Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin membina masjid bersama pasangan buat selamanya. Namun tidak semua hubungan akan berakhir dengan kisah gembira, bahkan kadanga kala ia boleh putus di tengah jalan. Itulah realiti kehidupan yang harus diterima . Kita sebagai manusia haruslah reda dengan dugaan-Nya.
Begitu juga dengan pasangan yang sudah berumah tangga. Siapa sangka, hubungan yang dibina sekian lama boleh berakhir. Pelbagai cara dibuat untuk mempertahankannya, namun ia tetap berakhir dengan sebuah perpisahan. Hidup harus diteruskan demi masa depan yang lebih mencabar.
Lalu, bagaimana rasa kecewa itu dapat diubati agar ia tidak memakan diri? Berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan, cuba amalkan lapan tip untuk move on ini bagi mereka yang kecundang dalam percintaan.
1. TERIMA KENYATAAN
Allah pasti merancang yang terbaik untuk kita. Maha Suci Allah dari bersifat kejam dan menganiaya hamba-Nya. Berilah harapan kepada diri bahawa akan ada cahaya menanti di hujung jalan. Berusahalah untuk menerima kenyataan bahawa ada perkara yang lebih baik akan berlaku pada masa depan.
2. MOHON KEKUATAN DARI ALLAH
Mohonlah kepada Allah SWT agar memberikan kesabaran dan kekuatan kepada diri kita untuk melupakan si dia serta meneruskan kehidupan. Hati meronta-ronta mengatakan si dia adalah yang terbaik dan layak buat diri anda, namun ingatlah firman Allah SWT berikut;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)
3. PENUHI WAKTU DENGAN PERKARA BERFAEDAH
Sertailah aktiviti dalam komuniti perumahan atau masjid. Contohnya, mendengar ceramah motivasi, menghadiri kelas menjahit, memanah atau bersedekah kepada orang miskin. Inilah waktu terbaik untuk mencari dan mencipta hobi serta minat baharu yang berfaedah agar tidak larut terkenangkan perkara lepas.
4. BERCINTA DENGAN ALLAH
Menangis dan merayulah di hadapan-Nya. Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan bersolat sunat. Di saat hati resah dan gelisah kerana perpisahan, ambillah waktu untuk menyelak ayat-ayat cinta-Nya yang menyatakan;
“…hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Raad: 8)
Rapati dan dekatilah Allah swt secara kerap sama ada melalui solat, zikir atau apa jua cara kerana Dia sudah berjanji.
5. MENGEMBARA
Mengembara adalah salah satu cara terbaik membina keyakinan diri dan bermuhasabah terhadap nikmat yang telah kita perolehi. Betapa ramai mereka di luar sana yang bernasib lebih malang, tetapi tetap bersemangat menjalani kehidupan.
Berjalan dan perhatikanlah betapa luasnya rahmat Allah pada hambaNya.
“Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal berlayar di laut dengan nikmat kurniaan Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahan-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.” (Surah Al-Luqman: 31)
Kesedihan daripada hubungan yang terputus di pertengahan jalan ini hanyalah sementara. Anggaplah ia sebagai suatu proses kehidupan untuk menjadikan diri kita lebih matang dalam segala tindakan, sikap, perilaku, kawalan emosi dan sebagainya.
6. BERKONGSI CERITA HATI
Berkongsilah kisah kita dengan ahli keluarga dan sahabat yang boleh dipercayai. Menangislah untuk melegakan perasaan, tetapi elakkan dalam tempoh yang panjang. Paling penting, bantulah diri sendiri untuk keluar dari penderitaan.
7. HINDARI SEMUA PERKARA TENTANG SI DIA
Pada mulanya mungkin agak sukar, namun alah bisa tegal biasa. Lama-kelamaan, pasti segalanya akan berjalan dengan lancar. Yakinlah, bahawasanya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita. Buang nombor telefon dan segala perkara atau kenangan berkaitan dengan si dia. Elakkan stalk akaun Facebook, Twitter, Instagram atau apa jua media sosial yang si dia miliki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI