WANITA yang sudah berumahtangga memang banyak urusannya dengan suami, anak, rumah dan macam-macam hal lagi. Akibat sibuk mengurus hal rumahtangga, kadangkala kita terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malah berpontensi menjadi punca kepada gejala suami pandang wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit. Cuma harus diingatkan, ada kalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati.
Lebih malang lagi, jika produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi anda yang inginkan cara yang selamat dan berkesan, amalkan petua tradisional. Biar lah leceh sikit, tapi tiada kesan sampingan, selamat, dan berkesan.
AMALKAN MINUM 4 AIR REBUSAN INI
1. REBUSAN SERAI DAN HALIA
Bahan-bahan: 3 batang serai dan 2 ketul halia (4 cm).
Ads
Cara penyediaan:
Kesemua bahan ini perlu diketuk.
Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air hingga air rebusan kering sehingga menjadi 1 gelas air.
Minum suam. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Sebaiknya guna purified water.
Amalkan seminggu 2 hingga 3 kali.
Khasiat:
Elok bagi yang selalu letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Disyorkan minum selepas makan tengahari.
2. REBUSAN SIRIH
Bahan-bahan: Daun sirih 3 hingg 5 helai.
Cara penyediaan:
Ads
Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
Minum suam.
Khasiat:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3. REBUSAN SIRIH DAN DAUN INAI
Bahan-bahan: 3 ke 5 helai daun sirih dan segenggam daun inai.
Cara penyediaan:
Ads
Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
Minum suam.
Khasiat:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau.
Bagus diamalkan selepas haid.
4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH DAN KUNYIT
Bahan-bahan:
2/3 batang serai di ketuk
3 cm halia di ketuk
2 cm kunyit di ketuk
sedikit kulit kayu manis
bunga cengkih dan bunga lawang
sehelai daun pandan
sedikit madu asli
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan, rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
Minum suam.
Khasiat:
Mengharumkan bahagian intim dan menyegarkan badan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki sememangnya memerlukan usaha yang berlipat ganda agar ia sentiasa ada dan tidak pernah putus. Namun dengan iringan doa, ia menjadikan rezeki itu semakin dipermudahkan. Sebagai bakal pengantin mahupun yang sudah berkahwin, doa adalah pendinding untuk anda lebih kuat dalam bekerja. Semoga setiap rezeki kita lancar dan diberkatinya.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masyarakat sering menjadikan topik berat badan sebagai isu terpenting dalam kehidupan. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh yang kurus dan fit itu nampak cantik dan sihat. Cuba singkirkan fikiran negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap manusia punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat.
Suatu ketika Izzat Zin pernah mencapai berat badan mencecah sehingga 140 kg, seluar size 46 dia sendiri mengakui betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan ketika itu. Berfikir panjang mengenang nasib sekiranya dia tidak mahu berubah juga bertindak, mungkin dia kekal seperti itu tanpa ada yang menghiraukan kewujudannya. Dia juga mahu menerima kemesraan serta layanan istimewa seperti mereka yang memiliki raut wajah yang tampan, mahu menyarungkan pakaian indah dari label berjenama serta mendapat pekerjaan yang baik seperti orang-orang lain yang menganggap penampilan fizikal sebagai tunjang utama untuk berjaya.
Apa salahnya menjadi orang yang gemuk? “Ya, saya dahulu juga sering menganggap perkara itu normal, namun masyarakat memandang saiz fizikal yang besar ini sebagai satu isu yang sangat besar bagi mereka serta meletakkan yang gemuk sebagai entiti yang lambat, malas, busuk dan tidak boleh melakukan lebih dari luar keupayaan, lebih menyakitkan bila ada yang melabelkan individu bersaiz besar ini sebagai bahan jenaka yang tiada perasaan. Saya menerima setiap kata-kata orang dengan senyuman, sehingga satu ketika ada sahabat yang berkata, sampai bila saya hendak jadi begini, gemuk, berkulit gelap dan nampak busuk. Kata-kata itu cukup menangkap ke dalam hati sanubari, sangat menusuk dan sedikit mengguris. Itu semua ada benarnya dan dari situlah saya tekad mahu berubah.
Dua tahun berdiet
Saya mula menyusun rencana diet, ketika itu saya berusia 24 tahun dan target pertama saya adalah untuk turun sehingga 100 kg. Apa yang saya lakukan? Saya elak dari mengambil nasi, roti dan segala jenis karbohidrat seperti mee kuning dan mee hun. Saya menikmati oat dan buah-buahan sahaja untuk tempoh itu. Hanya berdiet dan tiada sebarang rutin senaman saya lakukan, hasilnya memang kurus, tetapi kurus yang tidak sihat. Sejak itu barulah saya mula melakukan senaman dan mengatur kembali sistem pengambilan diet agar lebih seimbang. Saya mula mengamalkan pengambilan protein dalam setiap hidangan harian, bersenam secara kerap bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih fit.
Cabaran
Ketika pertama kali berdiet, cabaran paling sukar untuk dilalui adalah berhadapan dengan orang di sekeliling. Pada mulanya mereka kurang memberi sokongan dan menganggap apa yang saya lakukan sekadar angan-angan kosong, setelah melihat hasilnya barulah mereka memberi lebih sokongan dan dorongan. Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya harus disiplin setiap hari agar tidak tergelincir daripada matlamat. Selain itu, cabaran untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjadi lebih baik adalah lebih sukar, jadi tetapkan matlamat dan jangan sesekali kembali semula ke sikap lalu. Ubah segala-galanya dan jadilah orang baru yang lebih positif dan sihat.
Motivasi
Saya pernah kembali gemuk semula, ketika itu saya terlalu selesa sehingga alpa dengan diet dan rutin senaman yang saya amalkan selama ini. Namun pengalaman itu mengajar saya erti diet yang seimbang dan memahami tubuh sebaiknya. Apa menu yang boleh menyebabkan badan mudah naik dan sebaliknya, kini berat saya sekitar 82 kg dan sedang berusaha untuk menjadi lebih fit dan sihat. Banyak faktor yang memotivasikan untuk terus kekal sihat, antaranya melihat orang-orang di bawah jagaan saya mendapat bentuk tubuh seperti yang mereka idamkan. Saya tidak boleh gemuk kerana saya sendiri mengajar dan memberi ilmu mengenai kesihatan, di samping perlu kekal aktif dan mengatur pemakanan yang lebih sihat. Saya sering mengingatkan pelajar saya bahawa kita memang perlu hidup secara sihat, tetapi janganlah sehingga mengabaikan corak hidup yang ceria dan membebankan. Diet secara sederhana dan jadikan diet sebagai satu rejim yang menggembirakan bukan menyiksakan.
Perubahan
Sejak mengalami perubahan fizikal ini, rezeki datang melimpah ruah, selain kesihatan lebih terpelihara. Keyakinan diri juga semakin meningkat dan corak komunikasi saya semakin diterima. Selain itu, badan menjadi lebih ringan dan sangat aktif dalam beriadah, jika dahulu saya seorang yang sangat malas untuk bersenam, kini aktiviti seperti mendaki gunung dan marathon adalah rutin senaman yang kerap kali saya lakukan.
Menu yang saya amalkan
Kini, menu diet yang saya amalkan adalah pengambilan protein dalam setiap hidangan. Selain itu saya juga akan minum minuman protein setiap kali bangun tidur kerana ia bagi memulihkan kembali struktur muscle kita setiap pagi. Tengah hari pula saya akan mengambil sayuran bersama ayam dan malam saya lebih kepada siakap stim ataupun sup ayam kurang minyak dan garam. Saya juga mengambil supplement seperti fat burner, vitamin c, magnesium, teh hijau dan black coffee untuk meningkatkan lagi tahap metabolisme dalam badan.
Tip kurus dan sihat
1.Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
2.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan.
3.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stres. Bila stres proses penurunan berat akan terganggu.
4.Lupakan pengambilan nasi, kerana jika disiplin paling mudah ini pun sukar untuk anda amalkan, langkah seterusnya akan menjadi lebih susah kerana nasi adalah karbohidrat yang paling mudah kita dapatkan setiap hari, jadi elakkan dari mengambilnya terus.
5.Baca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
6.Banyakkan senaman kardio yang diselang dengan latihan berat bagi mengelakkan badan menjadi terlalu kurus.
Diet, diet diet dan bersenam untuk hidup yang lebih sihat, jangan terlalu obses sehingga tidak mahu makan. Amalkan diet mengikut piramid makanan yang seimbang serta lakukan senaman. Untuk permulaan, tetapkan niat dan terus lakukan, jika tiada langkah mula mula, ia akan kekal sebagai angan-angan selamanya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak jadi isteri yg baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha utk menjadi yg terbaik…”
Buat setakat yg mampu, setakat yg awk boleh then minta suami utk faham keterbatasan awk dlm menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja…
3 status yg dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga…
Dia menjadi seorang isteri kpd suami, dia seorg ibu kpd anak-anak dan dia juga seorang pekerja kpd majikan (jika bekerja)…dgn kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu utk menggalas ketiga2 status itu dgn baik? Dan boleh melakukan semuanya dgn sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awk…jgn buat semuanya terlalu sempurna sbb lama-kelamaan awk akan letih, awak akan penat…bila awk letih, bila awk penat, awk akan beremosi dan cepat sensitive…
Awk akan moody dgn suami, awk cepat marah dgn anak2…Awk dah almost fully utilize fizikal awk, mental awk…
Kalau xsempat buat keje umah tu ari ni, buatla esok…jgn paksa diri utk buat jgak bagi setel ari ni…bezakan kerja umah apa yg perlu dibuat dahulu, kerja umah mana yg boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya…jgn anggap semua kerja2 umah tu perlu dibuat dlm hari yg sama, perlu disiapkan dlm hari yg sama…jgn seksa diri sendiri utk semua ni…jgn paksa diri semata2 utk semuanya kelihatan baik dan sempurna…
Jangan…anda bukan robot…
Anda perlukan rehat yg mencukupi utk terus berbakti dan anda juga perlu utk terus sihat dlm menjadi seorang isteri dan seorang ibu…
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri org lain…
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...