Bertemu jodoh dengan pasangan yang berlainan negeri pastinya memberi satu kejutan budaya buat diri anda. Maklum sahajalah lain keturunan, lain pula adat dan budayanya.
Bagi yang bakal bertemu jodoh dengan orang Jawa, pastikan anda hadam dahulu perkongsian daripada Nur Najihah Muhaimin ini.
Katanya, “Kahwin dengan orang Jawa best. hehe ?”
Jia terfikir nak tulis pasal ini sebab suami Jia menerima kejutan budaya Jawa, selepas dia kahwin dengan Jia. haha. Itulah lain kali survey, research betul-betul. Ingat kahwin tu kahwin dengan individu. Kita kahwin ini, kahwin dengan segala mak nenek budaya, bahasa, pekan, dsb ??? Walaupun Jia bukanlah pandai cakap Jawa tapi Jia bangga jadi wong jowo ?
TETAMU
Meh Jia cerita, orang Jawa sangat friendly dengan tetamu. Kalau korang datang bertandang rumah orang Jawa, tak sah kalau tak hidang makanan, minuman. Kalau sempat memang diorang akan masak makanan berat. Orang Jawa sangat menjaga tetamu.
Even Jia yang bertandang kat rumah embah sendiri pun, embah akan hidangkan teh dan segala mak nenek makanan ? Tak cukup dengan tu, selalunya diorang bagi ole-ole. At least kerepek, air kotak ke, agar-agar ke.
BARAAN
Ads
Bukan bara api ok! Baraan ini rombongan raya yang selalunya dilakukan oleh lanang (lelaki-lelaki) di kampung-kampung Jawa. Satu rombongan tu ada 30-50 orang.
Orang Jawa dah prepare awal-awal untuk baraan ini. Selalunya rumah orang Jawa, time raya ada 2-3-4 buah set meja makan yang dihidangkan dengan kuih raya. So masa raya tak lah korang berebut nak makan kuih raya.
Orang Jawa ini akan pergi ziarah hampir setiap ahli keluarganya. Dari sepupu-2 pupu, embah saudara, dan sebagainya, semuanya korang kena ziarah. Orang Jawa sangat menjaga silaturahim (kot) ?
KENDURI
Ads
Kenduri ini jauh-jauh macam mana pun, mostly orang Jawa akan cuba datang. Lagi-lagilah kalau saudara mara.
Termasuklah kematian.
Oh ye lepas kenduri kahwin, ada kenduri sum-sum. Kenduri ini tanda kesyukuran yang kenduri pertama sudah selesai dan kenduri ini untuk sukarelawan kenduri yang telah bekerja. Kenduri ini lebih kecil dari kenduri kahwin tetapi masih sangat meriah.
Suami Jia terkejut bila ada kenduri sum-sum. Dia ingat kenduri ‘cikai-cikai’ kot. ???
Ads
MINTA MAAF
Time raya korang akan dengar orang Jawa cakap camni :
“Jalok ngapuro seng akeh-akeh”
Lebih kurang maksudnya : minta maaf zahir batin la ?
Diorang kalau minta maaf, peluk sakan sampai nangis taw. Ini bukan drama ok. Ini serius ! ?
Itu je la Jia nak share. Lepas ini Jia nak try speaking inJowo. Tok gurunya embah wedok la ??? embah gelak je Jia cakap jawa. Itulah bapak tak ajar masa kecil-kecil, kan dah keras lidah.
Good luck taw siapa yang nak kahwin dengan orang Jawa! Kahwin dengan orang Jawa best. hehe ?
Gambar ini semua gadis-gadis Jowo. Mata sepet.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kitab oleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Nah, tak susah pun kan nak jadikan ipar duai kita lebih rapat. Cuma kenalah ada usaha sikit. Benda mudah tak datang bergolek tau!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Untuk mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga sememangnya satu agak sukar. Apatah lagi jika anda mempunyai gaji yang kecil dan cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut.
Antara jalan mudah dan cepat untuk berkahwin tentunya dengan membuat pinjaman bank. Bukan setakat buat majlis kahwin, anda boleh honeymoon ke luar negara menggunakan duit tersebut. Tak perlu susah-susah nak simpan duit dan ikat perut.
Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang berbanding majlis perkahwinan itu sendiri.
Jika anda berhutang, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah-masalah ini selepas berkahwin nanti:
1. Semakin besar hutang, semakin terbeban
Ramai yang tidak sedar atau mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang hal ini. Apabila anda membuat pinjaman yang besar, ia akan membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Sukar untuk anda lari dari bebanan ini. Jika anda melengahkan bayaran, semakin tinggi beban yang terpaksa ditanggung.
2. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Nak pinjam duit untuk majlis perkahwinan tidak cukup hanya seribu atau dua ribu. Tentunya anda akan meminjam belasan atau puluhan ribu. Tentu anda tidak mampu selesaikan dalam dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah 3 pun hutang masih belum selesai.
3. Tambah hutang makin kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, perkahwinan, rumah dan banyak lagi. Pastinya keadaan ini buat anda tidak selesa dan keadaan di rumah terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan di rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.
4. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
Apabila berhutang, anda perlu bersedia banyak perkara. Keinginan dan kemahuan anda juga terpaksa disekat. Anda tidak boleh membeli barangan idaman anda.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila anda tertekan dengan bebanan hutang, secara tidak langsung ia akan menyebabkan terjadinya perbalahan antara anda dan pasangan. Tekanan itu terpaksa anda tanggung seorang diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!