Meminta maaf dan memaafkan merupakan salah satu kunci yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik. Malah energi maaf ini juga mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan sesebuah rumah tangga.
Namun saat berlakunya konflik antara suami isteri, ucapan maaf ini terasa begitu sukar untuk diterima ataupun diucapkan. Masing-masing dengan ego yang tersendiri, tidak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.
Mengucapkan kalimat maaf kepada pasangan sebenarnya dapat meredakan kemarahan pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu, fahami enam alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.
Buktikan kemaafan dengan setulus hati
Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan masalah. Buktikan ketulusan anda dengan meminta maaf seikhlas hati dan segeralah memperbaiki diri agar rajuk pasangan anda tidak berpanjangan. Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan sukar untuk memohon maaf secara berdepan. Apa kata anda ambil hati pasangan dengan melakukan tindakan yang disukainya misalnya memasak makanan kegemarannya ataupun menyediakan keperluan yang diinginkannya. Apabila hati pasangan sudah sejuk, minta maaf kepada pasangan dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati pasangan untuk memaafkan kesalahan anda.
Ads
Bukan bererti lemah
Jika merasakan apabila anda meminta maaf anda berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya silap. Sebenarnya ketika anda meminta maaf kepada pasangan disebabkan oleh kesalahan anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih baik jika anda berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasan ini boleh mencetusnya perang yang besar.
Tidak semestinya yang salah harus meminta maaf
Ads
Mungkin saat anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata maaf itu merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan.
Keras kepala bukan penentu yang anda kuat
Mempunyai sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Ads
Mampu menyelamatkan rumah tangga
Kehidupan suami isteri pastinya tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam rumah tangga kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak.
Boleh belajar daripada kesilapan
Meminta maaf kepada pasangan atas kesalahan anda membolehkan anda belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin sebelum itu anda tidak terfikir untuk melakukannya ataupun sama sekali anda tidak terfikir tentang baik dan buruk yang bakal terjadi. Dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Harga barang semakin hari semakin tinggi. Tipulah jika anda tidak bersusah-payah untuk survive setiap bulan dengan ekonomi negara yang kian merosot sekarang ini bukan?
Namun, jika anda mempunyai niat yang baik seperti mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati anda, ianya tidak menjadi halangan buat anda untuk bekerja lebih keras demi membina masjid.
Siapa sangka, dengan menggunakan kos RM10k pun, anda masih boleh mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana. Ingin tahu caranya?
Baca perkongsian oleh seorang wanita iaitu Atikah di laman Twitter yang berkongsi tips beliau mengadakan majlis kahwin dengan kos Rm10k. tapi mampu jemput 1000 tetamu Menarik bukan?
UNTUK CATERING
PELAMIN
PHOTOGRAPHER
MEKAP
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin mengakhiri kisah tersebut dengan pertalian yang sah dan halal. Mungkin ada di kalangan anda yang masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta tersebut. Adakah anda benar-benar serius dalam perhubungan tersebut atau masih menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga?
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta bersama pasangan, mungkin tanda-tanda ini mampu meyakinkan anda untuk hidup bersama si dia. Jom kita lihat sembilan tanda perhubungan cinta anda berdua telah pun mencapai tahap yang serius.
1. SELALU BERSAMA
Sering menghabiskan waktu bersama adalah indikasi pertama dari hubungan cinta yang serius. Anda dan si dia juga selalu menghabiskan masa bersama. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, anda tetap mencari masa untuk bersama tanpa sebarang alasan.
2. KENALKAN DENGAN TEMAN
Ketika anda bertemu dengan rakan-rakan lama, anda tidak ragu untuk memperkenalkan si dia sebagai pasangan Anda. Jika pasangan anda juga melakukan perkara yang sama, ini bermakna hubungan cinta anda memang serius.
3. SENTIASA MESRA
Kemesraan tidak harus ditunjukkan dengan sentiasa berkepit dan berpelukan. Contohnya pandangan mata atau bahasa tubuh juga termasuk bentuk mesra yang menunjukkan hubungan cinta yang serius.
4. TAK KISAH SOAL PENAMPILAN
Anda dan pasangan sama-sama mahu bersemuka meskipun baru sahaja bangun dari tidur dan tidak mengenakan mekap. Penampilan apa adanya ini juga termasuk tahap betapa seriusnya hubungan dalam percintaan
5. BAWA JUMPA KELUARGA
Saat menghadapi masalah keluarga, kawan, mahupun urusan cinta itu sendiri, apakah Anda dan pasangan berusaha saling menghargai pendapat dan mencari jalan penyelesaian bersama? Jika ya, ini bermakna hubungan anda dan si dia memang serius.
6. SALING MEMPERCAYAI
Tanda hubungan cinta yang serius adalah ketika anda sudah diperkenalkan pasangan pada keluarganya. Begitu juga sebaliknya.
7. KONGSI MASALAH KEWANGAN
Mulai berkongsi tentang masalah kewangan adalah bentuk komitmen di antara pasangan. Jika sudah ada komitmen, hubungan yang dijalani pasti begitu serius.
8. RASA SELESA DI RUMAHNYA
Saat anda berkunjung ke rumah pasangan, anda sudah merasa nyaman dan merasa bagai berada di rumah sendiri. Jika pasangan merasakan perkara yang sama, hubungan cinta anda dan si dia memang serius.
9. FIKIR TENTANG MASA DEPAN
Sudah pernah membicarakan tentang masa depan seperti pernikahan dan anak? Jika sudah, itulah tanda bahawa hubungan cinta anda memasuki tahap yang serius. Itulah salah satu tanda-tanda dari hubungan cinta yang serius.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah pada mana-mana wanita, semuanya pasti ingin sentiasa kelihatan cantik dan sihat. Sebenarnya ada cara mudah untuk kekal cantik dan sihat yang perlu wanita ikuti iaitu dengan tidur awal.
Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas 85,000 responden mendapati, golongan wanita yang tidur sebelum jam 11 malam cenderung untuk menjaga pemakanan mereka. Namun jika anda tidur lebih daripada jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk mengambil kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.
Bukan itu sahaja, golongan wanita yang tidur sebelum jam 11 malam dikatakan lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding wanita yang tidur selepas jam 11 malam. Atas faktor inilah membuatkan wanita yang tidur sebelum jam 11 malam tampak lebih menawan.
Wanita harus sedar tabiat buruk dengan berjaga hingga lewat malam boleh merosakkan kulit sekali gus membuatkan kulit menjadi kering, kurang bermaya, kusam serta mudah berjerawat.
Malah tidur lewat juga boleh mengganggu proses metabolisme untuk wanita menjadi cantik dan sukar untuk langsing. Mungkin inilah jawapan kenapa anda sukar untuk menurunkan berat badan.
Kajian juga mendapati jika anda mengamalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.
Jadi kenapa nak bersusah payah dengan pelbagai produk. Ada hanya perlu tidur awal untuk kekal sihat dan cantik tanpa mengeluarkan sesen pun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!