

- kunyit hidup
- beras yang direndam
- air limau nipis
- putih telur


Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!




Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang hari perkahwinan, pelbagai persiapan perlu dibuat bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Begitu juga persiapan mempersiapkan diri tidak dilupakan termasuk memakai inai di jari yang cukup sinonim dengan majlis perkahwinan. Entri kali ini berkongsikan hukum memakai inai buat wanita dan lelaki.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
4. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Hukum Memakai Inai Bagi Wanita
1. Menurut ulama Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.
2. Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
3. Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
4. Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.
Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki
Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita.
Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.
Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei.
Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya. Justeru, adat lelaki memakai inai ketika akad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.
Ada sedikit percanggahan tentang hukum pemakaian inai bagi lelaki antara kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa dengan keterangan di atas.
Percanggahan pendapat adalah perkara biasa, bagaimanapun sebaiknya kita mengambil pendekatan untuk mengelakkan dari menggunakan inai kerana dikhuatiri ia adalah perhiasan wanita yang haram dipakai lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Masih ramai tak buat dating suami isteri sebab masing-masing sibuk dengan urusan harian, rugi!
Ini anda kena ubah, cukup sekali seminggu pun sudah okay buat jadi ubat penat lakukan rutin harian yang sama. Jom, baca perkongsian saudara Najmi Nawawi sejenak untuk kita pulihkan hubungan suami isteri.
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat lah nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
Bukan apple ios sahaja yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas itu sediakan telinga untuk mula mendengar.
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Pergaduhan antara suami isteri merupakan perkara biasa dalam rumah tangga. Namun, sekiranya ia berlarutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian, ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga sekaligus menyebabkan hubungan menjadi goyah.
Setiap kemarahan perlu dikawal agar pasangan tidak tersinggung dengan kata-kata atau pun perbuatan anda. Jika anda marah kepada pasangan, cuba lakukan perkara ini bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku. Harus diingat kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan memburukkan keadaan. Jom Pengantin kongsikan 6 cara untuk elak kemarahan yang boleh anda praktikkan!
Jika pasangan anda sedang marah, jangan melawan kata-katanya. Jika anda membalas, keadaan akan menjadi lebih tegang. Seeloknya anda mendiamkan diri sahaja. Diam tidak bererti anda kalah atau salah tetapi itu tandanya anda cukup bersabar serta rasional. Jika boleh, beredarlah dari tempat itu seketika dan kembali berbincang apabila keadaan mula tenang.
Kemarahan akan menjadi lebih teruk jika pasangan mula mengungkit perkara yang sudah lepas. Tabiat suka mengungkit ini membuatkan rasa marah lalu tercetus semula dan ini tidak akan meredakan keadaan yang tegang. Apabila perkara itu sudah berlalu, cuba untuk memaafkan pasangan dan jangan diulang kembali cerita itu.
Marah itu ibarat api dan apabila terkena air ia akan padam. Jadi, apabila anda marah, sebaiknya basahkan diri dengan mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
Luahkan rasa tidak puas hati anda dengan tutur kata yang teratur. Jangan meninggikan suara atau memekik. Biarpun rasa marah anda membuak-buak, cuba bertahan dan sabar. Apabila anda mula meninggikan suara, keadaan akan menjadi tidak terkawal.
Apabila pasangan anda sedang marah, terima setiap kata-kata yang dilemparkan dengan hati yang tenang dan minda terbuka. Jangan ambil peduli dengan setiap perkataan yang diluahkannya. Didik diri untuk bersabar dan anggaplah si dia hanya ingin meluahkan perasaan. Beri dia masa untuk berkata-kata.
Sebelum meluahkan sesuatu, fikir dahulu baik dan buruknya. Rancang dahulu perkataan yang ingin diluahkan supaya, anda tidak bercakap perkara yang boleh mengguris perasaan atau mencetus kemarahan. Jangan bertindak mengikut perasaan. Sebaliknya kawal perasaan dan kata-kata bagi memastikan perbualan itu berakhir dengan baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
