Banyak perkongsian daripada pihak lelaki mengatakan mereka lebih suka kahwin dengan janda malah ada yang memilih golongan perempuan yang lebih berumur dan bekas isteri orang. Agaknya kenapa ya?
Ya, jodoh tetapi ada tak jawapan yang lebih tepat tentang persoalan ini?
Hal ini sedikit sebanyak boleh juga membantu memberi ilmu pengetahuan kepada perempuan yang belum berkahwin bagi memikat hati bakal suaminya nanti supaya lebih tahu untuk melayan suami.
Janda pandai menggoda
Sudah sedia maklum bahawa janda sudah ada pengalaman, tak perlu nak ajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami.
Janda sudah sedia
Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelaki bantu dan tak kedekut bab nafkah.
Janda senang kira
Apa masalah pun, mereka boleh tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.
Ads
Janda mudah mesra
In shaa Allah, mereka lebih pandai bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih ramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.
Janda pandai ‘menggula’
Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, confirm lelaki cair dengar ayat-ayat mulut dari janda!
Janda pandai menjaga
Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilapan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan. Ops! Hal anak-anak tak yah cakap, mesti terurus!
Janda pandai cari rezeki
Bukan nak kata anak dara tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk! Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.
Ads
Janda tahu semua benda
Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.
Janda pandai jaga body
Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….
Janda kurang belanja
Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.
Ads
Dalam perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat diketahui bahawa lelaki lebih sukakan perempuan yang bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang disebutkan diatas. Kadang-kadang ada gunanya tips ini untuk perempuan kan? Bagi menghalang janda untuk “overtake” bakal suami. hehehe..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Lumrah sifat seorang wanita iaitu suka melawa. Itu adalah normal dan perkara biasa dalam masyarakat. Mungkin dengan adanya solekan dimuka akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan anggun.
Namun, ada juga yang tidak suka solekan dimuka kerana mereka rimas atau mungkin sebab sudah terbiasa tiada apa-apa dimuka. Bagi mereka ini lebih suka kan ‘naturalbeauty‘. Wah, tapi tak salah pun kalau tak solek. Terpulang kepada individu itu sendiri.
1) Dapat menjaga kulit wajah
Mereka ini memilih untuk tidak bersolek kerana mementingkan kesihatan kulit wajah. Ini kerana sesetengah alat solekan mampu memberi kesan negatif kepada kulit wajah seperti berminyak, berjerawat dan banyak lagi.
2) Keyakinan diri tinggi
Bukan hanya persoalan rupa paras, tapi juga mereka ini lebih berkeyakinan dengan wajah sendiri. Mereka lebih berasa selesa dan suka menjadi diri sendiri.
3)Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi
Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
4) Jimat duit
Suami mesti suka yang ini, tak perlu berhabis duit terlalu banyak untuk penuhi permintaan mereka. Kerana mereka ini tidak meminta. Jadi, boleh lah simpan duit untuk kegunaan lain.
5) Solat tanpa perlu cuci muka
Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana cik suami berehat enak di depan televisyen tanpa berbuat apa? Timbul juga di benak rasa geram kerana tidak ada rasa ingin membantu anda yang sudah berpenat seharian di rumah. Baca perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang kenapa lelaki bersikap malas.
***************************************************************************************************************************
Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.
Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.
Hormone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,
Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.
Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.
Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.
Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.
Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.
Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.
Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.
”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”
Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.
Bagaimana isteri boleh membantu suami?
Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.
”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”
Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya. Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.
Allah saja yang lebih tahu..
Sesekali ajaklah isteri keluar dating berdua, ini cara seimbangkan hidup yang sibuk dan rehatkan si dia daripada tugas rumah tangga.
Bagi kebanyakan isteri, tugasan harian seperti memasak, mencuci, menjaga anak-anak, dan menguruskan rumah tangga boleh menjadi sesuatu yang memenatkan secara fizikal dan emosi.
Dating Berdua, Rehatkan Isteri
Jadi, penting bagi suami untuk menyedari bahawa isteri juga memerlukan masa untuk berehat dan merasa dihargai. Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membawa isteri keluar ‘dating’ berdua, sama seperti zaman bercinta dulu.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia itu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
JADI MEMANG NAK TAK NAK SAYA AKAN ‘PAKSA’ DIA DATING DENGAN SAYA. TAK KISAHLAH KE KEDAI MAMAK KE, KOPITIAM KE MALL KE ATAU DI TEPI SUNGAI KE YANG PENTING SAYA KENA CARI JALAN UNTUK REHATKAN ISTERI SAYA.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumah tangga.
Suami Pun Kena Rehat
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
JADI ISTERI SAYA PUN AKAN ‘PAKSA’ SAYA UNTUK DATING BERDUA DENGANNYA SEMATA MATA UNTUK REHATKAN SAYA DARIPADA MENJADI PENCARI NAFKAH SEPENUH MASA BUAT KELUARGA.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!