
Aduh, pastinya agak sedih bagi kaum wanita yang tidak boleh berpuasa pada hari pertama di bulan Ramadan kerana didatangi haid. Memang sedih tapi apa boleh buat kan?
Ingat ya wahai kaum wanita, walaupun anda sedang dalam haid, anda masih boleh melakukan amalan yang boleh menambah pahala anda. Datang bulan tidak bermakna anda perlu duduk sahaja.
Kami kongsikan antara 3 amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid di bulan Ramadan.
1. Berdoa & Berzikir
Bagi wanita yang sedang dalam haid, anda digalakkan untuk membaca doa dan juga zikir. Dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.”
2. Banyakkan Sedekah
Amalan sedelah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar disisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu berada di dalam keadaan yang suci daripada sebarang hadas. Maka, seseorang wanita yang sedang dalam haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini.
3. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa
Sekiranya anda memberi makanan kepada mereka yang berbuka puasa, maka anda akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. (Riwayat Al-Tirmizi: 807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)
Macamana Nak Pupuk Cinta Bila Kahwin Atas Pilihan Keluarga

Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.

Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.

Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Berkahwin Bukan Sekadar Nak Buat Anak, Persiapkan Diri Dengan Banyak Benda

Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman materialistik. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa menghadapi realiti dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang tidak mudah untuk dilaksanakan.
Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting contohnya seperti infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat dan mujahidin Palestin. Tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan dibuat oleh kita sahaja.
Keputusan yang dibuat melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan, cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti menghormati mereka).
Namun jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang dekat dan berkait dengan kita. Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material kerana mungkin ianya tidak cukup. Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak mempunyai banyak harta.
Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?
Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang utama diutamakan dan yang tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai. Insyaallah material kita akan terguna secara baik dan memadai tidak kiralah ianya banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak cukup dengan apa yang sudah kita ada.
Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta tetapi bergantung kepada cara menguruskannya. Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit kerana yang penting ia mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif.
Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup’ material. Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta tetapi hartanya itu tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk mendapat status ‘tidak cukup’ material tetapi berapa banyak orang yang sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia.
Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya. Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup akan jadi cukup, insyaAllah.
Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang, berjalan atau berlari.
Persediaan rohani
Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan telah berlalu tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan menyuburkan sikap yang baik dan membuang sikap yang buruk dalam diri. Biarlah sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa bujang, sikap yang baik mungkin senang kita amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa.
Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap buruk yang selama ini terpendam dan kita akan mendapati banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita menikah.
Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap baik agar pada saat genting atau saat keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, masih melekat pada kita dan kita masih ber’amal dengannya seperti biasa biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang.
Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya mengurus diri kita sendiri maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi apabila kita telah bernikah kita telah megurus dua orang manusia yang berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya. Pastilah kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat. Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita sementara kita belum bernikah.
Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit. Tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk yang kita miliki.
Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau manja, pemarah dan pendendam. Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah ia lebih senang berkembang dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin.
Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah. Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang segera bermula sekarang. Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah.
Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan fokus utama setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan.
Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘masih ada’ atau ‘memang ada’, dan pilihlah antara sempit dan luas.
Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia? Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.
Sumber PEMBINA
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Suami Yang Tiada Niat Bawa Anak Isteri Ke Syurga Maka Sia-Sia Sahaja Hidup

Bagaimana suami tak bekerja dan saya yang kerja dengan segala bayaran bil saya buat? Itu antara persoalan yang ditujukan buat Prof Muhaya oleh sesetengah kaum isteri.
Menjawab persoalan tersebut, Prof Muhaya menerusi perkongsiannya di instagram mengakui terdapat segelintir suami yang bersikap sedemikian. “Ramai yang tanya pada saya tentang soalan ini. Tagline saya mudah sahaja, suami malas akan suka cari isteri yang berdikari.
“Cuba tengok kalau kita jenis lelaki yang nak kan wanita yang berdikari, yang ada kerjaya. Takut-takut nanti kita malas menjalankan tanggung jawab. Ingat, setiap kali anda tidak memberi nafkah, kelak akan dituntut.
Tambah Prof Muhaya lagi, sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah andai tidak solat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
‘Pada semua suami yang tak solat sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga maka sia-sia sahaja hidup. Cuba audit diri kita dan berhenti lah berkawan, mengeteh dan sebagainya, sebaliknya tengok keluarga kita dahulu ,” ujar prof Muhaya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas dari pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut.
puterisyasya93: setuju.. Tapi kalau nak tgok laki tu rajin ke pemalas, tgok ayah laki tu, kalau ayah dia rajin, anaknye mesti rajin?tapi tak semua la yg mcm nie kan, hati orang lain²?
sharifahyasirah: Ni lah yg buatkn sy ckup berhati2 prof takut terkena lelaki mcm ni walhal kita yg nk menumpang mrk alih2 mrk yg menumpang kita
mehrajbeautyboutique Betul tu tx for sharing @profmuhaya . Memang betul . Suami begini perlu di hadapkan ke muka pengadilan kerana buat2 lupa tanggungjawab . Mereka perlu dipenjarakan , dirotan dan akaun bank mereka perlu disita. Barulah mereka akan sedar akan seriusnya erti suatu perkahwinan dan tanggungjawab kepada isteri dan anak2. Jadi kes mencari isteri yg berpelajaran tinggi dan berkerjaya dgn pendapatan yg tetap akan berkurangan kerana para bakal suami ni akan memastikan mereka juga perlu punya kelayakan yg sama utk memiliki isteri yg berdikari . Kebelakangan ni ramai isteri yg menghadapi dilema seperti ini. Para suami seolah2 membuli dan tidak ambil peduli. Ada yg berpura2 pergi kerja tapi tidak membawa apa2 nafkah pun . Yg pelik balik lambat segala urusan keluarga isteri yg urus dari byran kepada kebajikan anak2.Mohon pihak berkuasa membuat suatu perundangan terhadap para suami yg membuat ‘jenayah tersembunyi’ ni.
kasih_ke_syurga Sy nk cari suami yg rajin kerja tetap dn tahu tanggungjawab dunia akhirat..jika wajah hensem tp pemalas menyusahkan hidup isteri. baik tk yah kahwinkan pro..apa apa pun sy akan berdoa minta pd allah swt suami yg soleh beriman baik menyenangkan hati perasaan bertanggungjawab dunia akhirat..aamin…impikan family yg soleh soleha menuju ke jalan allah swt…???
nurul.din Agree Prof! Bila isteri berhenti kerja dia tinggalkan kita pulak.
sarkina_bee Setujuuuu sangat2 Prof…bila dpt isteri yg berdikari..pandai cari rezeki..bkh handle rmh tangga..mendidik dan membesarkan anak2….suami lps tgn…nafkah kat isteri?Hrmmmm..jgn harap..nak kikis lg ada laa…isteri mkn hati..hanya dpt bersabar..berdoa dab berikhtiar….dunia mungkin terlepas tapi di akhirat pasti terima balasan setimpal…
____ladysss Masuk akal sangat2, setiap kata2 @profmuhaya ni.. dan itulah masalah yg selalu kita tengok dlm kehidupan harian.