Semua orang ada impian nak dirikan rumah tangga kan, tapi tak ramai yang sanggup tengok amount duit yang diperlukan untuk buat majlis perkahwinan. So macam mana kita nak kumpul duit kahwin dalam masa 2 tahun?
Okey first sekali,
#1 SET TARIKH TARGET
Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang. So memang kene set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.
#2 BUAT ASB LOAN
Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun.
So bulanan nya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%.
Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625.
So 2 tahun jadi RM7,250.
Hmm cukup ke RM7,250 ni? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan. So conclusion nya memang tak cukup.
So apa yang korang kena buat ialah langkah ketiga.
Ads
#3 BUAT PART TIME DROPSHIP TANPA MODAL
Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang cari agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Memang nak kahwin ni kena struggle sikit lah kan. Hehe.
Tips dia, korang kena lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komission #FREE je.
Contoh nya macam produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa, macam macam lagi lah.
Normally keuntungan dropship RM5-RM30 / pcs,
So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs
#Sehari 5pcs x RM10 = RM50
Ads
#Sebulan 30 hari x RM50 = RM1500
#2tahun 24 bulan x RM1500 = RM36,000
Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin. Syarat nya korang kene tahan nafsu lah.
Tips simpan duit, setiap kali korang dapat komission terus masukkan dalam ASB, sebab ASB ni leceh sikit nak keluarkan, lepas tu sembunyikan buku ASB tu, jangan gatai nak keluarkan duit untuk shopping pula tau.
So cukup masa korang nak kawin tu, baru lah keluarkan duit ASB tu, lepas tu boleh lah korang langsungkan perkahwinan korang tu.
So dah ada RM43k tu cukup tak untuk korang kahwin? Terlebih cukup kan, tapi jangan lah pulak korang habis kan RM43k tu untuk majlis 1 hari tu. Buat majlis berpada pada je, elakkan pembaziran tau.
Ads
RM10,000 untuk hantaran
RM10,000 untuk majlis 500pax
Selebihnya ada lagi RM23k kan, korang simpan untuk persediaan alam rumah tangga nanti ye.
So macam mana, okey ke idea ni ? Kalau korang rasa okey boleh lah cuba try test cara ni, tapi kalau korang rasa ada cara lain yang lebih baik, boleh terus guna cara u alls. Razz cuma bagi idea je, bantu apa yang mampu je.
So jangan lupa tau share tips ni, dan tag pasangan u alls okey.
Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.
Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.
Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.
1. Meninggalkan Solat
Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.
Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.
2. Melakukan Zina
Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.
Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.
3. Melakukan Perbuatan Syirik
Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.
4. Memutuskan Silaturahim
Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.
5. Dosa Terhadap Orang Tua
Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.
Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Agama
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Harta
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Akhlaknya
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Kusangka Bujang, Rupanya Suami Orang!
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Bebas Penyakit
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Malas vs Rajin
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Hobi
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. Ketahui Rahsia 3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri! Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki.
Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia
Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38
Cara 2: Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x Baca
” Ya Nur ” 1x Baca
” Ya Hadi ” 1 x Baca
” Ya Allah ” 3x Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3: Amalkan membaca ayat2 seperti berikut
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Namun, di sebalik zikir yang diamalkan ini ada juga perkara yang lebih penting perlu diambil kira iaitu:
Jangan meninggalkan solat 5 waktu
Menjaga solat dan sentiasa solat di awal waktu
Melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha dan Tahajjud
Memperbanyakkan doa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!