Bercerai disebabkan paksaan dan depan mata, penyanyi Datuk Nora Ariffin menceritakan semula kejadiaan berkenaan video yang dimuat naikkan olehnya Ogos lalu.
Datuk Nora Ariffin Cerita Semula Pasal Cerai
Menerusi portal Media Hiburan, Nora mendakwa, bekas suaminya itu menerima satu panggilan telefon yang meminta untuk menceraikannya.
“Ketika kejadian, kami baru selesai solat Subuh dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya.
“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberikan ‘arahan’ itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya merakam situasi itu lalu memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya.
Ads
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur, hari ini.
Nora bagaimanapun mengakui tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial adalah satu kesilapan dan sudah memohon maaf kepada pihak yang terbabit.
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya.
“Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
Ads
“Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya lagi.
Video Mendapat Reaksi Orang Ramai
Ditanya mengenai bilakah usia perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Nora memberitahu, biarlah perkara itu menjadi rahsia antara mereka.
Terdahulu pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.
Ads
Nora menjelaskan, sebenarnya perceraian itu berlaku sebelum tarikh video tersebut dimuat naik.
Malah selepas video berkenaan menerima reaksi ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Namun video berkenaan sudah dipadamkan di akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Tetapi Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan di sekitar hujung tahun 2021.
Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh sampai di situ, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri sah bercerai sejak Ogos lalu.
Dengan kehadiran seorang anak perempuan, pasangan ini memilih untuk menjadi kawan demi masa depan anaknya.
Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Jadi Kawan
Siapa sangka, berita sedih ini diumumkan sendiri Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.
“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.
“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.
“Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.
Berpisah Secara Baik
Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.
“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
“Selepas beberapa dekad, kami akan sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya.
Tersentuh Dengan Komen Orang Ramai
Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.
“Semalam, kami adakan sesi secara langsung dalam TikTok. Kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.
“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.
“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” kata abang ipar kepada penyanyi Dafi itu.
Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis resepsi sempena perkahwinan Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan suaminya Mohamed Azam Ali. Majlis tersebut telah berlangsung dalam suasana penuh meriah di Hotel Regency Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkonsepkan serba putih, majlis itu diadakan di luar pekarangan hotel berhampiran pantai dengan dihadiri 300 tetamu dikalangan ahli keluarga serta rakan terdekat.
Bekas personaliti penyiaran berusia 54 tahun itu bernikah dengan Mohamed Azam, yang juga ahli perniagaan, pada 2 Jun lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Ras Adiba merupakan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Presiden Persatuan OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuang hak Orang Kurang Upaya (OKU).
Pasangan ini diraikan dengan acar bersiram, berinai bertemakan Bollywood serta majlis resepsi berhampiran pantai yang dimeriahkan dengan persembahan Datuk M Nasir serta Jay Jay.
“Alhamdulillah, kami dapat bersama dan disatukan, kali ini majlis dapat diadakan dengan kehadiran keluarga dan sahabat serta rakan media, saya juga bersyukur majlis dapat diadakan di kampung ayah saya di Negeri Sembilan.
“Lebih menarik adalah ramai kakitangan Bernama yang masih berkhidmat dan bersara hadir menyerikan majlis, mereka datang memberikan sokongan kepada saya dan suami, saya sangat berbesar hati, inilah silaturahim yang mesti diteruskan,” katanya.
Pasangan ini kelihatan amat mesra melayan para tetamu di majlis resepsi dan berdoa agar pernikahan itu kekal selama-lamanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters serta petugas Bernama.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, bekas Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus dan bekas Timbalan Ketua Pengarang Ahmad Fuad Yahya. Bekas personaliti penyiaran seperti Zakiah Anas turut hadir dan majlis dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Datuk M Nasir serta Jay Jay.
Untuk rekod, Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam orang anak dari perkahwinan terdahulu.
Sumber; Bernama, MStar & FB Azian Ali
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin anda akan pelik apabila melihat sayur yang menjadi makanan harian kita di gunakan untuk menjadi bunga tangan bagi majlis pernikahan. Seperti yang kita tahu, bunga tangan telah menjadi trend untuk majlis pertunangan mahupun pernikahan. Namun, lain pula bagi pasangan ini yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini apabila mereka menggunakan brokoli untuk menggantikan bunga tangan sebagai hari bermakna mereka.
Malah brokoli ini juga di hias dengan manik-manik di atasnya agar kelihatan lebih menarik. Ia menjadi tular di sosial media apabila seorang photographer @rajanazrin_ memuat naik beberapa keping gambar akad nikah salah seorang pelanggannya yang di anggap sangat kreatif dan rare. Gambar itu kemudian mendapat perkongsian yang banyak dan menjadi bualan di media sosial.
Menerusi twitter milik photographer terbabit @rajanazrin_ beliau memberitahu mereka adalah pasangan yang paling sempoi kerana jarang sekali di lihat penggunaan seperti ini dan sangat rare.
“Baru ni aku dapat customer yang paling sempoi. Kome tengok hand flower dia, pakai BROKOLI jeee. Lepastu letak manik. Look how cute it’s. Nampak simple tapi rare! Silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik”
Tidak hanya itu, apa yang lebih menarik adalah apabila butang baju melayu pasangan lelaki telah di tukar kepada lego. Ia adalah pilihan pasangan itu sendiri untuk menjadikan majlis mereka menjadi lain daripada yang lain. Pelbagai respon yang di berikan oleh netizen di ruangan komen dan rata-ratanya memuji kreativiti bagi pasangan pengantin ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!