Dalam sesebuah hubungan perkara yang paling ditakuti ialah saat pasangan mula berubah hati. Cinta kian memudar dan pelbagai alasan diberikan untuk menjauhi anda. Ia merupakan perkara pahit yang sukar diterima tambah-tambah lagi anda amat menyayangi pasangan. Jika perkara ini berlaku, lebih baik anda tahu tanda-tanda yang si dia mula berubah hati.

Bukan apa, khuatir anda sukar untuk menerima keadaan ini apabila ia sudah terlambat. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Bolehlah anda bersiap sedia sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, jom kita lihat 7 tanda-tanda utama si dia mula berubah hati terhadap anda.

1. SELALU BERGADUH

Bergaduh itu pengikat kasih sayang. Tetapi jika berlanjutan tanpa kesudahannya bukan sahaja boleh memburukkan keadaan, bahkan merumitkan lagi perhubungan anda berdua. Cari jalan penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yang menjadi bahan tikaman lidah itu berbaloi sebelum mengakhiri perhubungan.

2. TIDAK PEDULI DENGAN KEHIDUPAN ANDA

Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda. Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Perkara ibi biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan.

IKLAN

3. SUKAR UNTUK DIJEJAKI

Pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi dimana pasangan anda enggan menjawab panggilan telefon yang diterima apabila berada di sisi anda? Adakah dia dengan pantas menyembunyikan emel atau apa-apa sahaja yang sedang dilakukannya sewaktu melayari internet? Maknanya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda.

IKLAN

4. TIDAK SUKA GAYA ANDA

Cuba anda perhatikan gelagat si dia tatkala keluar membeli-belah. Adakah dia mencadangkan anda supaya membeli pakaian yang berbeza daripada anda selalu pakai? Atau dia selalu meluahkan rasa tidak selesa dengan penampilan anda? Ini boleh jadi antara petanda lelaki itu sudah tidak berminat dengan diri anda lagi.

5. KURANG BERBUAL

IKLAN

Perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung. Si dia tidak lagi suka memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berbanding dahulu. Bermacam-macam alasan diberikan agar anda tidak mengajaknya berbual panjang.

6. BERI BANYAK ALASAN

Ketika anda tanyakan kenapa akhir-akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin mula berubah hati terhadap anda.

7. MEMBERI ALASAN SIBUK

Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat-lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman-temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!