang. (Nak tunjuk dekat siapa bahagia tu?) Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua.
1) Berjalan terlalu perlahan di kawasan hot spot
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
3) Mesra tahap maksima!
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
5) Panggilan manja kurang menyenangkan
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza, ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali. Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal, sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan.
Bagi wanita yang sudah berumahtangga, sudah pasti mereka perlu belajar bagaimana untuk mengetahu kitaran haid bagi mengetahui waktu-waktu subur mereka.
Ramai yang confuse macamana nak kira kitaran haid dan waktu subur dengan cara yang tepat. Ramai juga yang tak endah tentang hal ini. Ini sangat penting bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat.
Ada 2 sebab utama mengapa kaum wanita perlu tahu kitaran haid yang betul. Antaranya ialah;
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Dalam kata lain bila waktu sesuai untuk bersama suami , iaitu pada hari ke-14 hari ovulasi berlaku, telur baru keluar dari sarangnya ATAU ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni.
Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah dia period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari.
Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kebiasaannya adalah tepat 14 hari setelah ovulasi, tetapi fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.
Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Sebenarnya, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info tentang kitaran haid dan waktu subur ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...