8 Punca Kenapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal

Jangan ingat kita muda lagi, kita tidak akan kena menopause. Maka,berjaga-jagalah sebelum ia berlaku. Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua. Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran telur yang menghasilkan hormon estrogen.

Perempuan Berusia 36 Ke Atas Kahwinlah Awal, Ditakuti Putus Haid Awal

APA ITU HORMON ESTROGEN?

Hormon estrogen adalah hormon bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause. Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkab pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.

BERAPAKAH UMUR YANG DIJANGKA MENGALAMI MENOPAUSE?

Selalunya wanita akan mengalami menopause pada umur 45 ke atas, tetapi ada yang lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun. Pelbagai gejala yang akan berlaku kepada penghidap gejala menopause. Jika sudah sampai masanya anda menopause, pelbagai cara boleh anda lakukan bagi menangani gejala menopause ini. Jom, kita kenalpasti tanda tanda menopause dan cara menanganinya.

IKLAN

Apakah tanda-tanda putus haid awal?
Tanda-tandanya hampir sama dengan wanita putus haid:
Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid
Haid yang lebih ringan atau lebih banyak dari biasa
Berpeluh-peluh
Faraj, kulit, mata, atau mulut yang kekeringan
Perubahan mood atau perubahan emosi
Kawalan kencing yang teruk
Nafsu untuk seks semakin menurun atau tidak wujud
Insomnia
Wanita yang putus haid terlalu awal akan menghadapi masalah untuk hamil dan juga meningkatkan risiko osteoporosis, kanser ovari/usus, masalah katarak dan gusi.
Ini disebabkan hormon estrogen yang semakin berkurang.

Di bawah kami menyenaraikan 8 sebab mengapa wanita boleh putus haid lebih awal daripada jangkaan:

Merokok
Kajian mendapati wanita yang merokok boleh putus haid 1 – 2 tahun lebih awal daripada mereka yang tidak merokok. Toksin yang terdapat dalam tembakau dan rokok mampu menghalang fungsi hormon pembiakan, seperti estrogen.

IKLAN

Ubat-ubat hormon
Ubat-ubat yang diambil untuk mengawal atau mengurangkan estrogren seperti Tamoxifen, boleh menyebabkan wanita putus haid lebih awal. Ubat ini biasanya diberi kepada pesakit kanser payudara.

Sejarah sawan
Kajian mendapati wanita dengan catamenial epilepsy (sawan yang dicetuskan oleh kitaran haid) atau sawan mempunyai risiko putus haid lebih awal. Penemuan ini dikaitkan dengan kesan sawan pada hipotalamus atau kelenjar pituitari otak, tapi lebih banyak data diperlukan untuk membuktikan ini.

Masalah tiroid
Wanita dengan masalah tiroid juga mempunyai hormon yang tidak stabil dan ini menyebabkan mereka berisiko menopaus pramatang. Bahkan tanda-tanda hipotiroidisme sama dengan tanda-tanda wanita putus haid dan rawatan untuk masalah tiroid didapati boleh melambatkan menopaus.

IKLAN

Pembedahan
Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari (oophorectomy tunggal) atau rahim (histerektomi), badan anda akan kekurangan estrogen dan progesteron. Ini boleh menyebabkan menopaus pramatang. Walaubagaimanapun, jika kedua-dua ovari anda dikeluarkan, anda akan menopaus serta merta.

Kemoterapi
Kemoterapi dan rawatan radiasi boleh merosakkan tisu-tisu ovari serta meningkatkan risiko anda putus haid lebih awal.

Keabnormalan kromosom
Menopaus pramatang lebih cenderung berlaku pada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan kromosom yang menjejaskan fungsi pembiakan, seperti sindrom Turner yang mengakibatkan pembentukan ovari yang kurang baik.
Perempuan Berusia 36 Ke Atas Kahwinlah Awal, Ditakuti Putus Haid Awal

Penyakit autoimun
Apabila wanita menghidap penyakit autoimun, sistem imun badan akan keliru dan boleh menyerang badan sendiri. Dalam beberapa kes, seperti rheumatoid arthritis, ia juga boleh menyerang tisu ovari dan mengakibatkan menopaus awal.

Walaupun tidak semua kes putus haid awal boleh dicegah, namun berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini:
Berhenti merokok
Kerapkan bersenam
Kekalkan berat badan yang sihat
Gunakan produk bebas hormon serta produk penjagaan kulit organik
Makan makanan organik dan sihat
Elakkan makanan yang diproses

Sumber: The Asian Parent

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI